Pembongkaran Tentang 'Jabatan Taktik Kotor' UMNO

Bulan lalu, Dr Mahathir mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Pilihanraya pada kali ini akan menjadi pengalaman pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah negara. Ini kerana, menurut beliau, kelompok parti alternatif (beliau walau bagaimanapun menggunakan istilah ‘pembangkang’), akan menggunakan TAKTIK KOTOR bagi memenangi pilihanraya. Saya kira, Dr Mahathir tidak merujuk kepada UMNO Kelantan, yang juga merupakan parti pembangkang kepada kerajaan PAS yang memerintah. Mahathir pada hakikatnya mengkhusus kecaman beliau kepada KeADILan, PAS, DAP dan PRM.

Dan kini, segala macam taktik kotor telah digunakan. Namun sebaliknya, ia tidak dimulakan atau diperkenalkan oleh parti-parti alternatif.

Minggu lalu, keADILan dituduh menghina kaum Cina dengan menutup tulisan-tulisan karakter cina dan beberapa item lain dengan kertas putih. Salah seorang ahli majlis keADILan, En. Goh telah pergi meninjau ke Taiping bagi menyiasat perkara berkenaan dan mendapati bahawa ‘kekecohan’ berkenaan sebenarnya bermula pada pagi hari keesokannya. Seorang ahli MCA telah mengunjungi tempat berkenaan pada malam sebelumnya dan merakamkan gambar apa yang disifatkan sebagai ‘penghinaan’ itu. Apa yang tidak dinyatakan secara terperinci adalah, apakah ‘jenayah’ itu dilakukan pada malam bilamana keADILan menjalankan acaranya, ataukah ianya diada-adakan bagi tujuan sesi fotografi oleh ahli MCA berkenaan.

Tuan-tuan bebas memberikan jawapan! Tiada hadiah yang saya peruntukkan kepada peneka yang tepat.

Begitu juga dikatakan terdapat sekumpulan penyokong keADILan yang membuat kekacauan di quarters petugas penjara Sungai Buloh – dan dikatakan berlaku serentak dengan kejadian di Taiping. Semuanya ini berlaku sebulan selepas seorang ‘orang kuat’ UMNO dari Klang mencetak beratur-ratus T.Shirt PAS dan keADILan. Adakah semuanya berlaku secara kebetulan? Dan mengapa pula agaknya seorang ahli UMNO ingin mencetak T.Shirt PAS dan keADILan?

Sekali lagi, tuan-tuan bebas memberikan jawapan! Dan sekali lagi tiada hadiah untuk peneka yang tepat! (Saya juga dimaklumkan bahawa terdapat ramai ahli UMNO yang mencetak T.Shirt PAS dan keADILan di sana-sini.)

Mungkin saya boleh cuba memberikan sedikit gambaran tentang apa yang sebenarnya berlaku. Baru-baru ini saya menemubual seorang petugas Jabatan Taktik Kotor UMNO yang tidak begitu dikenali. Beliau telah membongkar rahsia di sebalik taktik kotor UMNO demi menjamin kejayaan di dalam Pilihanraya Umum. Dan berikut adalah pembongkaran yang beliau lakukan.

Pilihanraya bukanlah sekadar isu undi-undi popular. Jika pilihanraya merupakan sekadar pengiraan undi popular, adalah amat sukar untuk Barisan Nasional terus berada di tampuk kuasa dan mengekalkan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen. Malah, mereka mungkin akan kehilangan lebih banyak kerusi di Kelantan.

Sebagai contoh, dalam tahun Pilihanraya Umum 1978, bilaman Tengku Razaleigh dipertanggungjawabkan untuk mengarah jentera pilihanraya bagi menawan Kelantan daripada penguasaan PAS, UMNO telah mengedarkan post-dated cheques kepada semua masjid di Kelantan. Tarikh yang tertera di atas cek berkenaan adalah sehari selepas Pilihanraya. Rakyat kemudiannya dimaklumkan bahawa jika UMNO memenangi pilihanraya pada kali berkenaan, maka cek berkenaan boleh ditunaikan. Namun demikian, jika mereka tewas, maka cek berkenaan akan tertendang.

Tengku Razaleigh juga menjanjkan bahawa jika UMNO memerintah maka mereka akan membubar tol yang terletak di atas jambatan yang menghubungkan Tumpat dan Rantau Panjang. Sejurus selepas keputusan pilihanraya memaklumkan kemenangan UMNO, maka ketika itu jugalah di hadapan himpunan para pemberita, Tengku Razaleigh membuat panggilan telefon yang sekali gus secara rasminya membubarkan kutipan tol di tempat berkenaan.

Manakala di Trengganu pula, setiap pengundi telah diberikan RM50 dengan peringatan agar mengundi UMNO. Bagi kalangan penduduk kampung, mereka tentunya tergerak untuk mengundi UMNO memandangkan rasa terhutang kepada budi baik UMNO. Pada malam hari sebelum pilanharaya, kain-kain pelikat telah diletakkan di hadapan pintu setiap rumah dengan logo UMNO tertera di atasnya. Pada hari pengundian, semua orang bangun dan mendapati terdapat kain pelikat di hadapan pintu rumah masing-masing. Dan bagi mereka yang mengambil kain pelikat berkenaan, sudah tentulah merasa terhutang dan terdorong untuk mengundi UMNO. Alangkah rendahnya nilai diri mereka – hanya sehelai kain pelikat!

UMNO cuba menggunakan taktik yang sama di Kelantan tetapi sebaliknya orang-orang Kelantan terlebih dahulu menanyakan nasihat Nik Aziz. Nik Aziz dengan penuh hikmah sebaliknya menasihatkan bahawa mereka bebas untuk menerima pemberian orang, namun demikian, undi terletak di tangan masing-masing. Dan ini jugalah yang dilaporkan oleh media. Rakyat Kelantan kemudiannya mengambil RM50 berkenaan dan memulangkan semula RM4. Bila ditanyakan mengapakah demikian? Sayugia mereka menjawab, "kami hanya menerima 46" – simbolik sokongan kepada Semangat 46 (Hilai). Menyedari bahawa taktik berkenaan tidak berjaya membeli rakyat Kelantan, UMNO telah menghentikan taktik berkenaan separuh jalan. Rakyat Kelantan ternyata tidak mudah dibeli.

Terdapat juga ketikanya pihak UMNO membeli kertas undi. Ianya dilakukan dengan cara UMNO menawarkan RM50 kepada kertas-kertas undi yang tidak ditanda. Para pengundi kemudiannya pergi ke pusat pengundian, berlakon seolah-olah mengundi meskipun pada hakikatnya mereka menyeludup keluar kertas undi yang tidak ditanda untuk menjualnya kepada petugas UMNO yang sedia menunggu. Setiap kertas undi akan dibayar R50. Setelah UMNO mengumpulkan cukup kertas undi, mereka kemudiannya akan masuk mengundi dengan menyeludup masuk kertas-kertas undi berkenaan di dalam poket masing-masing (Hilai) dan tentunya digunakan untuk mengundi UMNO. Taktik ini lebih baik daripada membayar terus kepada pengundi untuk memangkah UMNO dalam keadaan bilamana tiada jaminan bahawa semua orang yang dibeli itu akan pastinya memangkah UMNO.

Tetapi yang demikian hanyalah sebahagian daripada taktik-taktik kotor yang digunapakai. Sememangnya Jabatan Taktik Kotor UMNO pakar di dalam bidang pengkhususan mereka sehingga mengatasi kepakaran CIA.

Contoh yang lain pula, melibatkan calon Semangat 46 yang bertanding menentang calon UMNO, Kamal Hussein di Lembah Pantai. UMNO telah mengedarkan gambar bogel calon saingan mereka. Mereka dengan penuh kepakaran telah mengambil wajah calon berkenaan dan ditampalkan kepada gambar model yang berbogel. Oleh kerana gambar berkenaan disalin semula, maka tiada siapa dapat menyatakan perbezaan antara yang palsu dan asli. Budak-budak suruhan UMNO kemudiannya akan membawa fitnah berhubung kehidupan seks calon tersebut yang kononnya turut melibatkan anak perempuannya. Oleh kerana gambar berkenaan telah tersebar luas, orang pun mempercayai apa yang diberitakan. Gambar berkenaan merupakan sensasi yang laku umpama goreng pisang panas.

Di Trengganu, UMNO mengedarkan gambar kononnya kereta-kereta Ustaz Haji Hadi yang dikatakan dibeli dengan menggunakan wang parti. Budak suruhan UMNO akan mengunjungi kedai-kedai kopi dan meninggalkan gambar-gambar berkenaan di atas meja. Setiap pengunjung akan mengambil gambar berkenaan dan sesetengahnya menunjukkan gambar berkenaan kepada handai taulan.

Pada ketika yang lain, UMNO telah mengelola demonstrasi anjuran PAS. Budak suruhan UMNO akan memakai pakaian seperti penyokong PAS siap dengan bendera PAS dan mengelilingi Kuala Trengganu dengan bermotosikal sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Mereka selanjutnya menjerit bahasa-bahasa kesat di samping menendang kereta-kereta yang tersangkut di jalanan. Sesetengah kenderaan rosak disebabkan oleh tindakan mereka.

Pada hari kedua, demonstrasi menjadi bertambah besar kerana pada kali ini penyokong sebenar PAS yang menyangkakan perhimpunan tersebut benar-benar anjuran PAS telah menyertai penyokong-penyokong PAS berkenaan. Hanya pada hari ketiga barulah PAS menyedari apa yang sebenarnya berlaku. PAS kemudiannya telah mengeluarkan kawat rasmi agar ahlinya tidak terlibat di dalam perhimpunan berkenaan. Namun demikian, mereka telah terlewat. Ramai yang mencemuh kebiadapan ‘ahli’ PAS berkenaan dan PAS kerugian banyak undi kerananya.

Manakala bagi wanita UMNO pula mereka telah mengelilingi kampung bagi menyampaikan surah yasin yang mempunyai logo PAS. Sewaktu mana ‘Muslimat PAS’ ini menyerahkan surah yasin berkenaan, setiap suri rumah yang ditemui akan didesak untuk bersumpah atas nama surah yasin tersebut, bagi mempastikan mereka akan mengundi PAS. Surirumah terbabit merasa terhina dengan tindakan berkenaan dan ada yang mencela dan mengherdik ‘Muslimat PAS’ berkenaan.

Pernah satu ketika sewaktu berlakunya krisis perlembagaan, pada waktu itu penduduk kampung menyatakan sokongan kepada para Raja, penduduk kampung telah keluar beramai-ramai menyatakan sokongan kepada baginda Sultan Trengganu. UMNO merancang pakatan dengan crew kepada satu stesyen TV. Budak suruhan UMNO yang menyertai gerombolan berkenaan lengkap dengan berjubah. Bendera PAS disorokkan di bawah jubah berkenaan. Pada saat-saat strategik, budak suruhan UMNO ini akan mengeluarkan bendera tersebut dan mengibarkannya agar dapat dirakam oleh stesyen TV terbabit. Laporan berita pada malam tersebut menyatakan bukanlah rakyat yang menyokong raja sebaliknya PASlah yang menunjangi perhimpunan berkenaan yang bertujuan untuk memalukan kerajaan.

UMNO juga mempunyai khazanah program yang sangat berkesan sebagai senjata pilihanraya. Antaranya adalah konsep ‘Rumah Sepuluh’ dan ‘Projek Anak Angkat’.

Di dalam ‘Rumah Sepuluh’, setiap seorang ahli UMNO akan ditugaskan untuk memantau sepuluh buah rumah. Petugas akan dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti setiap pengundi berdaftar yang mendiami rumah tersebut – latar belakang mereka, kecenderungan pilihan dan sebagainya. UMNO cukup mengenali setiap maudhu’nya luar dan dalam dan mampu menjangkakan siapakah yang akan mereka pilih di dalam pengundian. UMNO sebenarnya tidak berminat dengan pendokong pembangkan totok kerana mereka cukup faham adalah terlalu sukar untuk mempengaruhi orang sebegini. Sebaliknya UMNO berminat untuk menyelami dan mendalami siapakah yang berada di ‘atas pagar’ agar dapat mereka ‘kerjakan’. Selalunya jumlah pengundi ‘atas pagar’ mencapai 10 peratus jumlah pengundi keseluruhannya.

UMNO kemudiannya akan menyusun langkah dengan menghantar 10 orang ‘ anak angkat’ menziarahi rumah-rumah kritikal ini. Anak-anak angkat ini sebenarnya dibayar agar menyewa bilik di rumah-rumah berkenaan – dan kebanyakan daripada mereka merupakan penuntut yang mendapat tajaan biasiswa, lantas mereka perlu menyebelahi pihak kerajaan sebagai jaminan penerimaan tajaan berkenaan. Alangkah besarnya kesan wang di dalam mempengaruhi pertimbangan seseorang!

‘Anak-anak angkat’ ini tidak keberatan untuk memberikan ganjaran yang agak lumayan bagi menyewa bilik-bilik berkenaan. Selama kira-kira dua minggu sebelum pilihanraya, tugas ‘anak-anak angkat’ ini hanyalah untuk tinggal dan berbual-bual dengan keluarga angkat mereka. Mereka juga mambayar untuk keperluan-keperuan lain – dan ini semua diterima baik oleh tuan rumah memandangkan ia menjadi sumber pendapatan tambahan bagi keluarga mereka. Selepas dua minggu, tidak mustahil jika mata pandangan tuan rumah sudah berjaya dibentuk agar menerima UMNO. Pendekatan ini sangat berkesan seperti yang dapat di saksikan di dalam kes Pilihanaraya kecil di Kijal, Trengganu. Kijal, menurut adatnya akan tumpas ke tangan PAS, sehinggalah UMNO menghantar misi ‘anak angkat’ ini.

Dan ini semua memaksa UMNO untuk membelanjakan berjuta ringgit manakal Kijal barangkali merupakan pilihanraya kecil termahal yang pernah diadakah di Trengganu. Namun, UMNO tidak punyaibanyak pilihan. Mereka tidak mampu menampung kekalahan kedua berturut-turt selepas pilihanraya kecil di Teluk Pasu. Lantas, adalah penting bagi mereka mempastikan kemenangan di Kijal dan projek ini berjaya membantu kemengan mereka.

Ahli-ahli Semangat 46 adalah lebih ‘ mahal’ harganya jika di banding dengan sekadar penduduk kampung. Lagi pun mereka ini semuanya bekas ahli UMNO dan mereka sebenarnya cukup faham dengan ‘permainan’ ini. Permintaan mereka juga lebih tinggi. Pendek kata, mereka sebenarnya bebas untuk dijual beli.

Dalam pemilihan 1990, ramai ahli Semangat 46 telah dibeli. Parlimen Lembah Pantai misalnya, telah dibeli keseluruhannya. UMNO membayar beribu ringgit bagi setiap cawangan Semangat yang berjaya ditutp dengan ahli-ahlinya melompat semula ke dalam UMNO secara en bloc. Bahagian pula ‘lompatan’ mereka mencecah ratusan ribu. Kerana itulah kita dapat menyaksikan saban hari di kaca TV dan di dada akhbar berita perletakan jawatan beramai-ramai ahli Semangat 46.

Ia tiba ke satu peringkat bilamana jumlah wang yang terlibat terlau besar untuk ditampung sehinggakan UMNO tiada pilihan melainkan untuk memberhentikan kegiatan kotor mereka itu. Malah kedapatan mereka yang bukanlah sebenar-benarnya menyokong Semangat 46, tetapi sekadar ingin membuat ‘pengumuman’ bagi mendapatkan sedikit laba daripadanya. Sama ada mereka adalah pendokong sebenar Semangat 46 atau tidak, tindakan mereka tetap menjadi bahan berita yang sensasi ban menguntungkan UMNO. (Hilai) Sesetengahnya pula adalah sebenar-benarnya ahli UMNO yang di’tanam’ bagi memeriahkan lagi keadaan.

Apa yang say bongkarkan ini adalah hanya sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya berlaku. Saya tidak boleh membongkarkan semuanya kerana nanti mereka akan mengetahui siapa sebenarnya saya. Saya masih mempunyai ramai teman, sebahagian besarnya bekas komando dan special branch yang sehingga kini masih terlibat bergiat di dalam Jabatan Taktik Kotor UMNO. Anda mungkin dapat mengenali mereka kerana nama-nama mereka tertonjol di sepanjang prosiding perbicaraan Anwar Ibrahim .

Ramai yang menyedari bahawa maklumat memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempastikan kemenangan dan kami telah memperalatkan media untuk tujuan berkenaaan. Kerana itu, UMNO memiliki sekian banyak stesyen TV dan syarikat akhbar. Tetapi, manipulasi maklumat – melibatkan putar belit dan mencampur-adukkan di antara kebenaran dan kepalsuan, adalah lebih penting daripada sekadar maklumat yang tawar. Jika anda menyampaikan berita palsu secara berterusan, dan jika ramai pula yang terlibat menyampaikannya, lambat laun rakyat akan mempercayai apa yang anda katakan. Inilah pengajaran yang kita dapati daripada Hitler dan Hitler sememangnya pakar di dalam hal berkenaan.

Erbicaraan Anwar adalah contoh terbaik di mana manipulasi maklumat ini dilakukan. Kami sebenarnya sedara ‘tilam; tersebut tidak akan dapat dijadikan bahan bukti. Namun demikian kami terus membawa tilam tersebut keluar masuk mahkamah untuk tatapan umum. Ianya tidaklah penting sangat di dalam prosiding perbicaraan. Selanjutnya kami dapatkan ‘pandangan pakar’ kami terhadap kajian yang telah dilakukan ke atas tilam berkenaan. Kesannnya cukup besar. Ramai yang pada awalnya tidak begitu pasti tentang salah laku Anwar, kini mulai tercabar keyakinan mereka.

Kami tidak begitu mengendahkan arah haluan perbicaraan. Itu bukanlah tugas kami. Itu tugas mereka yang arif tentang undang-undang. Tugas kami hanyalah ‘memaklumkan’ rakyat dan saya rasa kami berkemampuan untuk melakukannnya dengan baik meskipun saya sendiri terlibat. Pada peringkat ini, anda sendiri mungkin meragui kenyataan saya. Adakah saya sebenarnya memaklumkan, menyalah-maklumkan atau sebenar memaklumkan berita palsu kepada anda? (Hilai ketawa).

Selain daripada dokongan media, kami juga mempunyai agensi-agensi kerajaan yang bertugas untuk '‘rainwash'’rakyat, terutamanya petugas awam. Terdapat program seperti ‘pupuk semangat’, Intan, Institut Aminuddin Baki, BTN, dan lain-lain. Di sinilah ujian kepada ketaan mereka di lakukan. Bagai mereka yang ‘tidak taat’ akan dihantarkan ke tempat mana mereka tidak dapat mengancamUMNO. Kami pakar di dalam hal ini malah kami mampu membaca pandangan hati petugas awam ini. Sejurus mereka menyertai program ini, tiada cara lagi untuk mereka menyembunyikan isi hati mereka. Jika mereka anti-kerajaan, kami pasti akan tahu.

Semenjak merdeka, kami mempelajari kepakaran British dan pengalaman mereka di India, Ireland, Afrika, Palestin, dan di tempat-tempat lain. Mereka telah melatih kami. Pihak British begitu cekap sehinggakan mereka dapat menumpaskan organisasi komunis. Bila pihak British kembali, kami bukan sekadar memiliki cawangan Khas, tetapi juga telah mempertingkatkan kemampuan mereka. Saya berani mengatakan, CIA pun tidak secekap kami.

Di dalam setiap organisasi kami mempunyai Sb kami. Kami mempunyai mereka di kalangan penuntut universiti, di dalam setiap jabatan kerajaan, dan di dalam kebanyakan pejabat swasta juga. Sesetengah mereka merupakan pengendali, namun kebanyakannya adalah pemaklum. Para pemaklum ini akan diberikan bayaran setiap bulan dan akan dibayar lebih lagi jika mereka memberikan maklumat. Hakikatnya, jiran dan ahli keluarga anda mungkin pemaklum dan anda sendiri tidak menyedarinya. Ini juga telah kami pelajari daripada Hitler. Itulah satu-satunya cara untuk kami menilai dan memahami apa yang sebenarnya berlaku di dalam negara ini.

Kami tidak mmpercayai sesiapa pun sama ada mereka ahli UMNO atau pun bukan, hatta Menteri sekali pun. Malah, di dalam kes Anwar ini, kami semakin tidak mempercayai ahli UMNO. Sekurang-kurangnya kami mengenali siapakah pembangkang. Apa yang tidak kami ketahui adalah siapakah sebenarnya penyokong Anwar di dalam UMNO? Mereka ini sebenarnya lebih berbahaya daripada pembangkang sendiri. Sehingga kini tidak ramai yang dapat kami pastikan kecenderungan mereka. Apa yang boleh kami katakan adalah kira-kira 90% daripada mereka merupakan penyokong Anwar. Tetapi, jika kami membuang kesemuanya yang disyaki sebagai penyokong Anwar, maka UMNO tidak akan mempunyai ahli lagi. (Hilai)

Saya kira inilah dilemma yang sedang Mahathir hadapi. Siapakah di dalam UMNO yang boleh beliau sandarkan kepercayaan? Malah Mahathir sendiri tidak mempercayai Abdullah Badawi akan memenangi kerusi Timbalan Presiden jika ia dipertandingkan. Kerana itulah pemilihan UMNO terpaksa ditunda. Tetapi jika beliau mengarahkan kami melakukan sesuatu, kami dapat bayangkan apa yang seharusnya kami lakukan bagi menjamin kemengan Badawi. Itulah kepakaran kami dan Mahathir cukup tahu hakikat itu. Lagi pun, bukankah kami yang meletakkannya di kedudukan itu?
 

Thanks & kindest regards

Raja Petra Kamarudin
REFORMASI - The Right To Question
http://members.xoom.com/rpetra/