SEMALAM DI KG. PANDAN - Ceramah UMNO 
Thu Jul 8 22:28:32 1999
 

Semalam ada ceramah Umno di kampung Pandan.. ahli panel ialah Dato' Aziz Shamsuddin. Di ringkaskan cerita, ceramah semalam ialah ceramah menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz serta ulangkaji sejarah Darjah 5.

Seronok betul puak-puak umno yang sekitar 100 orang tu bertepuk tangan bila mendengar kejayaan-kejayaan Umno lepas merdeka dulu... contohnya dulu melayu takde yang jadi doktor, tapi sekarang dah ramai... dan lain2 lagi yang seumpamanya...

Tunggu punya tunggu takde langsung sentuh hal ehwal masa kini... yang ada pun cuma pasal cerita Dato' Ustaz Fadhil Noor nak lelong Putrajaya (ntah betul ntah tidak)... tapi dia tak cakap pulak duit lelong tu nak buat apa??? Bukan ke baik kalau cakap terus terang.. duit lelong tu nak beri duit biasiswa untuk para pelajar... bukannya lelong lepas tu nak beli jet peribadi atau nak bail-out kompeni anak-anak..., bangang betul laahhh puak2 nih!!!

Selepas mendengar ceramah atau pun kelas tuisyen sejarah darjah 5 tu.. aku rasa memang lah comfirmed UMNO TAK RELEVAN LAGI!!!! (Aku rasa macam zaman a-go-go 60an jer semalam... mau tak, topik dia semua berkisar kisah2 lama zaman Tunku, Tun Abd Razak dll... heh hehh.. nak sebut nama PM malu ke?? atau takut semua jemputan pakat balik

Kehadiran yang ramai sekali (mengikut istilah UMNO) iaitu seramai kurang lebih 200 orang. Tolak 100 penyokong PAS dan keADILan yang datang sebab saja nak dengar fitnah dia orang, tinggal 100. Yang 100 tu pulak tolak 50 petugas-petugas UMNO dan ahli RELA yang rela menjadi Pak Guard semalam tinggal lagi 50. Tolak pulak pengerusi dan ahli2 panel aku iingat ada la dalam 45 orang je pencacai sejati UMNO!!! tu pun gah, "HIDUP UMNO!!!", "HIDUP UMNO!!!", kahh kahh kahh.. lantak korang lerr....

Kata Ketua Bahagian Ampang Jaya, Datuk Mufti (ntah le betul ke tak jawatan dia tu, lagipun dia bukannya glamer pun! harap nama je Mufti) : 

   "Bendera PAS lambang bulan, llambang bulan dah tak relevan, 
    orang Amerika dah sampai pun kat bulan tu, dah pijak2 bulan tu.. 
    dia baru nak sebuk dengan lambang bulannya tu".

Kemudian dia kata lagi :

      "Melayu dulu kena jajah dengan Portugis sebab
           Portugis pakai senapang, Melayu pakai keris"
          "Belanda pakai senapang, Melayu pakai keris"
          "Jepun pakai senapang, Melayu pakai keris"
          "Inggeris pakai senapang, Melayu pakai keris"

Heh hehh... patut la UMNO sekarang ni dah tak relevan, sebab dok pakai keris walaupun dia orang tau keris tu dah tak relevan dah sekarang!!! Kena pulak sekarang nak llawan IT.. mana boleh pakai keris dah pakcik oiii... heh heh hehh...

Katanya lagi : "Hassan Ali kalau dalam ceramahnya, dia kata tempat2 yang dia pergi ramai orang yang hadir sampai berpuluh ribu! Tapi saya tengok masa ceramahnya dekat AU2 Taman Keramat ada dalam 1000 orang jer".

Heh heh hehh.. tipu lah diri sendiri tuh.. nak tipu rakyat, rakyat dah tak percaya, jadi terpaksa lah tipu diri sendiri... heh heh.. kesiaannn...

Biarkan lucai terjun dengan kroni-kroninya.. biarkan....
 

Dulu Umno Sekarang PAS!!!!
Ahli Qariah Masjid Kg. Pandan
 
 

Aku pun ade kat sana semalam. Bukan main lagi dia orang tu ye. Lebih kurang pukul 9.15 MC buntal tu pun memulakan majlis. Haram langsung tak beri salam. Lebih kurang jam 9.20 Datuk Aziz pun sampai. Wah di escort oleh 2 biji kapcai. Siap dgn bendera lagi. Kelihatan 2 orang anggota RELA pun sibuklah jaga trafik yang tak jam. Majlis dimulakan dgn selawat nabi.

Tergamak depa selawat kat nabi, walhal ketua depa juga yang hina sunah nabi. Kemudian imam masjid tu pun bacalah doa. Semua yg diluar pagar tak menadah tgn. Lepas tu Mat Aris pun mulakan ucapan......
 

Penyokong kuat keADILan