Harakah, Kaset Politik & Tamadun

Saya adalah salah seorang daripada pembeli tetap kaset-kaset ceramah politik dan ugama semenjak pemecatan Dato Ishak Baharum (Mufti Selangor). Kaset-kaset ceramah politik tersebut senang didapati di Bangunan Tabung Haji atau di surau KLCC .  Hampir  setiap minggu saya akan ke sana untuk membeli kaset keluaran yang terbaru, boleh dikatakan setiap bulan saya akan berbelanja sampai RM150.00 sebulan hanya untuk membeli kaset ceramah  untuk mengetahui perkembangan politik di negara kita kerana akhbar-akhbar tempatan sudah tidak boleh dipercayai lagi. Di tempat itu juga ada menjual akhbar Harakah, Tamadun, Buku Politik dll.  Tetapi semenjak  awal bulan Julai ini saya telah difahamkan oleh penjual kaset tersebut bahawa mereka telah diarahkan tidak boleh lagi mrnjual kaset-kaset ceramah politik dan akhbar Harakah.

Saya amat marah dengan tindakan pihak terbabit sampai begitu sekali mereka menyekat kebebasan rakyat. Apakah dengan tindakan mereka itu mereka akan rasa selamat ? Untuk itu saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kedamaian negara kita memohon kepada rakyat Malaysia supaya menolak kerajaan yang ada sekarang dan kita gantikan dengan Kerajaan PAS & Barisan Alternatif.

 Saya ingin MERAYU/MEMOHON kepada akhbar Harakah supaya membuat liputan tentang larangan ini dan siarkan berita sensasi ini di MUKA PERTAMA AKHBAR HARAKAH.  Saya amat berharap agar pihak akhbar Harakah dapat menghantar seorang wartawan pergi ketempat penjual kaset di Tabung Haji dan Surau KLCC minta pendapat mereka atau tolong sahkan berita saya ini adalah benar.  Selepas itu siarkan di muka pertama akhbar Harakah.  Biar rakyar tahu bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan DIKTATOR.
 

From: <rndnoor@lgc.com>