YB. DATO'' HJ FADZIL NOOR JAWAB LELONG PUTRAJAYA

 

11 Julai, Hotel Fedaral Kuala Lumpur, YB Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS dalam ucapan perasmiannya pada Konvesyen Pemuda, menyelar media-media tempatan samaada mesia cetak dan media elektronik kerajaan yang telah memutarbelitkan tentang kenyataan yang dibuatnya berhubung Putrajaya. Dato' Fadzil menyatakan, beliau tidak pernah menyatakan untuk melelong Putrajaya sebagaimana yang dilaporkan, yang dimaksudkannya ialah melelong Mahligai Perdana Menteri di Putrajaya yang disifatkannya adalah membazir.

Menurut beliau jika Parti Alternatif memenangi pilihanraya ini dan Perdana Menteri daripada parti alternatif tidak akan tinggal dikediaman rasmi tersebut. Menurut beliau lagi inilah tugas media tempatan akan sentiasa berusaha melemparkan fitnah dan kemudiannya meminta pemimpin-peminpin BN untuk membuat kenyataan terhadap isu itu. Inilah fungsi media tempatan yang berusaha menyebar fitnah demi memastikan BN menang dalam pilihanraya akan datang. Selepas itu mereka akan melemparkan fitnah dengan menuduh PAS yang menyebarkan fitnah.