Komplot Pembunuhan: Fitnah UMNO Terbaru 
UMNO KREATIF DENGAN TAKTIK JAHAT


UMNO memang kreatif dalam memikirkan idea-idea untuk mencemar nama baik Barisan Alternatif, tetapi tidak pernah menggunakan kecerdasan otaknya untuk memikirkan polisi-polisi ekonomi yang menguntungkan negara. 

Konspirasi terbaru dengan mengatakan bahawa adanya komplot yang menyeru rakyat Malaysia untuk membunuh MAHATHIR dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO merupakan taktik kotor terbaru mereka.

Komplot ini tersangatlah sensasi sehingga mendapat perhatian media asing, termasuk BBC dan CNN. Rakyat  Malaysia diseru agar jangan termakan dengan fitnah ini. Buktinya mungkin ada, tetapi seperti di dalam kes Anwar, buktinya boleh dipalsukan. Kami menyeru rakyat untuk memikirkan logiknya : 
 

Adakah Barisan Alternatif mahu menjejaskan peluang yang ada di tangan mereka dengan mencadangkan perkara yang terburu-buru seperti pembunuhan pimpinan sekarang?


Strategi sedemikian akan mencetuskan kekacauan di dalam negara di samping memberi alasan untuk Barisan Nasional bertindak secara melampau. Kita  dapat mengagak bahawa itulah motif sebenar UMNO dan BN dalam komplot ini. Kalau ada nanti cubaan membunuh, pasti kerajaan akan menggerakkan segala jenteranya, yang
sememangnya di bawah telunjuk kuasa Mahathir  bagi "mengawal" keadaan.

Mungkin juga bahawa pilihanraya akan ditunda dan negara boleh terletak dalam keadaan darurat, seperti pada waktu Tun Razak dan MAGERAN setelah berlakunya insiden 13 Mei 1969. PAS dan pemimpin parti yang lain dalam Barisan Alternatif dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dalam tuduhan-tuduahn sedemikian, apabila mengatakan ada kemungkinan pimpinan PAS akan ditangkap. Cubaan membunuh merupakan alasan yang sesuai.

Kita tidak boleh cukup berhati-hati dengan Mahathir. Setelah 18 tahun berkuasa, dan berdekad bergelumang dalam
politik, yang boleh dijanjikan oleh Mahathir adalah kejutan. Inilah dasar seorang pemimpin yang jahat, tidak bermoral dan tidak beretika.

Antara pemimpin-pemimpin yang disebut dalam senarai mereka yang menjadi sasaran termasuklah beberapa pemimpin UMNO Kelantan seperti Mustapa Mohamad dan Annuar Musa, tetapi kenapa pula ada tersebut MB Negeri Sembilan dan Selangor? Satu fokus yang tidak teratur seperti ini tidak membayangkan sebuah pertubuhan yang mempunyai 24 juta (kononnya) ringgit. Dan kenapa pula mereka mengedarkan kaset yang menyeru kepada pembunuhan sedangkan ini akan merumitkan rancangan mereka? Adakah logik untuk memberitahu mereka yang menjadi sasaran tentang ancaman kita kepada mereka? Kalau betul-betul serius, kenapa mereka tidak membunuh tanpa mahu memberitahu sahaja?

Rakyat harus merasa sangsi dengan apa yang dicakapkan oleh Ibrahim Ali, Mustapa Mohamad dan seluruh kabinet
Mahathir. Setelah sekian lama berdiam diri mengenai kes Anwar (dengan harapan ia akan terkubur begitu sahaja),
Mahathir dan kuncu-kuncunya kembali aktif dalam menyebarkan fitnah yang sensasi dan bertujuan enakut-nakutkan
rakyat terhadap pergerakan Islam seluruh negara.

Kita harus bersiap sedia dan menghadapi cabaran fitnah-fitnah ini dengan penuh tabah dan sentiasa berjaga-jaga. Kita harus mengenali siapakah dalang dan siapakah musuh di dalam selimut. Dengan kesabaran yang ada, pasti kita dapat tumbangkan Mahathir dan keluarganya!