From: Red Dragon <redbus98@yahoo.com>

Laporan Ceramah Perdana UMNO Seksyen 19, Shah Alam
9/7/99

Saya tiba lebih kurang jam 9 malam. Saya tengok ada khemah panjang di hadapan rostrum penuh berisi dengan penyokong. Yang menghairankan 70% orang di bawahnya berbangsa India dan Cina. Dalam kemah lebih kurang 300+ orang. Di kiri kanan khemah lebih kurang 100+ orang. Di bhg luar sedikit ada dlm 200 orang 'pemerhati' dr parti alternatif. Semua sekali 500-600 orang.

Pada kemuncak majlis di mana orang masih tidak mencapai 1,000, saya lihat masih ada 2-3 ruang parking MPSA yang tak berisi kereta pada kedudukan 20 meter dari rostrum penceramah! Double parking memang tak wujud langsung. Namun sukarelawan RELA kelihatan begitu berdedikasi menjaga trafik yang tak kunjung tiba!

Pengerusi majlis menyeru hadirin supaya memenuhkan kemah dan tempat duduk yang disediakan namun langsung tiada respon dari 200-300 hadirin sekeliling. Beberapa ketika kemudian beliau mengulanginya lagi, masih tiada respon. Sahlah semuanya itu 'pemerhati'. 

Majlis bermula dengan memperkenalkan pemidato-pemidato hebat Ceramah Perdana UMNO yang julung kalinya berlangsung di Shah Alam. Siapakah mereka? Ya, kata tuan pengerusi, tidak lain dan tidak bukan, 2 orang tokoh UMNO VETERAN!! Tun Gafar Baba dan Tan Sri Aziz Tapa(yang mengaku berusia 75 tahun)-- dua-dua import dari Melaka. C'monlah UMNO, ini Shah Alam. Apasal hantar orang yang dah basi. Kalau nak lawan PAS dan keADILan, hantarlah yang ada kaliber sikit mcm Berahim Ali tu!

Jadi ceramah itu banyak berkisar tentang dulu orang melayu kaki ayam tapi sekarang dah pakai kasuut!!--Gafar Baba. Dan juga tentang kita semua nak apa lagi? Kan dah cukup makan???--Aziz Tapa(mcm mana boleh dpt Tan Sri ni?)

Majlis dimulakan dengan ceramah sdr Salamon Salamat yang langsung tidak berkualiti. Satu saja isinya, iaitu penduduk Shah Alam patut berterima kasih kpd BN kerana tinggal dalam Bandar Shah Alam yang dibangunkan oleh BN. Oleh itu, pangkahlah BN. Itu saja. Yang selebihnya dia kata, "Saya yakin akan sokongan berterusan dari pengundi Shah Alam dlm pilihanraya kali ini" Dia asyik ulang sampai naik jemu kami mendengarnya. Cuma struktur ayat yang berubah-ubah, makna tetap sama iaitu, dia yakin akan terus menang... Tepukan lesu dari tak sampai 200 pasang tangan menyambut kesudahan ceramah beliau.

Kemudian majlis dihangatkan oleh (saya lupa siapa) yang dengan lantangnya terus menghentam DS Anwar Ibrahim. Apa lagi riuh rendahlah sorakan 'pemerhati'. Bila beliau tanpa segan silu terus memfitnah DS Anwar, saya rasa tak tertahan lalu menjerit sekuat hati "BOHONG!!" Sambil disambut dengan beberapa lagi jeritan rasa tidak puas hati dari hadirin yang lain. Ramai yang bersorak dan membuat bising. Dia tanya apa makna ADIL? Anwar hipokrit dan tidak ADIL semasa pengerusi jawatankuasa disiplin parti. Ramai orang dipecatnya. Saya jerit, "MAHATHIR ADIIL!!" Dia kata Anwar berada di bawah telunjuk barat. Kami jerit, "TIPUUUU!!" Dia mengatakan apa guna reformasi?? Kami menjerit, "RREFORMAASIII!!". Dia kata Fadzil Noor nak lelong Putrajaya. Rakan saya sebut, "jawablah!". Saya terus menjerit sekuat hati, "DUIT BIASISWA TAK CUKUUP!!" Hai, memang saya ni perosak majlislah! Apa nak buat, orang tu menipu bulat-bulat dan memfitnah. Hati ini berasa saaangat gerram!

Kemudian tiba giliran Tan Sri Aziz Tapa (75 thn) bercerita sejarah 40 tahun dulu. Tak ada air, tak ada api. Buat sekolah buta huruf. Sekarang sekolah ada di merata kampung. (apa, dekat thailand, indonesia, filipina, jepun, korea pun ada sekolah kat kampung. UMNO buat ke?) Bukan tak mahu terima kasih, tapi hujahnya tak relevan!! Dulu UMNO tuduh Semangat 46 pandang ke belakang manakala UMNO (baru) pandang ke depan-- tapi kini bawak veteran jaja cerita 40 tahun dulu buat apa??

Banyak lagi kisah nostalgia yang disampaikan, tapi ada beberapa hujah org tua yang bersongkok ini yang benar-benar shocking. Dia kata di negara kita ini semuanya cukup, ada keselamatan.. cukup makan..etc termasuklah ada hiburan. Dia kata kita ada wayang gambar. Boleh tengok filem. Boleh rehat sambil bergembira!" Ada ke ceramah kat org melayu pasal wayang gambar!?? Saya jadi geram dan terus jerit kuat-kuat "DISCO PUN ADA!!" Lepas tu lebih teruk bila dia kata lebih kurang.. "kalau minum beer untuk melupakan masalah, rasa tenang, pun BOLEH!!" Kami pemerhati benar-benar tergamam, dan ahli UMNO sendiri pun saya pasti tergamam bila Aziz Tapa, 75 tahun, bersongkok, boleh kata mcm tu. Hisyam, you baca ni tak? Saya harap sebagai ketua Pemuda UMNO, you stop lah. Jangan dekati air kencing setan tu lagi. Ini nasihat ikhlas, OK? Akhir sekali, Aziz Tapa ni kata kita patut bersyukur DS Anwar dipecat kerana jika dia menjadi Perdana Menteri, nescaya Malaysia akan jadi Laut Mati (konon kena bala liwat). Masyaallah!

Kemudian sdr Fahmi Ibrahim, BEKAS ketua Pemuda UMNO Selangor (dah basi juga ni!) yang begitu lantang mengambil pentas. Cukup hebat beliau menghentam DS Anwar. Kononya lebih 20 tahun beliau bersama anwar dan dialah yang mengangkat Anwar jadi Ketua Pemuda UMNO. Disebutnya beberapa nama yang kononnya disebabkan orang inilah Anwar naik. Katanya lagi Anwar dulu langsung tak hebat. "He's nothing! Presiden ABIM? Pemimpin pelajar? That's nothing! Tiada pangkat apa-apa pun!"

Barulah saya tahu rupa-rupanya Anwar naik bukan sebab ketokohan beliau tapi sebab 2-3 orang yang mengangkatnya. Sebelum ini setahu saya Anwar dipilih perwakilan bukan dipilih 2-3 orang dan memang ramai rakyat mengagumi beliau. Atau, beberapa kerat manusia ini yang sebenarnya menumpang kehebatan DS Anwar tak? Janganlah malu-malu pula. Mengaku ajalah!!

Kemudian si Fahmi BEKAS ketua pemuda UMNO Selangor ni buat rintihan dia dulu dipecat oleh Anwar. Marah betul suaranya. Berasap-asap bunyinya. (eh, dendam ke??) Pemuda sebelah saya kata Fahmi dulu kena pecat sebab salahguna wang 7 juta. Saya pun tak tahu. Mungkin fitnah. Jadi ada sesiapa yang boleh cerita kes Fahmi ni, ceritalah. Apasal dia berdendam sangat dengan DS Anwar?

Si Fahmi sambung lagi, "Saya rakan selama 20 tahun pun masih belum kenal siapa Anwar sebenarnya. Kalau nak tahu siapa Anwar sebenarnya.. tanya Datuk Nalla!! Anwar hipokrit! Beliau sebenarnya ialah seorang KAKI PEREMPUAN!! Apa lagi, panas betul hati saya. Sekali lagi saya jerit "TIPUUU!! BOHOONG!! Sambil sorakan riuh rendah hadirin yang tidak mempercayai fitnah si Fahmi itu. Beberapa orang lain juga menjerit tidak puas hati. Tapi Fahmi ni buat tak tahu, sebaliknya dia kata "SAYA ADA BUKTI!! ADA YANG MENGAKU PADA SAYA!! KALAU TAK PERCAYA CABAR SAYA UNTUK BAWA KE MAHKAMAH!! Saya dengan penuh geram menjerit sekuat hati, "BAWA MAHKAMAH LAAH!!!!"

Tiba-tiba ada tangan memegang bahu saya. Wah seorang penggempur pemuda UMNO! Dia nasihat saya supaya jangan rosakkan majlis. Terkejut juga. Saya kata OK lah! Nak kata apa memang majlis fitnah depa. Dia pun belah. Tiba-tiba selepas itu ada tangan mencekup saya dari belakang. "Nak pergi balai?" katanya sambil menayangkan kad kuasa polis kepada saya. "Majlis ini ada permit, Ada ramai polis preman keliling awak! Nanti kena tangkap senyap-senyap, siapa tahu?"

"OK, OK saya senyap. Saya tak bising lagi."

"Mari ikut balai!!" katanya lagi sambil menarik saya. Sementara itu Si Fahmi tadi masih sibuk buat fitnah, tapi dah tak masuk lubang telinga saya. Saya ingat tak boleh lepas ni. Sure kena punya..

Tiba-tiba dia lepaskan saya dan menasihati saya supaya dengar dan senyap.. atau balik rumah kalau tak mahu dengar.

Saya kata "Baik Tuan!"

Berpeluh juga...

Giliran pemidato yang ditunggu-tunggu tiba. Pemimpin VETERAN, TUN GAFAR BABA!!

Mula-mula sekali dia tanya, "kamu nak HIDUP ke nak MATI?" Ramai hadirin yang terpinga-pinga. "Kalau nak hidup, pangkah BN!! Kalau nak mati pangkah Pembangkang!!" Apa lagi, pemerhati riuh buat bising. (Tapi saya dah senyap dah..)

Gafar sambung, "Saya ni veteran. Suara pun dah berkarat!(konon joke lah tu) Pemerhati ramai-ramai kata "BETUUUL"

Gafar tersinggung sikit. Dia kata, "Memang saya dah tua. Saya mengaku. Ingat, awak yang muda-muda tu pun satu hari jadi tua juga! Siapa tahu saya dipanjangkan umur sampai seratus tahun, tapi awak yang muda balik rumah malam ni... mati! Semuanya takdir Allah!"

Cewaaah! Tuk Gafar sebut mati kerana takdir pula. Tapi baru sebelum tu dia kata hidup mati sebab pangkah BN/Pembangkang. Bodoh betul orang tua ni.

Anyway... sekali lagi kami dibuai nostalgia sejarah 40 tahun dulu. Dia kata dia sekolah dulu tak pakai kasut. Sekarang bila hari pertama sekolah dia tengok kaki budak-budak dulu. Syukur dah pakai kasuuut!... Kemudian dia cerita rakyat Malaysia kini yang tak pernah rasa kebulur. "Ada berita orang mati kebuluran di Malaysia?" Dia ingatkan kita zaman Jepun. Ramai orang kebulur. Laaaa... itu zaman Jepun! Dia cuba yakinkan hadirin orang dulu-dulu hidup susah, kebulur dll. C'monlah Tok Gafar! Memang nenek moyang kita tak pernah kebulur pun! Nenek Moyang kita di
kampung-kampung dulu guna subsistance lifestyle. Semua buat sendiri. Tanam padi sendiri, tangkap ikan sendiri, tanam ubi sendiri, pelihara ayam sendiri. Semua keperluan hidup mencukupi untuk diri sendiri. Tiada market economy (Tapi tak maju lah) Memang tak pernah kebulur! Campak biji nangka, tumbuh pohon nangka. Campak biji durian, tumbuh pokok durian. Camno nak kebulur?

Gafar kata, "Mahathir sayang sangat pada Anwar. 50 kali dia ulang 'Anwar pengganti saya'. Tapi Masa saya(Gafar) jadi Timbalan PM, cuma satu kali dia kata saya pengganti PM." "Saya pun bukan nak jadi PM. Syukur dapat jadi TPM" Gafar, oh Gafar kau tu memang tak ada tokoh jadi PM dan kau pun sedar! Kau memang tak ada wawasan. Setakat jadi pak angguk aja kucing aku pun boleh jadi TPM!

Lagi Tok Gafar kata dia berjuang dalam UMNO bukan nak apa-apa. "Pilihanraya kali ini pun jika saya tak jadi calon bertanding pun tak apa. Bila orang minta, saya akan tetap berikan sumbangan. Saya bukan nak apa-apa, saya ikhlas." Saya rasa geram untuk menjerit "HUTANG PUN LANGSAI!!" Tapi pembaca fahamlah kedudukan saya yang masih mendapat jelingan 'si dia'.

Gafar cuba menyakinkan hadirin bahawa memang patut Anwar dilucutkan jawatan TPM sebab beliau menghadapi kes di mahkamah. Dia bagi contoh RTC yang melepaskan jawatan Ketua Pemuda sebab kes mahkamah. Mat Taib yang lepaskan jawatan sebab kes mahkamah. Sehingga Sultan pun terpaksa lepaskan kesultanan jika dihadap ke mahkamah khas. Jika bersalah, dihukum. Tapi kalau tak bersalah boleh bergiat semula. Wahai Gafar, itu bukan
persoalan pokok. Rakyat nak tahu apasal Anwar kena buang terus UMNO? Apasal sebelum hukuman Mahkamah, Mahathir dah anjurkan pesta fitnah-liwat? Malaslah nak jawab. Semua orang tahu memang Anwar dianiaya. Kenalan rapat saya yang masih menyokong totok Mahathir pun akui memang Anwar dianiaya dan difitnah. Tapi apa boleh buat, dia old-timer yang phobia bila dengar orang sebut, "perubahan ke arah ISLAM".

Gafar sambung, "nak tahu kenapa saya tanya awal-awal tadi jika pangkah BN kita hidup, kalau pangkah Pembangkang kita mati?" Saudara ingat air kita cukup selama-lamanya? Kerajaan BN yang berpandangan jauh sudah buat rancangan utk menyalurkan air dari Sungai Pahang ke Lembah Kelang. Projek raksasa ini begitu canggih sehingga terowong air akan ditebuk menembusi gunung-gunung! Beberapa kali dia ulang "MENEMBUSI GUNUNG-GUNUNG!! MENEMBUSI GUNUNG-GUNUNG!!", kononnya nak impress hadirin. Macamlah kami ni duduk kat ulu kampung! Kami orang Shah Alam lah! "Panjangnya pula 380 batu/km" (kejap dia kata batu, kejap dia kata km, saya pun tak tahu mana satu) "Mungkin ini adalah projek saliran bawah tanah terhebat di dunia." Memang kita semuanya ter-ter-terrr.

"Saya memang tahu pasal projek ini sebab saya pun terlibat!" Hah! Temberang dia dah pecah! Tok Gafar ni terlibat dlm bahagian mereka-cipta terowong ke dlm bahagian habuan tender?

"Jika barisan terus memerintah, kita semua hidup sebab ada air!! Tapi jika Pembangkang memerintah kita mati sebab mereka tak tahu/tak boleh buat projek canggih ini!" Jerit Tok Gafar, tercungap-cungap.

Tok Gafar ingat kami ni macam biri-biri atau lemmings dalam iklan Ford tu? Bodoh dungu hanya tahu mengikut dan mengangguk saja? Adakah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mereka-cipta projek canggih tu? Adakah Samy Velu yang design pelan laluan terowong air tu? Bukankah ada pakar? Bila BN tumbang, semua engineer di Malaysia pun tumbang tergolek sama ka? Jika Barisan Alternatif pegang kerajaan, kami akan pastikan pemberian tender dijalankan secara telus dan adil! Kalau projek tu bagus, ia tetap berjalan. Orang kampung pun boleh tembak hujah Tok Gafar, apa lagi kami penduduk kota!

Akhir sekali Tun Gafar hentam PAS. Dia kata PAS adalah Taliban. Dia kata bila PAS perintah akan ada undang-undang baru semua mesti tutup aurat. "Kalau buka, tangkap, bawa mahkamah, rotan." Tambahnya lagi, "Saya agak lah satu hari nanti mahkamah penuh dengan kes dedah aurat. Akhirnya tak payah mahkamah. Polis bawa rotan untuk sebat orang buka aurat on the spot(termasuk cina dan india)! Nampat rambut, rotan! Nampak lutut, sebat!"

Apalah dungunya Gafar. Nak buat undang-undang baru ni ingat DAP akan sokong dlm parlimen? Dia bukan islam tentu dia tentang. (Tapi UMNO islam, kenapa tentang?) Apa yang PAS akan buat ialah mendidik dan menganjurkan masyarakat supaya berpakaian sopan dan tidak mendedah aurat. Tapi mengapa UMNO berdegar-degar sangat lawan hukum Allah SWT?

Gafar kata lagi "Tapi dalam UMNO itu semua tak menjadi masalah. BEBAS!" Masyaallah!!

Lepas dia kata tu orang semua buat bising "WWUUUUUUUUUU!!!"

Tiba-tiba Tok Gafar senyap. Lama senyapnya. Lebih kurang 5 minit. Duduk tersengih di rostrum tak cakap apa-apa. Ada orang kata lidah dia dah kelu tak boleh cakap sebab persenda hukum Allah. Ada yang kata dia merajuk sebab orang BOOO dia. Ada yang kata dah kena heart attack. Saya jenguk-jenguk nampak Tok Gafar tengah tap mikrofon. Laaa mikrofon rosakk!! Sebab boring menunggu asyik melihat wajah Tok Gafar tersengih kemaluan:-) ramai hadirin yang berangkat pulang ketika itu. Saya ingatkan majlis akan berakhir begitu sahaja, tiba-tiba mikrofon berbunyi kembali. Tok Gafar menyambung bicara. Tapi kali ini tak lagi persenda hukum Allah.(Dah dapat warning tu!)

Hadirin tinggal lagi dlm lingkungan 400 orang. Tok Gafar terus membebel entah apa-apa. Asyik kata mesti yakin BN menang, kita mesti yakin, mesti YAKINN! Nampak sangat ketakutan bila lihat ceramah fitnah mereka tiada sambutan langsung dari penduduk Shah Alam.

Saya bandingkan dengan ceramah PAS yang dihadiri Ustaz Fadzil Noor dan Mahfuz Omar baru-baru ini di Seksyen 4. 6-7000 orang hadir walhal pada waktu yang sama ada pelancaran tahun melawat selangor 2000. Kemudian ceramah keADILan bersama DS Dr.Wan Azizah, Saifuddin Nasution dll. Lebih 10,000 orang menghadirinya. Walhal tempat itu berbatu-batu jauhnya dari pusat penduduk Shah Alam. Berbondong-bondong rakyat bermotosikal, berkereta ke sana. Tapi kali ini, Ceramah Perdana UMNO seksyen 19 yang digembar-gemburkan, berlangsung di tengah-tengah kepesatan penduduk Shah Alam, di hadapan deretan rumah kedai Seksyen 19, hanya berjaya mengaut beberapa ratus manusia. Itu pun, seperti kata penceramah Aziz Tapa, "Saya dikhabarkan ceramah ini ceramah UMNO, tapi bila datang tengok ada bendera MCA, MIC, PPP. Ada hadirin India, Cina. Ini sudah jadi ceramah BN"

Ya, memang terpaksa dijadikan ceramah BN pada saat-saat akhir agar penduduk berbangsa cina dan india (mungkin dr Sri Muda) dapat dibawa untuk memenuhkan kerusi di bawah khemah. Penyokong UMNO sendiri yang datang hanyalah dalam lingkungan 300 orang!
 

Sebagai kesimpulan, rakyat sudah bosan mendengar fitnah UMNO. Walaupun sudah hampir setahun berlalu, UMNO masih dihantui DSAI. Di Shah Alam, mereka masih buas menabur fitnah terhadap DS. Takutilah janji Allah dalam ayat 19, Surah An-Nur yang membawa maksud,

"Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita--fitnah tuduhan zina tanpa 4 saksi) yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka AZAB YANG PEDIH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Ya bersekongkol dengan fitnah Zina atau Liwat ini balasannya azab di dunia lagi! Ini janji Allah SWT, bukan fantasi atau rekaan saya.

Nasihat kepada kepimpinan & ahli UMNO. Tak perlulah anjur ceramah lagi. Saudara hanya mengundang malu kerana terlalu banyak persoalan asas atau elementary yang tidak mampu penceramah saudara jawab. Sambutan pula begitu dingin dan lesu sekali. Cukuplah TV3 sebagai penyebar fitnah sensasi.

Akhir kata, Barisan Alternatif mesti terus berjuang untuk memenangi hati rakyat Malaysia. Hujah-hujah TV3 dan UMNO begitu mudah ditangkis. Yang penting, jangan patah semangat. Teruskan usaha kita semua. Janji Allah itu satu kepastian. Insyaallah kita berjaya.

Sekian laporan saya,

Red Dragon