Pelapor
Sedikit laporan debat UM
Tue Jul 13 00:29:29 1999
 

Assalamualaikum; 

Saya bersama dgn beberapa orang kawan telah sampai di Kompleks Perdanasiswa sejurus selepas maghrib. Adalah disebabkan kawan-kawan saya ini semuanya bukan org UM, jadi mereka semua tidak dibenarkan masuk ke Auditorium. Hanya pelajar dan kakitangan sahaja yg dibenarkan masuk pada malam tadi. Saya rasa ini memang suatu perkara yg telah dirancang dgn rapi oleh pihak atasan dgn mentor politikus mereka. Selepas menghantar rakan-rakan saya keluar dari UM, saya pun bergegas semula ke Auditorium. Semasa saya masuk semula UM pintu gate utama PJ masih lagi belum dikunci, tetapi keadaan agak sesak disebabkan pak guard "check" setiap kendaraan yg nak masuk UM. Sesampainya saya sekali lagi di Aditorium, ramai mahasiswa dan orang luarpun ramai juga yang cukup masuk. Seorang pak guard jaga dipintu dan hanya membenarkan mereka yg ada kad metrik masuk. Suasana kecewa jelas kelihatan pada wajah mereka yg tak dapat masuk. 

Sampai dlm oditorium, majlis belum bermula. Tapi almost all the seats are taken. Sejurus lepas tu pengerusi majlis pun mengumumkan bermula dgn kata-kata aluan drpd. TNC hal ehwal pelajar Dr. Firdaus Adullah. Semasa naik pentas mahasiswa dah boo....dia. Ada juga kedengaran pelajar kata nanti dulu, kasi chance dulu. Firdaus ingatkan semua dalam dewan supaya jaga disiplin dan walaupun kita berbeda pendapat tapi mari kita terus bersahabat. Walaupun kita berbeda falsafah tapi mari kita terus kukuhkan ukhuwwah. Berkali-kali jugalah si firdaus tu ingat pelajar supaya jaga adab, sehingga ada pelajar kata dah-lah tu. 

Lepas tu majlis pun diserahkan pada pengerusi malam tu, Dr. Mohd Rom Tamjis. Ahli penalis malam tu ialah YB Mohd Noh Omar (MP UMNO haram jadah dari Tanjung Karang), Ahmad Shabery Chik (Si  UMNO bekas 46), SDR. pejuang reformasi Roslan Kassim, SDR. PAS Mahfuz Omar, dan SDR Borhan Che Daud (Presiden PMUM). Dato' S. Subramaniam (Timbalan Presiden MIC) yg janji dgn firdaus nak datang tak nampak batang hidung pun. Setelah pengenalan ringkas, majlis debat pun bermula dgn pendebat pertama Sdr Ahmad Shabery Chik. 

Ahmad Shabery dah sediakan semua hujah-hujah dia dalam bentuk tulisan. Dia cuba memberi gambaran sejarah bagaimana gerakan mahasiswa dulu zaman dia jadi presiden PMUM dan PMIUM. Dia kata dia sokong mahasiswa ada kesedaran politik. Dia kata mahadey yg buat AUKU. Dia kata semua ahli parlimen PAS masa tu sokong AUKU. Dia kata Anwar masa masuk UMNO janji nak buat pindaan, tapi dah bertahun-tahun tak ada apapun. Dia tawarkan khidmat utk mahasiswa kalau nak buat memorandum utk pinda AUKU. Cakap-cakap tak lebih dari nak mengampu pelajar. Kebanyakan pelajar diam aje. Mungkin suasana tak panas lagi. 

Pendebat kedua Sdr. Borhan. Dia kata dia ingin sangat berforum dgn si Hishamudini, tapi member takut pasal tak dapat angkut semua pemuda umno mai (ini tambahan saya sendiri). Hujah Borhan taklah begitu banyak setakat menyebut beberapa fasal dari AUKU yang menyekat mahasiswa berpolitik. 

Seterusnya, giliran Sdr. Reformasi Roslan Kassim pula. Belum bermula jeritan REFORMASI dah bergema. Sdr Roslan bermula dgn menyatakan pelajar boleh dibahagikan pada empat golongan. Satu yg kesedaran politik tak ada dan kecermerlangan akademiknya pun tarak. Dia kata yg dalam dewan tak cam tu kot pasal datang ke debat politik, tapi mungkin juga lebih kurang gitu je. Saya dengar ada suara yg kata eh kiri-kanan kita kena juga. Golongan kedua kata Roslan ialah yang ada kesedaran politik tapi tak ada kecemerlangan akademik. Golongan ini kata dia tak berapa ramai. Yg ketiga golongan cemerlang akademik tapi tak ada kesedaran politik. Kalau tanya dia siapa TPM, dia masih Anwar Ibrahim lagi. Yg keempat ialah yg cemerlangan akademik dan juga ada kesedaran politik, dia kata nie yg jadi harapan negara. Lepas tu dia ada sentuh tentang perangai orang UMNO yg lepas dapat projek makan mewah, lepas tu makan di mana, lepas tu makan dgn siapa dan last sekali nak makan siapa. Dia kata Shabery Chik kata Anwar tak buat apa itu tak betul pasal masa tu dia orang no. 2 belum lagi dapat kuasa penuh. Semasa Roslan berucap nie riuh rendah jugalah dgn jeritan reformasi dalam dewan. Semasa Borhan bercakap VC Abdullah Sanusi pun masuk dewan utk join dengar. 

Lepas Roslan, giliran MP UMNO  Noh Omar. Sebelum dia bermula orang dah mula boo...boo kat dia. Ada kedengaran suara kata nanti dulu, kasi dia nyatakan poitnts dia dulu. Agak gementah gulalah YB nie. Macam orang UMNO lain, dia mula kelentong dgn kata dia dah jumpa Roslan kawan dia di arena lain, dgn Mahfuz dan macam-macam. Lepas tu dia kata dia baca Harakah. Masa nie kedengaran banyak suara yg menjerit "Untuk ahli Pas sahaja". Lepas tu dia kata dia baca dalam Harakah tu pasal kenyataan mahasiswa. Dia pun cuba nak hurailah satu persatu. Pasal soal perkauman. Dia kata DAP menjejas ketuanan melayu melalui malaysian malaysia. Dia kata DAP jahat rampas hak melayu (kan tu lagu UMNO sekarang pasal dah bankrap idea). Dia kata dia akan tentang siapa sahaja yg mau jejas ketuanan melayu. Mahasiswa dah mula bising dan boo dia. Tiba-tiba muka dia jadi hitam (ataupun memang kulit dia hitam) tiba-tiba dia naik marah pasal kena boo. Dia kata sdr-sdri jemput dia datang nak dengar point dia tapi bila dia cakap pelajar kacau. Lepas tu pengerusi pun mintak pelajar bertenang pasal dia dah jamin keselamatan pada kesemua ahli panel. Lepas tu dia cuba bodek Mahfuz kata dalam politik tak payah ada akademik tengok Mahfuz tak ada gelaran DR. boleh kalahkan Dr Hatta dalam jawatan Ketua Pemuda. Lepas tu dia bagi statistik bilangan professional melayu yg dah dihasilkan oleh BN. Berkali-kali jugalah dia kena boo. Sebelum dia berakhir, dia kata ada penjajahan baru melalui human right group yg mau legalise liwat di malaysia.

Benda memang sengaja dimainkan oleh UMNO. Pelajar boo teruk juga pada dia sampai dia duduk. 

Lepas tu Mahfuz punya giliran. Dia mula dgn kata terima kasih pasal jemput dia sempena "bulan" pengenalan PMIUM. Suasana jadi riuh dgn Takbir. Bergegar satu dewan. Dia kata diapun macam Borhan datang nak jumpa si Hisham. Dia dah tanya penganjur berkali-kali Hisham ada mai kah. Tapi si Hisham takut. Tiba-tiba kedengaran dari kalangan mahasiswa bunyi pondan menjerit "AUWWW". The whole dewan broke into laughter. Mahfuz ulas pasal ketuanan melayu. Akhbar mainkan isu pasal istana di singapore yg kini dihina pasal PAP dapat kuasa dan ketuanan melayu dah hilang. Abdullah (b) Badawi buat statement kat Penang orang melayu kena berwaspada dgn taktik pembangkang nanti hilang kuasa. Mahfuz tanya sejak bila pula melayu berkuasa di Pulau Pinang, maka takbir terdengar lagi. Dia kata kita tak boleh salahkan orang lain kalau kita hilang hak  ketuanan melayu pasal kita sendiri yg serahkan pada mereka. Saya tak berapa ingat point-point lain disebut oleh Mahfuz pasal suasana cukup riuh rendah dgn takbir. 

Pas tu giliran soal jawab. Pelajar pertama kemukakan tiga soalan. Pertama kenapa BN selalu memberitahu kita dia dah hasilkan berapa ramai jurutera, doktor dan lain-lain. Habis siapa pula yg menghasilkan Bohsia dan Bohjan. Siapa pula yg menghasilkan mereka yg MURTAD. Apakah tu bukan kerja BN. YG kedua dgn ketiga saya tak ingat. Mungkin bila teringat nanti saya tulis (pasal masuk politik tapi tak boleh kepartaian). Seorang lagi student tanya kenapa
kelab politik hanya dibenarkan di UK tapi tak di malaysia. Semua soalan nie ditujukan pada Noh Omar. 

Lepas tu tiba giliran gulung. Mahfuz gulung dulu dalam masa 2 minit. Dia nyatakan point dia dengan tegas dan jelas. 

Lepas tu giliran si Noh  tu. Dia patutnya jawab soalan tadi tapi dia mengelat. Dia kata memang betul ini bulan
pengenalan PMIUM, tapi bulan dah ditakdirkan oleh Allah hanya bercahaya 13 hari sebulan. Crowd masa itu semuanya naik marah. Ada yg naikkan tangan kata apa nie. Ada yg jerit Jawablah soalan tu. "JAWAB", Jawab. Sekali lagi si NOH nie naik marah. Dia kata pasal korang marah bila saya cakap pasal kejadian Allah. Apasal masa pembangkang jawab korang semua dengar dgn khusyuk. Dia kata kat akhirat nanti kita semua akan ditimbang dgn dacing. Lagilah crowd marah. Jeritan "JAWABLAH" lagi kuat kedengaran. Dia kata student tak adil. Dia marah-marah. Riuh rendah dewan. Pengerusi minta hadirin bertenang. dan akhirnya si Noh ni terpaksa ditamatkan dgn tidak jawab soalan tadi. 

Lepas tu Roslan pula gulung. Roslan kata memang dulu dia kenal si Noh nie. Roslan kata zaman nie memang orang semua tengah Phobia dgn bulan. Mana-mana pi jumpa bulan. Kalau tak bulan besar, bulan kecik. Insya-Allah bulan akan tumbangkan dacing. Roslan setuju memang kat akhirat kita akan ditimbang dgn dacing tapi bukan dacing yg tak bergerak tu. Itu adalah dacing karat yg dah tak boleh pakai. Roslan kata takkan nak duduk dlm dacing walaupun prinsipnya dah tak betul, orang cam dungu-lah jawabnya. Dia kata kalau NOh tak puas hati lagi, dia orang boleh anjurkan debat terbuka hatta di Tanjung Karang sekalipun OK. Roslan berakhir dgn sambutan jeritan reformasi makin kuat. 

Lepas tu giliran Borhan utk gulung. Borhan kata dah jelas malam nie mahasiswa tolak kezaliman, tolak kebatilan. Ini adalah mesej jelas kepada pemimpin UMNO. 

Akhir sekali, si Syaberyi pula bercakap. Si katak nie dia cuba timbulkan cerita zaman dulu pasal Roslan Kassim. Dia kata dulu Roslan setuju dgn pemecatan Tun Saleh Abas. Kedengaran jeritan kuat dari hadirin "DULU DON"T KNOW SEKARANG DAH JELAS". Lepas ada sambung "DULU UMNO SEKRANG PAS". Si sabri  tak ada point sangat cakap dia. Dia kata kalau PAS ikhlas pasal tak buat pindaan perlembagaan. Semua orang makin boo si sabri  nie. Maka berakhirlah debat di UM pada 12 tengah malam.