SAH UMNO MENGAKU PAS BETUL

     Ada dua perkara menarik yang nak saya bawa pembaca semua mengenang dan memikirkan rancangan kempen pilihanraya oleh Buletin Utama TV3 semalam, 6-Julai-1999.  

     TV3 melalui buletin utama telah menyebarkan satu kain rentang yang berlogokan bulan PAS dan ada tertera perkataan begini " PAS BUKAN PARTI ISLAM". Ianya berlaku di satu kawasan di Kelantan. Adalah amat diyakini kain rentang tersebut bukan dibuat oleh orang PAS. Usahkah orang PAS yang memang payah goyahnya dalam politik, orang UMNO pun tak ada yang pernah menggunakan nama UMNOnya untuk memburukkan UMNO itu. Dalam hal ini, orang PAS tidak akan membuat kerja sejahat ini, tetapi lainlah orang UMNO yang menyamarkan diri bercakap atas nama PAS kononnya dan hentam PAS di atas samaran tadi. 

     Hal ini sememangnya ada kaitan dengan kenyataan Annuar Musa bahawa PAS sekarang sudah lain dari PAS dulu. Kedua-dua kes ini amat diyakini ada pertalian yang rapat. Inilah tabiat fitnah yang ada dalam tali-perut UMNO sejak dulu, kini dan mungkin akan selama-lamanya begitu. Sebenarnya kain rentang itu naik adalah inspirasi dari kenyataan Annuar Musa itu. Kain rentang dan pengolahan berita dengan TV3 oleh wartawanya si Mahadi itulah telah menemuramah orang tua yang amat diyakini bercakap di atas idea Annuar Musa juga.  

     Kalau inilah taktik yang akan UMNO mainkan di dalam Pilihanraya nanti, rasanya sahlah mereka sememangnya parti pemfitnah. Namun, mungkin Mahathir belum kata ini sebagai yang terkotor, mungkin ada lagi taktik mereka yang lebih kotor. Kalau nak difikirkan, UMNO sudah membuat kain rentang yang berlogokan bulan lambang PAS itu untuk memfitnah PAS. PAS tidak pernah menggunakan lambang UMNO dalam usaha mereka melawan dakyah UMNO. PAS mematikan hujah UMNO dengan menggunakan fakta yang intelek. UMNO pula tidak dapat mempertahan hujah mereka, oleh sebab itulah, untuk terus kekal maka fitnahlah kaedah ampuh mereka selama ini. 

     Kemanakah perginya Ibrahim Ali?. Bukan dia telah dipertanggungjawabkan untuk menangai fitnah?. Kalau ia berfungsi untuk menjaga UMNO saja dari fitnah, maka jawatan dia sekarang adalah tidak sah disisi kerajaan. Pitih gaji yang dia terima pun belum tentu diredhai, Kalau jawatan itu di dalam organisasi UMNO saja boleh diterima. Tetapi dia diletakkan sebagai Timbalan Menteri!. Maka nak tak nak pun dia kena menghadapi semua, samada fitnah ke atas UMNO atau fitnah ke atas PAS, kedua-duanya dia kena minta loyar kerajaan teliti. Sekali lagi bukti perlantikan Ibrahim Ali ke jawatan Timbalan Menteri adalah penyalahgunaan kuasa. 

     Dalam keadaan belum pilihanraya belum diistihar pun, mereka telah telah menyamarkan diri mereka sebagai PAS untuk memfitnah PAS, tidak tergambar dan tak terfikir apakah nanti yang UMNO buat untuk berdepan dengan rakyat?. Kita sama-sama tengok siapakah antara bekas setiausaha UMNO yang paling jahat nanti?. 

     Jentera dakyah pilihanraya sedang berjalan sekarang, mereka menggunakan kaedah FITNAH semata-mata. Kerana mereka tidak ada fakta sekarang melainkan mengelirukan rakyat saja. Senjata utama mereka ialah mengelirukan rakyat walau
dengan apa cara sekali pun. Kalau kita kaitkan dua peristiwa di atas, iaitu peristiwa kain rentang dan kenyataan Annuar Musa, memang ada hubungan yang amat rapat. Sekarang cuba kita kaitkan lagi dengan pencerobohan LAMAN REFORMASI sehingga mereka dapat menggantikan bendera PRM dan DAP dengan kata-kata fitnah yang mereka buat adalah semata-mata untuk mengelirukan semua pembaca. Kalau kita perasan ianya berlaku di dalam masa yang tak jauh, ianya berlaku pada awal bulan julai. Inilah menunjukkan jentera untuk mengelirukan rakyat ini sudah bermula. Usaha mereka sekarang adalah semata-mata untuk jadikan rakyat KELIRU kerana UMNO sangat percaya bahawa mereka mampu membuat "TURNING OVER" ke atas rakyat. Inilah kaedah mereka.  

     Rasanya kaedah ini tidak memberi kesan kepada mereka yang sudah bulat dengan bulan PAS atau mata ADIL, tetapi mungkin ia berfungsi untuk rakyat di desa-desa. Justeru itu, kita semua adalah dari desa, jangan biarkan ibu, ayah, adik, abang dan saudara mara terus dikelirukan oleh mereka. Inilah fungsi kita, tak kira dengan apa cara, sampaikan mesej kebenaran kepada semua keluarga kita . Dakyah yang mereka sedang buat ini amat lain dari yang sebelum ini.  

     Apabila Annuar Musa mengatakan PAS sekarang dah lain dari PAS dulu menunjukkan tipu helah yang sangat ketara. UMNO amnya dan Annuar Musa sendiri khasnya sejak dulu lagi mengatakan PAS itu menggunakan agama untuk kepentingan politik. UMNO dan Annuar menang dulu pun menggunakan dakyah inilah. Dakyah inilah menimbulkan bebagai kata nista mereka kepada PAS ini bahawa dah jadi SYIAH dan Khawarij. Benda ini dari dulu lagi mereka dah kata. Kenapa pulak UMNO dan Annuar mengatakan sekarang ini PAS dah tak perjuang Islam?. Kalau Annuar kata begitu ini menunjukan dia seolah-olah bersetuju bahawa PAS dulu adalah betul. Tetapi kenapa sekarang baru nak mengaku bahawa PAS berjuang dulu itu betul?.  

     Tiba-tiba dia pulak mengatakan PAS sekarang tak betul dan ia lain dengan PAS dulu?. Inilah menunjukkan memang UMNO khasnya menipu dan menipu rakyat semata-mata. Wahai rakyat semua bangunlah menghumbankan UMNO ini. Jangan biarkan otak-otak kita diputarbelit dan diselewengkan oleh UMNO melalui media terkutuk yang dikuasai mereka. 

     Sebagai renungan kita bersama, saya ingin pembaca semua mengingati bahawa UMNO sejak dulu lagi mengatakan PAS seleweng dan telah mengatakan UMNO kafir. Kalaulah Annuar setuju bahawa PAS dulu betul dan PAS sekarang dah lain, yakni tak betul. Maka apa yang PAS kata dulu itu adalah betul dan baru dipersetujui UMNO bahawa mereka adalah kafir. Tetapi dalam hal ini kita semua kena ingat, UMNO khasnya cuba membelit PAS lagi walaupun mereka berbuat demikian. Mereka boleh mengatakan semula bahawa memang dulu PAS kata UMNO kafir.Namun, PAS sebenarnya tidak mengatakan UMNO itu kafir, tetapi UMNO itu memang ada unsur kafir.  

     Unsur yang paling kental melekat di dalam hati-hati UMNO ialah ugama suku dan politik suku.  Mereka bolehlah kata apa pun untuk menafikannya, namun, jika itulah yang ada di dalam fikiran mereka, maka unsur itu tetap betul dan relevan dengan UMNO. Unsur inilah yang menyebabkan banyak yang dilarang Allah dibuat UMNO bahkan mereka mengajak orang lain pula untuk percaya dengan mereka dan terlibat sama. 

     PAS tidak mengatakan UMNO dulu lain dari UMNO sekarang, PAS tetap mengatakan UMNO sejak dulu, sekarang mungkin selamanya begitu selagi anutan itu yang diyakini mereka. UMNO pula sebaliknya. Inilah menunjukan PAS tidak menentang badan UMNO itu sendiri, tetapi dasarnya yang ditentang. Tetapi UMNO pula sebaliknya tidak mampu untuk mempertikaikan PAS yang memperjuangkan ugama dan negara. Sekarang melalui lidah Annuar mereka mengaku bahawa memang PAS dari dulu memperjuangkan Islam, dolak-dalih seperti inilah yang menyumbang kepada kemenangan UMNO. UMNO mendapat laba dari menggunakan dalih sedemikian. 

     Tetapi sekarang era Y2K, dalih bodoh sudah tidak relevan. Ianya relevan untuk orang-orang tetap bodoh dan tidak mahu menerima bahawa mereka adalah memang bodoh. Sekarang sampailah masanya rakyat semua bersatu menolak orang-orang yang bodoh menjadi pemimpin di negara merdeka ini.  Sammy Vellu pun nampak sangat kecewa apabila beliau mengatakan ramai profesional berbangsa india tidak menyertai MIC dan menyertai KeADILan. Ini menunjukkan bahawa, UMNO/BN ialah untuk orang kurang pelajaran. Mungkin buta huruf pun, dan yang ketara ialah ia masih disayangi oleh orang-orang yang buta hati. Sekaligus membuktikan orang yang celik mata dan hati sudah tidak bersama UMNO/BN lagi kerana mereka sudah ada alternatif lain sebagai alternatif mereka, di mana mereka ini sangat percaya alternatif yang ada sekarang sudah cukup kuat dan mampu untuk menjadi satu alternatif kepada semua rakyat. 

Sekian 

muramozi