TERNYATA
UMNO MULAKAN KEMPEN KOTOR LAGI JIJIK
8 julai 1999 sejarah penting yang membuktikan betapa kotornya UMNO dan kuncunya. Dewan Pemuda PAS Kedah mengadakan Gempur Pemuda Kedah di kawasan Kroni PM - Daim Zainudddin. Barisan Exco Pemuda PAS Kedah telah disusun di lapan tempat untuk ceramah. Ketua Pemuda PAS Kawasan Merbok Ustaz Firdaus juga exco DPPNK telah digandingkan dengan peguam muda Sdr. Ibrahim Sufian juga Exco DPPNK. Mereka telah ditempatkan untuk mengempur kawasan tepi pantai Tanjung Dawai. Sebelum ceramah dimulakan JKKK dan seramai 20 orang pemuda UMNO telah datang mengugut agar ceramah itu diberhentikan dengan alasan ini kawasan UMNO. Pihak polis telah memberi permit untuk berceramah. Tetapi UMNO telah berlagak lebih lajak daripada polis . Setelah ceramah diteruskan juga mereka telah mengambil tindakan dengan berjumpa dengan tuan rumah dan memberi amaran dengan menumbuk mata tuan rumah. Namun tindakan itu tidak melemahkan penceramah untuk terus berceramah. Ini membuatkan mereka tidak puas hati lalu mereka cuba menganggu dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap dengar. Malah mereka telah membaling batu ke arah tempat ceramah . Dalam suasana begitu ceramah dapat juga ditamatkan jam 11.30 malam. Pengiring penceramah berkata "mulanya kami dijamu dengan pelbagai makanan laut, ikan, sotong termasuk lah ketam tapi yang tak sedap cuma batu-batu diatas bumbung yang turun..." Suasana seperti berada di zaman Rasulullah dulu. Apabila Rasulullah dibaling batu oleh budak-budak nakal suruhan pimpinan jahiliyah di Taif. Jika ini berlaku tidak mustahil seperti apa yang telah diberi amaran oleh PM bahawa kempen kali ini paling kotor. Siapa kah yang akan mengotorkannya ? Tentulah SHIT@PM. Oleh itu semua petugas PAS dan KeAdilan bersedialah berhadapan dengan kekotoran yang sedang dan bakal dikerjakan oleh PM@SHIT serta kroninya. Kepada Daim - DPPNK akan gempur lagi hingga BN tumbang dan dihumbankan. Cikgu Kedah
|