Umno upah budak India kibar bendera

Saudara Pengarang,

Pada 19/7/99,  saya dengan kawan-kawan telah pergi meninjau ceramah Umno yang diadakan di padang permainanTaman Dagang Jaya, Ampang sebagai sebahagian daripada pasukan peninjau dan pemantau (PPP) yang telah kami tubuhkan untuk
mengawasi aktiviti-aktiviti dan dakyah-dakyah politik Umno.

Apabila kami sampai dipersimpangan jalan berhampiran dgn lorong menuju ke tempat ceramah, kami nampak kelihatan beberapa orang petugas-petugas  Umno sedang
mengibarkan bendera  BN & Umno untuk menghasut orang ramai ke majlis mereka.

Amatlah menyedihkan apabila kami lihat pihak najis Umno telah mengupah beberapa orang budak India dan Melayu berumur antara 14-15 tahun mengibar bendera Umno setelah mereka tidak mampu lagi mendapatkan belia-belia Melayu bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti najis mereka memandangkan belia-belia  Melayu dan orang-orang Melayu di kawasan itu tidak lagi mahu bersekongkol dengan Umno.

Seorang kawan saya menghampiri budak-budak tersebut bertanyakan berapa upah yang mereka dapat dan menasihati mereka supaya jangan menjadi bangang dengan menjadi budak suruhan Umno. Budak Melayu tersebut tunduk malu dan tidak berkata apa-apa.

Pada beberapa hari sebelum itu oleh kerana kurangnya petugas-petugas Umno, maka pihak Umno telah mengupah budak-budak India di situ untuk memasang endera- bendera mereka di beberapa taman dan jalan di Ampang. Orang-ramai boleh melihat sendiri begitu lemahnya Umno sekarang ini sehingga tidak mampu untuk memasang bendera-bendera mereka kerana ketiadaan orang.. Saki-baki belia-belia Umno yang ada malu untuk menunjukan muka kerana malu dan takut diejek dan diboo oleh orang ramai yang lalu disitu kerana mereka sedar akan segala pembohongan najis Umno tidak lagi dapat diterima rakyat.

Berbanding dengan petugas-petugas PAS dan KeADILan yang begitu gigih dengan secara sukarela, berkorban wang ringgit, masa dan tenaga untuk bersama-sama
bergotong-royong menaikkan bendera-bendera mereka di tempat-tempat yang
stratergik.

Ceramah najis Umno yang bermula pukul 10.00 mlm itu mula menghentam PAS dan menghina ulama-ulama. Kehadiran dianggarkan lebih kurang 200 orang yang kebanyakannya terdiri daripada petugas-petugas Umno dan muka-muka yang sama
setiap kali ceramah Umno diadakan dan 90% orang luar taman tersebut. Adik kepada bekas ketua semangat 46 Kelantan Rozali Isohak iaitu Azmi Isohak bercakap mengarut-mangarut mengenai mertuanya yang telah masuk Umno. Dia mengatakan
undang-undang Hudud yang cuba dilaksanakan PAS adalah Hudud PAS bukannya Hudud Islam. Tetapi Umno tidak pula berusaha melaksanakan Hudud Umno.
 
Pada pukul 11.00 malam, Mufti Suib si pembohong besar pun bertemberang lagi sama seperti di majlis-majlis yang sebelumnya. Mungkin kerana meluat asyik berceramah kepada petugas-petugas Umno dan petugas-petugas  Umno pun sudak muak
melihat najis mereka sendiri, maka Mufti menamatkan dkayah-dakyahnya pada pukul 11.45 mlm.

Sekian.

Reformis.