Mufti Shuib Pembohong Besar!

Semalam, 14/7/99,  pihak Umno Bahagian Ampang Jaya telah menganjurkan ceramah "Perdana" mereka di Taman Bukit Indah,  Ampang bersempena dengan perasmian "cawangan baru" Bukit Indah Pusat. Penceramahnya ialah Ketua Bahagian Ampang Jaya, Dato' Mufti Shuib dan di hadiri oleh MP Pokok Sena, Kedah.

Malam sehari sebelum tarikh ceramah, petugas-petugas Umno telah bergerak dari rumah ke rumah untuk mengedarkan kertas-kertas dakyah jemputan ke ceramah mereka di Taman Bukit Indah dan taman-taman yang lain di sekitar Ampang Jaya.

Maka saya dengan kawan-kawan pun turut serta sekadar untuk meninjau sambutan orang ramai terhadap majlis ceramah tersebut. Pihak Umno awal-awal lagi pada petang hari ceramah telah mengupah 3-4 orang budak-budak muda yang entah dari mana untuk memasang bendera-bendera keris berkarat mereka di tiang-tiang elektirk yang sudah dioccupied oleh bendera PAS dan juga jalan menuju ke tempat ceramah.

Ceramah diadakan berhampiran padang iaitu selang dua buah rumah tempat tuanrumah  ceramah PAS yang terdahulu diadakan dan dihadiri oleh Tg. Hj. Abd Hadi Awang pada 3hb Julai, 1999. Mungkin kerana hendak meng-counter attack ceramah PAS yang dihadiri oleh ribuan rakyat menyebabkan Umno Ampang Jaya terpaksa mengadakan ceramah mereka untuk menunjukan yg mereka ini masih lagi kuat dan berpengaruh di AJ.

Saya sampai lebih kurang pukul 9.30 mlm dan mendapati kehadiran orang ramai lebih kurang 200 orang sahaja yang kebanyakan duduk di dalam sebuah kanopi yg telah disediakan.

Pada pukul 10.00 mlm, maka Mufti Shuib pun memulakan temberangnya dgn bangganya merasmikan "keahlian baru" Umno Bukit Indah seramai "253 orang". Saya rasa hairan dgn dakwaan Mufti Shuib kerana kehadiran orangramai pada malam itu hanyalah di sekitar 200 orang. Kalau di tolak 40 orang petugas-petugas dan komando Umno, AJK-AJK tertinggi Umno di seluruh bahagian AJ tinggal 160 orang. Ditolak lagi 30 orang-orang  PAS dan keADILan (sebagai pemerhati) yang datang tinggal lagi 130 orang. Tolak lagi 10 orang tukang jaga jalan dan pengibar bendera tinggal lagi 120 orang. Itupun 80% adalah orang dari luar Bukit Indah yang telah dikerah dari seluruh bahagian Ampang Jaya untuk meramaikan majlis mereka. Jadi yang betul orang taman itu hanyalah seramai sekitar 20-25 orang. Bagaimana Mufti Shuib boleh berbohong dgn kemasukan begitu ramai ahli-ahli Umno yang baru. Dia ingat rakyat bodohkah? Kalau betul-betul ahli seramai itu di manakah commitment dan kesetian ahli-ahli Umno yang baru di sekitar taman itu terhadap kedatangan pemimpin-pemimpin mereka.

Mana depa kutip saya pun tak tau. Mungkinkah "cawangan"  itu telah "dirasmikan" sekali lagi oleh Mufti Shuib untuk menendang seorang ketua Umno cawangan yang dikatakan bertelagah dengannya yang sedang heboh di AJ sekarang ini.

Sedangkan sebahagian besar penduduk di Taman Bukit Indah, Ampang Indah, Kosas, Taman Watan, Taman Rasmi Jaya dll taman di AJ telah menyertai Pas atau KeADILan.

Mufti Shuib juga mengaku yang dia begitu takut dengan begitu banyaknya bendera-bendera PAS dan KeADILan yang dipasang di sana-sini di AJ.

Kemudian beliau dgn lawak bodohnya  mengatakan sepanjang 12 tahun menjadi wakil rakyat inilah kali pertama beliau disambut oleh begitu ramai rakyat di AJ.

Beliau kemudiannya menceritakan kisah-kisah perjuangan Umno dulu yg boleh didapati pada buku budak sekolah darjah 5.

Kemudian beliau seterusnya mengutuk dan menghina Dr. Harun Din dan TG Nik Aziz berkali-kali. Beliau mengatakan PAS adalah parti orang2 bodoh yang datang dari ulu. Beliau juga mengutuk Anwar Ibrahim dgn mengatakan Anwar bermoral rendah dan cuba merampas kuasa dari Dr. Mahathir. Beliau menuduh Anwar memijak2 bendera Umno yang memang sepatutnya dipijak sebelum menyertai Umno.

Beliau cuba lagi memperbodoh-bodohkan rakyat dgn mengutuk Dr. Harun Din pada isu Perlis hendak keluar dari Malaysia.

Mufti Shuib juga menghina Dr. Wan Azizah dgn menuduh DSWA cuba meniru stail  Mother Theresa di India yang tidak mempunyai anak tetapi Wan Azizah mempunyai 5 orang anak melalui "proper channel".

Mufti Shuib memfitnah Dato' Fadzil Noor hendak menjual Putrajaya dan masjid Putrajaya kepada orang asing kalau PAS berjaya memerintah Malaysia nanti.

Dia juga berbohong besar dgn mengatakan ceramah-ceramah Umno mendapat sambutan yang sangat hebat dimana-mana sahaja di Shah Alam, Cheras, Kg. Pandan demi untuk  memperbodoh-bodohkan saki-baki penyokong-penyokong Umno yang bodoh dan bangang yang masih lagi percaya dgn temberang pemimpin-pemimpin mereka. Beliau mengatakan ceramah Umno di Kg. Pandan dihadiri lebih 4,000 orang padahal sekitar 400 orang sahaja. Kita dan rakyat semua menjadi saksi bahawa ceramah Umno telah mendapat sambutan yg sangat dingin drp rakyat yang bencikan dgn kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh Umno. Malahan ceramah2 mereka mendapat gangguan sebagai manifestasi kebencian rakyat terhadap Umno.

Ceramah yg mendapat tepukan hambar sekali-sekali dari orang ramai kecuali AJK-AJK yang juga merupakan juak-juak mereka demi untuk mengampu dan membodek Mufti Shuib.

Setelah menyedari ceramahnya tidak mendapat sambutan dari orang ramai maka Mufti Shuib terpaksa menamatkan ucapannya pada pukul 11.00 malam dan majlis bersurai.

Saya yakin jika begini sambutannya terhadap ceramah-ceramah Umno maka dalam masa sebulan
dari sekarang Umno mungkin terpaksa menghentikan ceramah-ceramah anjuran mereka kerana tiada sambutan dari rakyat. Sesungguhnya Umno di AJ sudah begitu lemah dan semakin lemah menanti hukuman rakyat pada pilihanraya yang akan datang.

Sekian. Wasallam.

- Pejuang Islam -