Rabu, 2 Rabi'ul Awal 1420
 
Wednesday, 16 June 1999


Laporan Ringkas DEBAT PERDANA UKM

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi UMNO dan yang sekutu dengannya. UMNO yang diwakili oleh Exco Pemuda UMNO Zain Isma di 'boo' dan diejek oleh ribuan hadirin yang membanjiri Dewan Canselor UKM.  Zain Isma di'boo' sebelum debat dimulakan.  Juga di'boo' semasa debat itu adalah Dato' Suhaimi Ibrahim yang dulunya Presiden Majlis Belia Malaysia dan sekarang ini Presiden GPMS. Ini adalah kerana beliau menekankan bahawa mahasiswa perlu bersyukur dengan bantuan kerajaan dan biasiswa daripada kerajaan. Semasa beliau mengeluarkan hujah itu dengan sepontan beliau di'boo' oleh ribuan hadirin.

Untuk UMNO ini adalah penunjuk bahawa bukan segelintir para mahasiswa yang menentang kerajaan.  Zain Isma yang menggantikan Hishamuddin Hussein Onn tidak hadir. Kononnya Hishamuddin  berada di rumah. Itu sahaja alasan yang diberikan oleh Zain Isma.  Mungkin Hishamuddin kecut dan takut dengan para mahasiswa yang memang dahagakan peluang untuk berdepan dengan Hishamuddin. Pantang kelibat Zain Isma mendekati rostrum pidato dan juga apabila beliau membuka mulut habis di'boo'kan oleh ribuan hadirin.

Mahfuz Omar wakil PAS pula diberi reaksi yang berlainan. Laungan Allah Akhbar dan lambaian diberikan kepadanya oleh ribuan hadirin.  Juga Saudara Mustafa Kamil Ayub, Naib Ketua Pemuda KeADILan diberi reaksi yang cukup memberangsangkan oleh para hadirin.  Persefahaman dari segi hujah oleh Mahfuz dan Musatafa Kamil sudah cukup menggembirakan para pejuang kerjaan alternatif.

Saudara Zaharuddin salah seorang ahli panel debat  cukup tenang dan bernas hujahnya menangkis segala hujah yang tidak relevan dan memualkan oleh Zain Isma dan Suhaimi Ibrahim.

Kesimpulan ringkas adalah malam ini satu message yang crystal clear dihantar oleh ribuan hadirin dan di bawa pulang oleh Zain Isma kepada Umno:

1.  Bukan segelintir sahaja mahasiswa yang benci dengan aksi kerajaan yang begitu memualkan tetapi ribuan. Saya confident 99% para hadirin mengejek dan mencerca Zain Isma (UMNO) dan sekutunya Suhaimi Ibrahim (GPMS).

2.  UMNO janganlah bermimpi di siang hari bahawa para mahasiswa masih menyokong parti memerintah.  TIDAK SAMA SEKALI.

Sekian laporan ringkas Debat Perdana UKM.

Salam Reformasi.

mama mama