Hujah penuh Zein Isma di Debat Perdana UKM

Nota : (Reaksi audience dalam kurungan)

Round 1

"Assalamu'alaikum warah matullah hi wabarakatuh.. (di ikuti dengan kata-kata aluan.. dan si akhiri dengan....rakan-rakan ahli panel, mahasiswa dan mahasiswi sekelian."

"Pertamanya, saya ucapkan berbanyak terima-kasih atas jemputan pada hari ini dan saya hadir pada hari ini atas kapasiti saya selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia." (tepuk) "Dan sebentar tadi kita telah dengar begitu hebat hujah rakan-rakan kita Mustaffa Kamil dan saudara Mahfuz yang terang-terang menyatakan wajar mahasiswa berpolitik."

(wajar)

"Dan sememangnya begitulah, rata-rata rakan dari atas baik Mustaffa Kamil, Mahfuz dan adinda kita daripada GAMIS maupun, rakan saya, Dato' Suhaimi juga merupakan bekas-bekas pemimpin mahasiswa. Tapi kewajaran kita berpolitik, kita wajar berpolitik dalam kampus, kita lihat sendyi, sendiri seksyen 48, 49 Akta Universiti dan Kolej Universiti.."

(boo)

"Nanti.., nanti.. kita memang wajar, memang pun di galakkan berpolitik sebab itulah kita di galakkan untuk menrencana kegiatan kita dalam kelompok-kelompok kita yang fikirkan perlu atau kesatuan, untuk membentuk kerajaan dalam kampus. Betul?"

(boo)

"Nanti..tak habis lagi.. saudara, tiap-tiap tahun kalau saya lupa, membuat pemilihan untuk memilih perwakilan mahasiswa atau atas nama lebih mudah Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Di situ jelas, kita tak pernah halang mahasiswa berpolitik, saya pun bersetuju mahasiswa berpolitik. Tetapi  mahasiswa! Perlu tahu lunas dan batasan-batasannya. Kita boleh berpolitik, kita boleh menyuarakan pendapat. Ikut saluran. Tetapi yang lebih penting kita tidak boleh berpolitik kepartian dalam kampus."

(boo)

"Ini jelas, dan ini jelas. Bahawasanya, dalam masa kita menggalakkan berpolitik. Bukankah hari ini kita bersama-sama  dalam satu dialog, dialog intelektual. Hah? Betulkan? Intelektual membahaskan wajarkah mahasiswa berpolitik. Saya pun dan mana-mana pemimpin parti pun, kerajaan ataupun NGO tak pernah bangkang. Saya cukup menyokong mahasiswa wajar berpolitik tetapi boleh berpolitik secara kepartian. Buktinya? Kerana kita memberikan kelebihan kepada mahasiswa. Bahan-bahan bacaan yang mungkin di haramkan diluar, terdapat di universiti, boleh kita baca."

(bising)

"Kalau tidak, tanya Professor Dato' Wan Teh, pakar er..politik."

(makin bising)

"Yang kedua, setiap saban hari, kedengaran oleh kita, Universiti Malaya, Universiti Putra, tidak ketinggalan Universiti Kebangsaan Malaysia, bekas tempat saya juga bersama-sama saudara, hah,  di barisan akademik tempoh hari dulu. Kedengaran, macam-macam program kita buat, dan kita tidak halang 'tuk saudara-saudara mengikuti perkembangan, samada dari pihak, er...hujah-hujah pihak pembangkang mahupun pi.. er...badan-badan bukan kerajaan, berkecuali, mahu parti-parti pemerintah. Tetapi yang kita tidak mahu, pelajar di heret, undatasatu.er.. atas satu er..sikap untuk menjuruskan pandangan mereka, pendirian mereka, kepada parti-parti politik tertentu. Yang kita nak harapkan pada masa akan datang. Yang  kita nak harapkan saudara-saudara, hari ini diberikan peluang, saudara-saudara semua diberikan peluang, semua sekulit sebangsa dengan saya, pergi kedepan. Saudara di berikan peluang! Bukan merupakan hak! Kena ingat! Bukan merupakan hak! Sebab itulah kerajaan kita, tidak langsung melarang saudara berpolitik. Tetapi jangan berpolitik kepartian. Dan saya nak jelaskan di sini secara terbuka di depan presiden er...ketua pemuda Pas, tak payahlah perlu tunggu Ketua Pemuda Umno Malaysia.."

(boo)

"Tak payah tunggu Ketua Pemuda Umno Malaysia.."

(boo semakin lantang)

<Zein memandang ke arah pengerusi majlis

"Ini macam mana ni, kata mahasiswa. Isi program, bahasanya unggul.

<Zein memandang professor Anwar

Hai....Professor Anwar pening kepala balik rumah.."

(boo)

<Masih memandang Professor Anwar)

"Macamana anak buah kamu ni.. "

(makin bising)

"Saudara pada hari ini telah menggambarkan sikap kepartian saudara, dan saya tak  halang, dan saya tak gusar kerana saya sendiri telah melalui proses kemahasiswaan seperti saudara saudara semua. Tetapi saudara-saudara, kita perlulah ingat,kita berada di Malaysia yang cukup beruntung. Saudara lihat sendiri,rakan rakan saudara yang berada di luar negara. Lihat! Atas ketaksuban, boleh dipolitikkan dan terus
menjurus kepada  kepartian dan mengheret mahasiswa mahasiswi untuk turun ke gelanggang, turun kerana menjatuhkan politik negara, akhirnya.."

(boo)

"..Akhirnya negara kita, negara yang diluar itu mungkin runtuh dan tidak ada boleh mencapai kejayaan seperti yang kita bina. Kita mengharapkan saudara-saudara.."

(boo dan bising)

"eh ... nanti.. nanti nanti!"

(makin bising)

"Sabar.. Beginikah sikap saudara saudara. Saudara belajarlah politik, ikutlah perkembangan. Semasa memilih pelajar mahasiswa, dengan rencana posternya, pemilihan calunnya, dengan kempennya, alhamdullillah, inilah anak-anak generasi akan datang yang kita mahukan. Bukan saja, tapi ingat, jangan sekadar boleh bersorak, tapi kampung tergadai. Kita..."

(boo makin lantang)

"Kita boleh dengar, kita boleh baca,  contohnya, er.. <tidak jelas kitalah. Dulu di sekolah, kita belajar untuk membaca, menulis dan mengira. Tetapi saudara yang berada di unversiti pada hari ini, lebih-lebih lagi, Universiti Kebangsaan, insyaallah, saya mengharapkan, dan saya percaya, saudara perlu juga, mampu untuk melihat, melihat kepada bumi yang nyata, tak mungkin secara waras. Bukan terikut-ikut! Haa... Ini belum apa-apa lagi, diperingkat sekolah telah merencana, ha.."

(bising)

"..telah merencana.."

(makin bising)

"OK.. saya meyokong, mahasiswa perlu berpolitik, tapi jangan sesekali politik kepartian. Sekian."

(boo)
 

Round 2

Setelah di bidas oleh saudara Mahfuz, Zein di jemput untuk bidasan balas.

(boo dan bising)

"Jangan kita seronok sangat, ha? Memang sedap dengar retorik. Ha? Saya nak mintak izin, kalau saudara kalau menghormati majlis, kalau nak di katakan mahasiswa berilmu, menerus wawasan negara, perlulah saya mintak saudara-saudara tenang."

(bising)

"Ha, ini kalau kita hendak berdiskusi, kita tenang. Ha?

(bising)

"Saya sungguh kagum. Tentang pandangan, isihati di sampaikan oleh Mahfuz. Maklumlah beliau Ketua Pemuda PAS yang baru saja di tabalkan."

(tepuk)

"Jangan sampai semangat itu berkubur di tengah jalan. Ha?"

(bising)

"Saudara Mahfuz, saya mintak, saya pun terperanjatlah hari ini, saya ingat hari diberikan satu topik, wajarkah mahasiswa ber..ber.. berpolitik. Tapi pada hari ini, nampaknya, dah mula bibit-bibit, untuk menggambarkan sesuatu, menyesongkan pendirian dan menguit-nguit kawan-kawan kita."

(boo)

"Ini tak betul. Tak betul.."

(boo)

"Saya mintak di dewan ini jugak, saudara Mahfuz, tak payah tunggu ketua Pemuda Umno. Kalau saudara benar-benar ikhlas,untuk menentukan tujuan, hala-tuju perjuangan,  untuk membela nasib agama, bangsa dan negara, kita berdebat di sini, 'one by one' , tak payah gunakan usul isu mahasisiwa. Boleh tak?"

(bising)

"Boleh. Terima kasih. Cantik. Jangan lupa, saya tak cakap politik kepartian itu begitu jumud. Politik sebegini ke.. <tidak jelas izin berapa lama saudara nak duduk di universiti ni? 10 tahun.? 20 tahun? Saya telah melalui 2 zaman. Masuk universiti. Keluar bayik be..kerja.Masuk universiti ni sebagai pensyarah.."

(bising)

"Nanti..nanti dengar.."

(bising)

"Ha.. ini saya tengok. Terlampau taksub. Inikah cermin mahasiswa?"

(makin bising)

"Saya maluuulah. Jika begini sikap saudara, saya malu!"

(boo dan makin bising)

<Zein memandang kepada professor Anwar

"Ha.. tengok tu..Tengok. Saya mintak professor Anwar, professor Wan The kena didik anak-anak bangsa kita ni. Yang penting."

(boo)

"Tidak pernah kita larang.."

(boo berterusan)

"nanti.. sabarlah.. get my point. Berpolitik bijak, tengok keputusan ijazah pertama, kedua, <dengan mencemikkan muka tolonglah sikit, sedar diri..ha?"

(bising berterusan)

"Saya cakap ikhlas tau. Awak jangan main-main."

(makin bising)

"Sabar..macamana saya nak keluarkan pendapat saya."

(bising berterusan)

"Sabar.. sabar.. Boleh tenang tak?"

(boleh)

<Sambil menghala ke pengerusi majlis

"Ini masa, tuan pengerusi, saya mintak, tak kira ye? Ini masa <tak jelas.."

(bising berterusan)

<Menghadap semula ke arah pengunjung

"Tenang! Saya nak bercakap, saudara mesti tenang!"

(boo makin lantang)

"..peluanglah sikit."

(boo berterusan)

"Kalau tak ada, saya tak nak cakaplah."

(bising dan ketawa)

<sambil menghala ke professor "Prof, apa lah orang ni.."

Pengerusi majlis: "Tolong, tolong beri laluan. Kalau saudara tidak beri laluan kepada dia, saya akan beri tambah masa 8 minit lagi. Jadi, saya ulang, beri laluan."

"Sejak zaman kemahasiswaan dahulu hingga sekarang, tak pernah beza. Saudara tidak pernah pun di larang untuk mengkritik mana-mana pihak. Kita tidak di larang di mengkritik kita, dayus saudara membantu  biasiswa, untuk memberi teguran membina kepada kerajaan mahupun pemimpin-pemimpin negara. Tetapi saudara.."

(bising)

"Nanti.. Sabarlah! Kita ada saluran-saluran kita. Bukankah persatuan mahasiswa yang di pimpin oleh saudara Faizal di sini, boleh atur majlis macam ni, kita boleh berdialog, dengan menteri, kita boleh berhimpun, kita pakir(?) panggil mana-mana parti de(?) parti politik, kita boleh memanggil mana-mana cendekiawan. Tunjukkanlah keunggulan saudara berpolitik. Jangan kerana sekatan yang er.. di gembar-gemburkan,

<sambil bercekak pinggang apa sekatan sebenar, akta er.. universiti dan kolej yang saudara tahu ni?"

(bising)

"Apa sekatan yang sebenar? Kita tidak mahu saudara di heretkan, untuk campur tangan secara aktif."

(bising)

"Ini tidak, baru mula, dah pergi berkempen. Masuklah program tarbiah, muktamar, berkempen, kita tahu, kerajaan tahu, pemuda merantau, kita tahu mana-mana mereka yang terlibat. Kami sedih. Tujuan kita mewujudkan universiti ini, lebih-lebih universiti kebangsaan ini.."

(bohong!)

"..untuk melahirkan graduan.."

(bohong!)

"Cara tindakan saudara, cara pemikiran saudara. <sambil mengajuk tangan menumbuk keudara dan mencemikkan muka), allahuakbar! takbir, allahuakbar! Jangan bersorak macam tu."

(boo)

"Saya khuatir., saudara tadi tak beri peluang kepada Suhaimi, saya ingat, kalau ki.. kita ajak ber.. berdebat, tunjukkan er.. intelletual cap..capacity saudara sebagai mahasiswa. Tolonglah."

(bising)

"Kita tak larang untuk takbir. Jangan menggunakan itu..Allahuakbar.."

(bising berterusan)

"Ok. Jangan sekali ingat bahawa Akta Universiti dan Kolej universiti menyekat saudara daripada mempelopori minda saudara, sebagai jiwa dan minda merdeka. Never. Jangan fikir begitu. OK?"

(bising berterusan)

"Gunalah kapasiti, kedudukan, saudari universiti, kerajaan dalam kampus yang saudara-saudara pilih, untuk menunjuk kecekapan mahasiswa, mentadbir berorganisasi. Kita tidak pernah larang. Kita mahu setiap, bukan saja mahasiswa, setiap jiwa muda, setiap jiwa orang Melayu khususnya, dan sssetiap jiwa orang  Malaysia."

(islam!)

"Perlu memiliki jiwa semangat patriotisme negara yang begitu tetap. Kita tidak pernah larang."

(boo)

"Apa yang kita nak sini supaya keharmonian sekarang kita jaga. Belajarlah kita berpolitik dalam suasana harmoni dan kesepakatan. Kita berada dalam negara majmuk. Kita akan menhadapi cabaran alaf.. abad baru dan alaf baru yang lebih mencabar. Yang menuntut kesatuan bangsa.Tidak ada negara yang boleh di perintah kalau melalui  kerajaan campuran. Belum ada dalam sejarah."

(boo)

"Ha, OK. OK. Saya ingat Universiti Kebangsaan ini, saya rasa kalau saudara kaji, duduk lihat, lihat jauh-jauh, pandang kiri-kanan, jangan kita bersyok-syok(?)."

(bising berterusan)

"Maksud saya, ha, yang saudar Mahfuz komen itu, jelas. Beliau jugak setuju dan saya jugak setuju. Beliau tahu. Hendakkah saudara di izinkan setiap jentera dan pegawai kerajaan, setiap guru-guru, setiap pensyarah berpolitik? Menentukan masuk terlibat politik kepartian? Bendera bulan satu, bendera dacing satu."

(bising)

"Nanti.. Apa akan jadi kepada negara kita?"

(bising)

"Ha..Kalau hendak hancur lebur, buatlah."

(boo dan bising)

"a? Kita dah bagi pinjaman masuk universiti pun, patut bersyukur."

(boo semakin lantang)

<Zein berpaling mengadap ahli panel

"Saudara <tidak jelas, baik Mahfuz ke, baik siapa ni.. bekas setiausaha politik, sekarang bila boss masuk lain, tandatangan dia macam Dato Seri Anwar jugak. Ha? Sekarang Naib Ketua keADILan."

(bising berterusan dan semakin bingit)

"Dengar! Dengar la...Macamana ni..."

Pengerusi majlis: Mohon beri laluan ye..Kalau tidak...

"Sekali lagi saya suruh dengar, kalau tidak, saya tunjuk sebab la.. Saudara kena matang sedikit. <sambil mengajuk tangan menumbuk udara) Beriya-iya bertauk, ber tempiak, saudara ni dah kahwin ke belum ni?"

(bising dan ketawa besar)

"Ha...belum masuk alam kematangan, alam dewasa.."

(bising berterusan)

"Steady sikit.. tanggung jawab belum ada. Ini pun makan mak bapak jaga.. ha.. boleh la.."

(boo)

<Zein mencemikkan muka
"lihat dunia sikit.."

Pengerusi majlis : Masa ada..

"Berapa minit lagi?"

Pengerusi majlis : Satu minit lagi

"OK. Kita memang memerlukan mahasiswa yang akan lahir, bukan saja mengukuhkan agenda kecermerlangan negara kita. Kita hendakkan hidup sejahtera, bahgia di dunia dan di akhirat. Kita perlukan kemajuan. Kita kena tahu di mana kedudukan fardhu 'ain dan fardhu kifayah."

(boo)

"Kita bukan hendak, hendak lahirkan pemimpin-pemimpin macam Mahfuz ni. Boleh bercakap agama, praktisnya kita bagi peluang mereka. Tunjukkan kemampuan dengan visi untuk mentadbir dan membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada negara."

(boo)

"Saudara, saudara saudari. Keluarlah, timbalah ilmu sebanyak mungkin. Belajarlah berpolitik. Jangan memihak mana-mana. Bukalah minda. Bangunkan diri kita sebagai satu agenda.. satu agen..agen perubahan kepada negara kita.. Keluar, lepas 3 tahun. Nah, persilakan. Yang minat ke arah situ, situlah. Yang minat kesini, sinilah. Itu baru betul. Ini jangan kita mengeruhkan suasana."

Pengerusi majlis : Terima kasih
(tepuk)

"OK. Lain kali saya nak bagi tegas, saya bukan ambik perintah."

(boo)

"Sekejap.sekejap. Saya nak bertegas di sini. Tolonglah sikit, eh, jagalah sikit nilai etika kita. Kalaulah ini caranya nak menjemput pemikir untuk berdialog, saya mintak kepimpinan tertingi universiti mengkaji semula wajar tak wajar untuk berdialog kalau inilah cara saudara. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullah."

(boo)

Ulu Rrrrrompin