PILIHANRAYA TERLALU HAMPIR

Meneliti berita-berita di kaca-kaca TV dan suratkhabar2 tempatan, kita benar-benar terasa bahawa  pilihanraya umum negara kali ke-10 kian hampir menjelang.

Contohnya: 
seorang diplomat negara, yang juga seorang penulis tetap di 
beberapa buah akhbar tempatan menulis:
 

"Gendang perang UMNO sudah pun dipalu dua minggu lepas. Semangat UMNO, ahli dan penyokong telah tersuntik dan menunggu tarikh jihad mempertahankan ketuanan Melayu, martabat dan kedaulatan bangsa, agama dan watan daripada digadaikan oleh parti-parti pembangkang yang dilihat sebagai boneka kuasa luar." 
[Tan Sri Abdullah Ahmad, Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - Utusan Malaysia 5/7/99].


TU DIA AIH, UMNO DAH ISYTIHAR  'JIHAD'!!! 
Ish, ish, kesian kita kat penyokong-penyokong UMNO ini. Kalau lah sungguh depa nak mati syahid, baik depa pi hala ke Khasmir, boleh la jugak tolong tentera2 Lashkar e-Taiba yang tengah terkepong tu. Ini nak pi 'jihad' nak 
pertahankan Mahathir yang terang-terang menghina nabi dan menolak hukum hudud!! - tak masuk akal langsung!!
 

Mana bukti kata Mahathir tolak hukum hudud?

Ini buktinya:
 

"Jika PAS cuba juga untuk menguatkuasakan undang-undang yang diciptanya - maka kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya!!".
[Surat Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan bertarikh 14 Julai 1994]


SO, KALAU ADA ORANG-ORANG ISLAM DALAM UMNO YANG SANGGUP BER'JIHAD' MEMPERTAHANKAN PEMIMPIN YANG MENOLAK HUKUM AL-QURAN MACAM DR MAHATHIR INI, MAKA DENGAN SEGALA HORMATNYA 'DIPERSILAKAN'!!!

Berbalik kepada tajuk asal, pasal pilihanraya; kadang-kadang kalau kita jadikan diri kita macam orang tengah, katakan macam orang Kedah tengah siaran langsung Piala Malaysia Johor lawan Pahang, mana-mana kita tak 
sokong, cuma seronok tengok depa main bola, kadang2 kita boleh end-up sama ada jadi boring atau pun jadi leka. Boring kalau dok ulang main style yang sama, leka kalau dua-dua sama pantas dan sama handal.

Dalam suasana sekarang, tak keterlaluan kalau kita katakan keadaan nampak sedikit boring - sebab apa? Sebab depa dok ulang tayang cerita yang sama - tak habis2 dengan isu kafir mengkafir dan isu nak kena jajah dengan orang asing!

ORANG ASING TARAK TERINGIN NAK JAJAH KITA AIH!!

DARIPADA MAI JAJAH KITA YANG MALAYSIA YANG PENUH DENGAN PROJEK GAJAH PUTIH INI, BAIK DEPA PI JAJAH BRUNEI ATAU KUWAIT - BOLEH LA JUGAK BUIT DUIT!!
 

[Apa-apa pun, kalau sungguh ada negara asing nak jajah kita, katakan Singapore; kita yakin Mujahid-Mujahid PAS dahulu yang akan ke hadapan, dan kita juga yakin penyokong-penyokong dan ahli2 UMNO juga akan turut serta ke depan; yang kita musyhkilnya ialah pemimpin2 UMNO yang berdegar-degar bercakap pasal isu orang asing ini - kita tak rasa mereka ini akan sanggup turut serta; silap-silap haribulan mereka-mereka ini akan jadi kecut telor macam Zahid Hamidi atau pun jadi 'separuh masak' macam Hishamuddin Tun Hussein Onn yang menangis 'terbahak-bahak' di khalayak ramai!!]


Baguih la jugak ada watak-watak macam Cikgu Shahnon dan Ustaz Harun Din ini; sekurang-kurangnya tak lah bosan sangat kita dengan isu-isu lama yang diberi nafas baru oleh  Yusof Noor, Hamid Othman, Wan Mokhtar dan rakan-rakan yang se-konspirasi dengannya!!

Tak silap perkiraan, gendang perang UMNO mula dipalu selepas PM membuat 'kejutan' di Perhimpunan Agung UMNO beberapa minggu lalu, dengan mengeluarkan senarai 'Kroni Anwar' yang diberi liputan besar-besaran dan tersiar di muka depan Mingguan Malaysia 20/6/99.

Tapi, Mahathir tetap Mahathir; dia ingat rakyat bodoh -nama yang tersiar cumalah kroni2 Anwar, tapi nama2 kroni dia di-liquid paper-kan WALAUPUN kebetulan kroni dia dan kroni Anwar berada dalam syarikat yang sama.

Contoh:

Mingguan Malaysia 20/6/99:
Project: IPP Lumut
Syarikat: Segari Energy Ventures Sdn Bhd.
Nama: Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad
Kos: RM3,700 juta

Rujuk pula The New Strait Times, Sunday 21/6/98.

List#70: IPP Lumut (Segari Energy Ventures Sdn Bhd comprising Malakoff Bhd, TNB, EPF - Datuk Khalid Ahmad, Datuk Abdul Kadir Jasin, Mohd Nor Mutalib, Datuk Nazri Abdullah)

HA, TU DIA - PROJECT YG SAMA, SYARIKAT YANG SAMA; TAPI KERANA BERITA BERBEZA SETAHUN (MM 20/6/99 vs NST 21/6/98), MAKA NAMA 'KADIR JASIN' TIBA-TIBA HILANG!!!

Tak logik, tak logik!!!!

Cerita kroni ini kemudiannya jadi basi selepas rakyat jelata sudah tak tertelan lagi dengan kerenah orang-orang atasan dok agih-agihkan harta negara sesama mereka. Lalu, di awal minggu lepas, cerita SHIT Mahathir karya 
Shahnon Ahmad di'hidup'kan semula dengan laporan kononnya Shahnon Ahmad meminta maaf. Tak cukup dengan putar-belit cerita kata Shahnon memohon maaf, Ketua Pemuda UMNO pula dengan muka tebal berkata "Permohonan Maaf Shahnon Tidak Ikhlas!!" [UM 4/7]

LA, SAMPAI MACAM ITU SEKALI DEPA PUSING CERITA!!!

Kita tak tahulah apa sebenarnya yg berlaku dalam ceramah Shahnon itu; tapi yg pastinya bagi kaki dengar ceramah macam kita ini, seloroh atau lawak jenaka serta cakap2 politik berbunga bahasa dalam ceramah2 PAS itu perkara 
biasalah.

DULU MUNGKIN BIASA, TAPI DALAM KEADAAN GENDANG PERANG UMNO SUDAH PUN DIPALU, KITA BERHARAP PENCERAMAH2 PAS AKAN LEBIH BERWASPADA SELEPAS INI!!

Selepas isu Shahnon minta maaf tak menjadi, Ahli2 Parlimen UMNO cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu Istana Kg Glam di Singapura - kononnya kerajaan Singapura cuba nak menghapuskan identiti orang Melayu di 
Singapura.

PIIRAH -  ISTANA TUA YANG JADI TEMPAT BELA AYAM ITU HANGPA NAK PERTAHANKAN KONON; TAPI BILA mAHATHIR HAPUSKAN  HAK2 ISTIMEWA RAJA-RAJA MELAYU HARI ITU, APA HANGPA BUAT??

Tengah Mahathir dok pening nak cari isu baru nak hentam PAS, tiba-tiba keluar muka depan Utusan Malaysia tajuk besar bahawa PAS akan lelong Putrajaya, dan duit itu akan digunakan sebagai biasiswa kepada rakyat jelata. Mahathir yang baru penat merasmikan pembukaan Putrajaya pada 10/7/99 itu, dengan penuh sinis berkata:
 

"I hope Fadzil Noor will ring the bell in front of the mosque by saying that the mosque will be suitable for a shopping complex and sell it off" - The STAR 11/7
[Terjemahan:  Fadzil Noor bolehlah goncang loceng depam Masjid Putrajaya dan lelong masjid itu cakap yg masjid itu sesuai untuk dijadikan shopping compleks, lepas itu jualkan masjid tersebut].
 
SUSAH BETOI PUAK-PUAK DEPA NI..... US. FADZIL KATA NAK LELONG MAHLIGAI MAHATHIR SAHAJA BUKANNYA NAK LELONG PUTRAJAYA....NGOK BETOI...!

Ish, ish, tak sangka rupa2nya tujuan Mahathir membina masjid itu berdekatan dengan Bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya itu punya strategi politik yg tersendiri - sebijik macam cerita Mahligai Kadir Syeikh Fadzir
di Pekan Tawar, Baling Kedah. Saya pernah singgah solat di sebuah masjid yang saya rasa antara yang tercantik di negeri Kedah, tak sampai 500 meter dari Mahligai 'Villa Syakila' kepunyaan Datuk Kadir Syeikh Fadzir di Pekan
Tawar. Cantik, masjid itu memang cantik; tapi bila solat saya pastikan saya pilih tempat yang sesuai - sebab takut 'mati syahid' ditimpa manik-manik kaca yang bergantungan di lampu2 di atas siling. Apabila saya bersembang dengan seorang penyokong UMNO di daerah Baling, tanya pendapat beliau mengenai Mahligai Kadir Syeikh Fadzir yang tersergam indah seperti Taj Mahal 2 tiga km dari kawasan perumahan  PPRT (Project Rakyat Termiskin) ini; sahabat ini berkata:
 

"Ha, kalau tak kerana Datuk Kadir, dah lama runtuh masjid di Pekan Tawar itu!!"


Rupa-rupanya masjid indah di Pekan Tawar itu adalah sumbangan Datuk Kadir Syeikh Fadzir. Bagi orang2 UMNO Baling, walaupun Datuk Kadir seorang yang kaya raya dengan rumah bagaikan istana raja, tapi tak ada apa yang perlu dicemburukan kerana Datuk Kadir  juga turut bertanggungjawab membina rumah Allah di situ.

Hmm, oleh kerana kita tak mampu menyelami hati dan perasaan kedua-dua insan yang berasal dari benua yang sama ini, tak mampulah kita nak membuat kesimpulan akan tujuan sebenar mereka membina masjid-masjid tersebut. Cumanya, kita berharap mereka berdua benar-benar ikhlas, dan bukannya hanya satu lagi strategi politik jangka panjang untuk kepentingan politik peribadi!!

Sesungguhnya, hatta dalam UMNO yang sekular pun, Politik dan Agama memang tak boleh dipisahkan!.
 

Wassalam,
Pakdin