KETUA PEMUDA UMNO KEDAH LETAK JAWATAN

Kami ucapkan tahniah kepada Ketua Umno Kedah Sdr. Halim Said kerana meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO kedah. Jika ianya berlandaskan untuk tidak mahu bersama -sama kezaliman maka ianya satu yang disanjung. Sepatutnya dan sewajibnya pemuda yang matang bersikap demikian, malah perlu bertindak lebih jauh dari itu dengan terus meninggalkan UMNO dan menyertai pendokong keadilan. Ketua Pemuda PAS Pusat Tuan haji Mahfuz mempelawa  Halim said untuk bersama PAS semasa temuramah dengan emberita petang tadi)

Pesanan untuk anda :

1. Jangan persiakan usia muda anda bersama kezaliman, sewajibnya penuhi zaman muda anda dengan memperjuangkan keadilan.Dibimbangi tak sempat mencecah tua, Allah dah ambil nyawa anda. Anda mati dalam bersubahat dengan kezaliman. Apa akan anda jawab depan tuhan nanti. Kekuatan tenaga, pemikiran,  masa dan sebagainya perlu dimanafaatkan untuk menegakkan Islam. Jangan tunggu tua baru nak mulakan perjuagan untuk Islam, dibimbangi jadi macam Mahathir ; dah terlalu lama bergelomang dengan mungkar maka tak nampak lagi yang maaruf , kesian dia, itupun kalau dia kesian pada diri dia. Oleh itu kesihanilah diri anda dan usia muda anda.

2. Anda sewajibnya bukan sahaja membawa diri anda keluar dari  mengetuai barisan kezaliman malah anda juga perlu memastikan semua sahabat dan pemuda yang mengenali anda keluar dari kepompong kezaliman tersebut. Tidak kasihkan anda kepada mereka. Jika anda pun jijik kepada kezaliman kenapa biarkan orang lain terus menjilat kejijikan kezaliman itu. Kecualilah anda pun masih sayang pada kejijikan tersebut. tapi saya masih menaruh kepercayaan bahawa anda sudah ada keinginan untuk keluar dari kejijikan tersebut. Oleh itu pastikan yang jijik itu tidak ada dalam diri saudara malah tidak ada kepada orang lain. Biarlah PM sahaja yang jijik lantaran kejijikan itu sudah sebati dengannya malah dia sendiri tidak mahu embuangkannya. Ingatlah bahwa semua pemuda yang anda pimpin dahulu akan mendakwa anda di hadapan tuhan nanti "kenapa anda biarkan mereka terus bersama kejijikan tersebut" Kalau dulu anda boleh pastikan pemuda bersama anda untuk melakukan sesuatu program. Kenapa sekarang anda tidak cuba memastikan pemuda tersebut juga kena bersama anda menolak kejijikan tersebut.

3. Sambutlah pelawaan Ketua Dewan Pemuda PAS. Sesungguhnya Kepimpinan anda tidak  berkurangan. Jadilah seperti Saidina Umar. Gemilang dia ketika jahiliyah begitu jugalah gemilang dia ketika Islam.

Moga Allah membuka pintu hati anda untuk memastikan kezaliman hancur bersama pendokongnya iaitu BN.

Cikgu Kedah