Trajedi Bilik Gerakan Pilihanraya BN DUN Air Molek

Rumah yang pernah dijadikan bilik gerakan pilihanraya BN DUN Air Molek 
Melaka untuk beberapa pilihanraya yang lalu telah musnah dijilat api pada
awal Mei 1999. Rumah tersebut kepunyaan Cikgu Jasmi Hussin yang pernah
mengetuai pemuda UMNO Air Molek dan pernah menduduki kerusi AJK UMNO Bahagian
Batu Berendam.

Walaupun beliau pernah berjasa kepada UMNO bahagian beliau, namun setelah
trajedi yang menimpa beliau, wakil rakyat kawasan Air Molek hanya datang
untuk mengucapkan simpati sahaja tanpa menghulurkan bantuan yang sewajarnya
yang patut dihulurkan kepada mangsa kebakaran. Begini kah cara nya seorang
wakil rakyat yang telah dipilih oleh pengundi pengundi DUN Air Molek menangani
masalah yang dihadapi oleh anak buah nya?. Sedangkan mereka yang pernah
menjawat jawatan dalam parti diperlakukan sedemikian apatah lagi masyarakat
setempat yang biasa ni. Mungkin langsung tak dihiraukan oleh Dato' wakil
rakyat tu agak nya.

Tapi syukur alhamdullillah, dengan sikap keperihatinan YDP PAS kawasan
Batu Berendam dan dibantu oleh PAS cawangan Bukit Lintang, PAS cawangan
Air Molek dan pemuda PAS cawangan Air Molek, kini kediaman Cikgu Jasmi
telah dibina semula dan pada masa ini telah hampir sepenuh nya siap. Syabas
diucapkan kepada YDP PAS kawasan Batu Berendam Tuan Haji Mat Diah Abdul
serta tenaga kerja nya yang telah bersusah payah membina semula kediaman
Cikgu Jasmi tadi.

Apa yang dikesalkan ialah kenapa wakil rakyat serta agen agen nya tidak
tampil untuk memberi sumbang terhadap Cikgu Jasmi yang pernah berjasa kepada
UMNO kawasan Air Molek? Kemana pergi nya sikap keperihatinan mereka mereka
ini?.

Bagi wakil rakyat DUN Air Molek, kami masyarakat setempat amat sedih
atas sikap Dato' yang kurang berminat dengan masalah kami pengundi pengundi
Dato'. Malah ada desas desus mengatakan Dato' kini agak sombong berbanding
dengan masa mula mula Dato' menang pilihanraya dahulu. Masa tu Dato' hanya
dikenali dengan panggilan 'Ustaz Mokmin" sahaja. Kini setelah dapat
membina sebuah banglow dan apa yang difahamkan banglow tersebut tidak berapa
jauh dari tempat kebakaran pada awal Mei 99 dulu, kami dapat merasakan
yang kami kini teramat jauh dengan wakil rakyat yang kami sokong dahulu.
Malah dari sumber yang dipercayai, Dato' pernah menolak permintaan bantuan
untuk membayar yuran pengajian anak seorang pengundi Dato' dengan muka
yang masam dan cakap yang kasar. Saya masih ingat masa mula mula Dato dicalonkan
bertanding DUN Air Molek, masa tu masih bergelar 'Ustaz", cukup mesra dengan
masyarakat setempat, pijak semut pun tak mati, tapi la ni, setelah bergelar
Dato' dan EXCO lagi, semua nya berubah. Dato' tak seperti mula mula dulu
lagi. Berubah habis. Apa kah akan berubah juga DUN Air Molek nanti....
Jawapan nya diserahkan kepada pengundi pengundi setempat.

Dulu UMNO la ni Barisan Alternatif.
hangtuah