PAS BARU: Mainan Politik UMNO
 
  Media fitnah(TV3) heboh menceritakan tentang penubuhan Parti PAS BARU yang katanya ditunjagi oleh beberapa tokoh tertentu dan telah mendapat perhatian dari beberapa pemimpin dari dalam dan luart Kelantan termasuklah dari Terengganu dan Kuala Lumpur. Kita juga mesti ingat bahawa golongan inilah yang telah menaikkan kain rentang yang mengatakan bahawa "PAS Bukan Parti islam" dan sebaliknya mendakwa bahawa mereka golongan yang memperjuangkan Islam yang sebenarnya. Sipakah mereka ini? Adakah mereka ini dari kalangan Ulamak atau Opportunist atau golongan yang telah disisihkan oleh
masyarakat? Setahu saya mereka ini adalah kuncu-kuncu Anuar Musa. Mereka hanya mendakwa  bahawa meraka adalah pondokong Islam tetapi tiada bukti yang mengiringi dakwaan mereka itu. UMNO juga mendakwa begitu maka apa bezanya PAS BARU ini dengan UMNO.Mengapa golongan ini baru sekarang di tonjjolkan oleh Media Fitnah, mengapa tidak dulu?
Maka di sini ingin saya jelaskan bahawa, apa yang digembar-gemburkan oleh media Fitnah tentang penubuhan parti PAS BARU itu adalah gimmik politik UMNO semata-mata. Tujuan penubuhannya adalah tidak lain dan tidak bukan, melainkan untuk mengelirukan dan menimbulkan rasa curiga di hati rakyat

Kelantan dan umat Islam keseluruhannya menentang penubuhhan PAS BARU. Matlamat mereka bukan untuk menang dalam pilihanraya dan ini dibuktikan lagi dengan kata-kata mereka kononnya mereka akan bertanding di semua 43 kerusi Parlimen dan DUN di Kelantan atas kerusi BEBAS jika Parti PAS BARU ini tidak sempat untuk didaftarkan.Oleh itu apa tujuan mereka memasuki arena politik Kelantan? Apa tujuannya?

UMNO tahu bahawa mereka tidak akan menang di Kelantan walaupun KU LI di bawa masuk untuk menerajui UMNO Kelantan. Maka PAS BARU ini adalah strategi UMNO agar rakyat Kelantan merasa was-was dan curiga dengan dasar dan
asas perjuangan PAS yang ada sekarang dan kembali menyokong UMNOdalam pilihanraya nanti. Dan tidak salah kalau saya katakan bahawa inilah antara strategi UMNO untuk menawan Kelantan seperti mana yang pernah dikatakan oleh Ku Li dulu.Rakyat Kelantan sudah kenal dan masak dengan perangai Ku LI, seorang manusia yang tiada prinsip hidup yang sanggup menggadai maruah rakyat kelantan untuk tujuan dan kepentingan politik beliau.

Maka dengan ini, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan dan umat Islam khususnya agar menolak UMNO dan PAS BARU ini sejauh-jauhnya. Walaupun mereka tidur pada bantal yang berbeza, tetapi mimpi mereka adalah sama iaitu
untuk menghancurkan PAS dan Islam dari terus bertapak di bumi Kelantan khususnya dan Malaysia amnya. Igauan-igauan mereka adalah igauan-igauan ngeri di siang hari kerana kehancuran untuk mereka sudah begitu pasti. Hanya menunggu hari.

ALLAHHUAKBAR !! ALLAHHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !!

Seri Tujuh
13th July 1999