KISAH IKAN dan CIRIT

Dua pemimpin kuat kumpulan kaum cina di dalam Barisan Nasional membuat analogi masing-masing berkenaan penyakit, yang mana kononnya analogi itu untuk mengambarkan betapa PAS kini teruk berpecah dan banyak masalah. Seorang memberikan analogi kepala IKAN dan sorang lagi memberikan analogi sakit perut dan CIRIT. Hehehehehehehehehe………geli……..analogi yang amat lekeh.

Sambil tangan kiri memegang replika ikan kelisa emas yang dibuat dari seramik, telunjuk tangan kanan pula menuding ke arah kepala ikan itu sambil berkata kalau kepala busuk maka yang lain akan turut busuk yakni jika perbalahan berlaku diperingkat pemimpin, maka penyokong di bawah akan berkucar tetapi sebaliknya jika penyokong yang berpecah ianya tidak memberi kesan kepada pemimpin.

Seorang lagi pula membuat analogi jika ‘seseorang sakit perut maka dia akan boleh mengalami berak cirit dan baunya NAMPAK busuk’, seterusnya sambil berkata dia  bahawa pembangkang tidak boleh menjadi pemimpin dan pemerintah. Semacam ada persamaan dengan tajuk buku tohmah DSAI yang dikarang oleh Khalid Jefri.

Secara umumnya analogi kedua-dua pemimpin cina di dalam BN itu  memilih busuk untuk di analogikan. Saya tidak pasti mereka berdua itu sudah membaca SHIT atau tidak tetapi itulah analogi mereka dan berani pula membuat analogi begitu. Malang sungguh bagi kedua-dua cina itu, kerana analogi itu menguntung dan memudahkan Shahnon menyampaikan mesejnya. Analogi yang dipinjam dari Shahnon itu tidak relevan kepada pembangkang dan mungkin kepada parti dua cina itu. Tetapi analogi itu sebenarnya terkena batang hidung UMNO dan Mahathir sendiri.

Inilah natijahnya apabila tindakan dan komen melulu tanpa betul-betul faham sesuatu perkara dibuat, tiba-tiba analoginya itu membayangkan apa yang terkandung di dalam kepalanya. Dua menteri cina itu cuba membayangkan bahawa akibat pemimpin UMNO berpecah maka semua penyokong mereka berpecah dan kesannya ialah BN menjadi lemah dan ianya memayahkan dua menteri cina itu. Cirit pula digambarkan sebagai yang busuk walaupun menteri berkenaan boleh nampak busuk, Shahnon hanya boleh hidu bau busuk. Nampaknya menteri cina itu lebih sensitif dan tajam lebih dari Shahnon. Masalah busuk ialah  bukan perkara yang boleh disuruh-suruh. Sedap, wangi juga bukanya boleh diarah-arah untuk jadi sedap atau wangi.

Menteri cina itu seolah-olah memaksa orang menghidu bau busuk yang dianggapnya ada pada pembangkang. Tetapi kerana sifat busuk itu sendiri tuli dan tak reti ikut arahan, maka sebenarnya bau busuk itu datangnya bukan dari pembangkang, tetapi dari rakan mereka UMNO. Rupanya baru sekarang menteri cina kawan rapat UMNO itu tau ada bau busuk pada UMNO. Tetapi oleh kerana asyik dan masyhuk, duduk sebelah menyebelah pun tak berbau. Orang berkasihlah katakan. Tetapi sampai bila boleh tahan menahan kebusukan, hasilnya ialah keluarlah analogi-analogi yang terkena diri sendiri.

Inilah kesannya apabila seorang negarawan menulis. Ia bukan saja sebagai satira politik, tetapi satria politik yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Ini menunjukkan kedua-dua menteri cina itu seia dalam menangani masalah kekurangan sokongan ke atas BN. Iaitu kesatuanlah tonggak kemantapan dan kepercayan penyokong terhadap BN. Namun, mereka sudah menerima hakikat bahawa perpecahan pucuk pimpinan UMNO lah yang memayahkan BN sekaligus memayahkan mereka. Saya kira inilah dua calun menteri kanan dari parti politik kaum cina dalam BN layak untuk dipanggil mengadap oleh jawatankuasa disiplin BN. Alasannya ialah mereka berdua bersetuju dengan SHIT yang dimarahi oleh sekalian suku sakat mereka sebelum ini, dan mereka berdua juga turut memarahi Shahnon  dulu.

Sekian

muramozi