LAPURAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI ITM SHAH ALAM 

Sambutan Majlis Maulidur Rasul di ITM Shah Alam tahun ini, bagiku adalah yg paling bersejarah pernah diadakan, terutama sekali semasa forum yg membahaskan tema "Perpaduan Ummah Membawa Kejayaan". Forum yang diadakan di Dewan Seri Budiman, yg telah menyerikan lagi majlis walaupun penalisnya cuma dua org yg terdiri drp Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafidz (pengacara AL-Kulliyyah, TV3) dan Ustazah Salbiah Omar (pendakwah bebas). Pengerusinya pula Prof. Madya Dr Mohd Amin Abd Rahman. Pada mulanya sangka ku Ustaz Hassan Mahmud ni sama saja macam ulama UMNO yg lain kerana semasa mengendalikan rancangan Al Kuliyyah, nampaknya Ustaz sendiri cuba mengawal percakapan agar tidak terlepas cakap sehingga menegur kepincangan pemerintah. 

Tapi, Alhamdulillah, Ustaz Hassan Mahmud, semasa membahaskan isu perpaduan ummah dalam forum ni, seolah-olah  hendak melepaskan geram sahaja. Mana tidaknya, semasa mengakhiri huraiannya dalam salah satu soalan yg diajukan oleh pengerusi, beliau ada menyebut, "Selama 13 tahun di Makkah, dan 10 tahun di Madinah, Rasullulah cuma nak bawa satu sahaja, iaitu …….RE-FOR-MA-SI….". Ungkapan ini disambut dgn tepukan gemuruh oleh warga ITM yg hadir. Kami masing-masing tersenyum. Semasa menyingkap kembali sejarah Rasulullah di mana Saidina Ali menggantikan tempat Baginda pada malam Baginda hendak melarikan diri ke Makkah. Kata Ustaz Hassan Mahmud, "Apabila orang-orang kafir mendapati Saidina Ali, dan bukan Rasulullah yg sedang tidur di situ, org2 kafir yg gagah-gagah belaka tu, tak de pulak ditumbuknya mata Saidina Ali sampai lebam."  Semua hadirin ketawa dibuatnya. 

Seterusnya, Ustaz Hassan Mahmud juga ada menyebut di dalam Al Quran sendiri ada menceritakan Rasulullah dan para sahabat bercukur kepala dan janggut semasa Ihram, tapi kenapa ada orang sanggup mengatakan di zaman Rasullullah tak ada pisau cukur sebab itulah Baginda simpan janggut panjang. Jadi, katanya kalau tak tau pasal ugama jangan pandai2 membuat fatwa. Yang paling melucukan, ialah selepas majlis forum berakhir, apabila Ustaz Hassan Mahmud melalui tengah Dewan utk berangkat pulang, sambil berjalan, beliau sempat juga memperkatakan sesuatu kepada para hadirin. Ungkapan yg diperkatakan oleh beliau tidak lain dan tidak bukan ialah, RE-FOR-MA-SI ! Aku yg berada di tempat duduk yg keempat dari tepi dapat mendengarnya dengan jelas. Seperkara lagi yang tak dapat ku lupakan ialah apabila Ustaz mengatakan pemerintah yg apabila sudah gilakan kuasa, dia dah tak sedarkan dirinya yg dah lanjut usia, mukanya yg selama ini "handsome" dah bertukar menjadi buruk, dan senyumnya pula dah jadi senyum buat-buat. 

Ustazah Salbiah juga tidak kurang hebatnya, walaupun sindiran-sindirannya tidak sebegitu "direct" seperti  Ustaz Hassan. Semasa menggulung perbahasan, beliau ada menyebut yg perpecahan di kalangan ummah Islam dahulu dan sekarang tidak banyak bezanya. Kalau dahulu ada Maharaja Firaun yg mempunyai mahligai di mana sungai2 mengalir di bawah kakinya, sekarang pun masih ada maharaja seumpama itu. Begitulah lebih kurang katanya. Begitulah serba sedikit lapuran sambutan Maulidur Rasul di ITM Shah Alam. Agaknya Datuk Rektor sendiri tidak sangka majlis forum tu mengandungi sindiran-sindiran tajam dan pedas yg ditujukan khas kpd pemerintah yg tidak berlaku ADIL dan zalim, dan diselit pula dgn unsur-unsur gerakan REFORMASI yg dipelopori oleh DSAI. Forum tersebut juga dijadikan saluran oleh penalis-penalis untuk menegur pemerintah yg selama ini telah menindas dan menganiayai rakyat.

 SYABAS kpd Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafidz dan Ustazah Salbiah yg berani memperkatakan KEBENARAN, juga kpd pengerusi forum yg berjaya mengendalikan forum dgn baik. Sedang ulama-ulama UMNO sendiri spt Hamid Othman dan Yusof Noor tidak berani menegur Mahathir kerana menghina janggut Rasullullah dan memperlekehkan perintah-perintah Allah swt. Sesungguhnya ALLAH akan membantu dan melindungi hamba-hambaNya yg sentiasa berani mempertahankan kebenaran dan berjuang untuk keadilan. Mudah-mudahan dgn pertolongan ALLAH swt jua, BN dan kuncu2nya akan tumbang dalam pilihanraya nanti.

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!, 

PEMERHATI DARI DALAM 

Ke Laman Utama