HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

KASET UCAPAN IBRAHIM ALI ANTARA YANG PALING LARIS

Kepada semua rakyat Malaysia, di akhir akhir ini, kaset ucapan Datuk Paduka Ibrahim Ali, selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Jawatankuasa Menangani Fitnah adalah diantara yang terlaris dewasa ini setanding dengan pita-pita ucapan pemimpin BA. Pita ini adalah koleksi rakaman ucapan beliau semasa menjadi Ketua
Pemuda Parti Melayu Semangat 46 yang dirakam sekitar tahun 1990 - 1995.

Keseluruhan isi kandungan pita ini mengandungi hentam-menghentam, maki hamun, cerca mencerca, tuduh menuduh, hina menghina, fitnah memfitnah dan bermacam macam lagi dengan penuh semangat.

Antara kandungan keset itu ialah;

Menyeru kepada semua ahli S46 jangan berpaling ke belakang (masuk balik UMNO baru)

Menghentam Mahathir.
 


Tohmahan Terhadap Daim Zainuddin.


Menghentam lain lain pemimpin  pemimpin UMNO


Membongkar Penyelewengan dalam Kerajaan
 


Antara kata kata beliau yang boleh dianggap bernas dan boleh diterima pakai


Lain lain  isi kandungannya boleh lah anda mendengar sendiri dari pita tersebut.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, kepada semua peminat peminat politik tanah air, kepada semua wartawan media, kepada ahli ahli dan pemimpin politik BA. Kepada semua bekas ahli PMS 46, Kepada seluruh ahli ahli UMNO bawahan. Kepada seluruh  AJK dan Pemimpin UMNO peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat. Kepada seluruh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Kepada Setiausaha Agung UMNO, Kepada AJK Displin UMNO, Kepada Pemimpin Pemuda UMNO, Kepada Pemimpin Wanita UMNO dan seterusnya kepada Jabatan Menangani Fitnah yang diketuai oleh Datuk Paduka Ibrahim Ali sendiri elok lah mendengar keset ucapan ini sebagai mengenal dan menilai dalam memilih pemimpin yang berwibawa. Kebenaran kandungan ucapan beliau ataupun hanya fitnah semata mata, hanya beliau sendiri yang tahu.

Dengan kapasiti jawatan yang beliau sandang sekarang, maka disyorkan eloklah beliau sendiri menyiasat kebenaran kata kata beliau sendiri itu. Jika benar, maka ambil lah tindakan undang undang keatas mereka yang terlibat, jika tidak benar, maka ambillah tindakan kepada yang membuat fitnah itu tanpa pilih bulu walaupun diri beliau sendiri. Jika ini dapat dilakukan barulah ada kredibiliti, jika tidak tinggalkan saja jawatan itu. 1995 - 1999 bukan lah satu jarak masa yang jauh. Baru empat tahun. Semuanya masih segar dalam ingatan.

Pita ucapan ini ada boleh didapati di kedai kedai kaset atau warung warung ceramah parti BA seluruh negara. Biasanya kaset ini sukar didapati kerana selalu kehabisan stok. Antara kaset lain yang akan dikeluarkan menurut kata pengedarnya termasuk lah koleksi ucapan Ku Li dan Rais Yatim.

Keset lain yang boleh dibeli serentak ialah tape ucapan Datuk Ibrahim Ali semasa berceramah di Lembah Pantai pada 17.8.99 baru baru ini. Ucapan beliau diselang selikan dengan laungan Boooo, REFORMASI, Undur Mahathir Undur dan Undur Katak Undur. Anda boleh bezakan bagaimana sambutan orang ramai semasa beliau berucap dalam PMS 46 dan sekarang. Sesungguhnya beliau telah menukar perjuangan tulen nya dengan kebendaan. Ini boleh dimengertikan dengan menjawab kepada budak budak Reformasi sebagai berikut "Aku dapat jadi Timbalan Menteri, engkau orang dapat apa?"

Bagi saya, perjuangan Parti Semangat 46 hanya tersilap masa dan tersilap tempat. Parti itu lebih terdahulu kedepan dari segi masa berbanding dengan pemikiran orang Melayu pada masa itu disamping kekurangan alat perhubungan untuk menyampaikan wadah perjuangan keakar umbi. Perjuangan itu sepatutnya dilanjutkan terkebelakang 5 tahun lagi kerana wadah perjuangannya sangat sangat diperlukan untuk masa ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Jika tidak pada masa ini Ibrahim Ali lah Wira Rakyat itu. Manakala di majlis minta maaf Ku Li kepada Mahathir yang menyebut peristiwa mengharamkan  UMNO tidak lama dahulu adalah suatu kesilapan benar benar menyentuh hati saya. Ini menggambarkan bahawa menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 juga adalah satu kesilapan. Saya was was dengan keikhlasan Ku Li dalam majlis tersebut kerana saya berpendapat seandainya Angkatan Perpaduan Ummah menang dalam pilihanraya pada tahun 1990 atau 1995 dahulu dan Ku Li dilantik menjadi PM, adakah majlis itu boleh berlangsung dan beliau akan mengucapkan bahawa perbuatannya itu suatu kesilapan dan menyerahkan kembali jawatan PM itu kepada Mahathir?. Ini lah politik haiwan.

Saya, berumur lewat 36 tahun dan baru berjinak jinak dengan politik. Keset Ibrahim Ali saya dengar tiap tiap hari untuk menilai setiap patah ucapannya. Bila dia keluar di kaca TV atau Surat Khabar, saya akan tersenyum sendirian. Dalam hati saya berkata "Orang macam ini pun ada jugak kat atas dunia". Lain sumber yang boleh membantu saya memahami politik ialah buku buku politik lama seperti buku karangan Ghazali Ismail yang bertajuk "Kemungkaran Kemungkaran Harun Idris" dan "Israel atau Palestin" yang memihak kepada UMNO Baru manakala buku buku karangan Yahaya Ismai yang bertajuk "Perpaduan Ummah Semangat 46 - Pas" dan "Skandal Politik Wan Mokhtar di Terengganu" yang memihak kepada PMS 46.

Untuk Perhatian Datuk Ibrahim Ali sendiri, saya pernah terserempak dengan anda semasa anda singgah dengan Mercedes di hadapan Masjid Kampung Baru, KL untuk membeli surat khabar Harakah. Untuk perhatian Datuk, Harakah hanya boleh dijual kepada dan dibeli oleh ahli PAS sahaja. Datuk telah melanggar undang undang melainkan jika Datuk ada kad keahlian PAS.

Saya tidak berhajat untuk menggelar Datuk dengan panggilan Katak seperti yang dipanggil oleh orang lain  kerana gelaran itu tidak layak untuk Datuk. Katak, walau pun binatang, boleh melompat dan hodoh rupanya tetapi perangainya jauh lebih mulia dari Datuk. Sehina hina manusia itu lebih hina dari haiwan. Manusia ada otak, haiwan tak ada. Katak melompat untuk mencari rezeki yang halal. Datuk menggadai wadah perjuangan suci dengan mencurah air diatas api yang sedang menyala. Datuk boleh digelar "The man without Principle". You Are Loose.

Sekian.
Al_Qudri