HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

Konvensyen Pemuda Alternatif Selangor

Satu Konvensyen Pemuda Barisan Alternatif Selangor akan diadakan di:

Dewan Sekolah Menengah Min Hwa Jalan Raja Muda Kelang
4 September 1999
2.00 petang - 6.30 petang

Menurut Pengarah Program , merangkap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor  & Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPNS Sdr Norman HJ Toha, tema konvensyen ialah "Pemuda - Penjana Kemenangan Barisan Alternatif '

yang akan dirasmikan oleh  Sdr Salahudin Ayub, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan ditutup oleh sdr Mohd Ezam Mohd Noor Ketua Pemuda KeADILan Pusat.

Di dalam konvensyen tersebut semua ketua-ketua pemuda Barisan Alternatif Selangor akan memberikan ucap utama di dalam rangka menjelaskan mengenani ruang lingkup gerak-kerja yang harus di mainkan oleh barisan permuda alternatif bagi menjamin kemenangan di
Negeri Selangor

Konvensyen tersebut dijangka akan dihadir oleh kira-kira 1500 pimpinan Barisan Alternatif  Selangor dari PAS, KeADILan, DAP dan PRM. Ianya juga akan dihadiri oleh wakil-wakil NGO yang sudah memberikan kerjasama demi untuk kemenangan Barisan Alternatif Negeri Selangor.

Di akhir konvensyen itu nanti satu resolusi bersama dijangka akan dilancarkan oleh ke empat-empat Parti Alternatif untuk memastikan kesatuan, keseragaman dan kelancaran gerak-kerja parti alternatif Selangor.

Sempena Konvensyen pada hari tersebut satu Ceramah Perdana - Barisan Alternatif
akan diadakan di tempat yang sama, penceramah tersebut akan menampilkan Sdr Salahudin Ayub (PAS) , Sdr Mohd Ezam Mohd Noor (KeADILan), YB Teng Chang Kim (DAP) dan Sdr Faisal Sanusi (PRM). Pehak penganjur menjemput seluruh masyarakat untuk mendengar
amanat-amanat yang akan disampaikan oleh Pemuda Barisan Alternatif.

Sebarang maklumat  lanjut boleh diperolehi di Laman  Web :

https://members.tripod.com/dppns/aktiviti/konvpa.htm

 

Norman Hj Toha
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor