HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

Melayu Perlu Buang "SENTIMENTAL"

Assalamualaikum.....
 

Perang pilihanraya telah bermula dan kumpulan regim diktator sedang seronok bermain kata-kata manis semata-mata untuk meraih undi dari rakyat bagi memastikan mereka tidak tewas teruk dalam pilihanraya akan datang.
 

Antara "gula-gula" manis tapi beracun yang mereka hamburkan adalah kisah-kisah masa lampau seperti betapa kemerdekaan lalu perlu dikenang, jasa-jasa mereka yang digelar " pejuang kemerdekaan" wajar dihargai dan yang paling utama adalah umno sebagai parti yang kononnya telah berjaya mendapatkan apa yang dikatakan "kemerdekaan" perlu terus diberi kuasa untuk memerintah
dengan menterjermahkannya dalam bentuk undian kepada mereka...

Sungguh manis "gula-gula" mereka kali ini.....

TAPI AWAS..."GULA-GULA" INI SEBENARNYA RACUN YANG AKAN MENDERITAKAN KITA DI KEMUDIAN HARI.......

Sebenarnya apa yang sedang dimainkan oleh diktator Mahathir dan agen mereka adalah satu "sentimental" yang jelas masih kuat di jiwa setiap orang melayu pada hari ini.mereka tau melayu hari ini masih tebal dengan semangat "sentimental" ini ...

Mereka amat mengerti perasaan sayang kepada masa lalu yang tidak bertempat cukup kuat bertapak di hati melayu dan mereka sedang cuba menggunakan perasaan itu sebaik mungkin....

Ini sajalah harapan yang tinggal pada mereka bagi memastikan tidak tewas teruk dalam pilihanraya akan datang......

Apakah semudah itu jiwa kita anak lepasan merdeka dikongkong secara berterusan oleh mereka?....TENTU TIDAK...

Dan beberapa minggu lepas ketika berucap di majlis perhimpunan MCA, sekali lagi Mahathir menembak orang melayu di saat detik pilihanraya terus bermain di fikiran setiap rakyat malaysia yang begitu sabar menunggu saat untuk mengajar Mahathir dan Umno yang telah merosakkan masa depan orang melayu.

MAHATHIR KATA ORANG MELAYU SANGAT KUAT EMOSIONALNYA....KATANYA

Tak apa....kita terima penghinaan Mahathir ini dengan perasaan terbuka dan penuh dengan semangat juang yang tinggi. Kita ajar mereka di pilihanraya akan datang.

Marilah rakan-rakan pejuang kemerdekaan kedua....hebahkan kepada sekalian rakyat dan orang kampung bahawa sebenarnya kita masih dikongkong oleh perasaan kasih dan sayang yang tidak bertempat, ucapan terimakasih kepada orang yang salah selama ini, kita masih bergelumang dengan rasa sentimental terhadap perkara yang hanya jadi sejarah.

Nyatakan kepada mereka bahawa perasaan sayang dan kasih kepada sejarah masa lampau hanya akan merosakkan kita dan masa depan kita. Utu bukan caranya untuk mencapai tahap yang lebih maju dan gemilang bangsa melayu dan agama Islam.

KITA PERLU BUNUH PERASAAN SENTIMENTAL INI.

Inilah sebenarnya apa yang Mahathir telah lakukan kepada dirinya dalam usaha "USAHA MEMILIK-MAHATHIRKAN" segala khazanah negara kita melalui kroni-kroninya sejak beliau mula memerintah dan akhirnya menjadi seorang diktator. Sikap ini telah dinyatakan dalam akhbar Utusan Malaysia 16hb Jun 1999 dibawah tajuk "JPM DALAM 1001 KENANGAN"....seperti petikan dibawah....

"Berkaitan dengan bangunan di Jalan Datuk Onn itu, Abdullah berharap kerajaan akan memeliharanya kerana berkemungkinan ia akan dijadikan Musium Perkhidmatan Awam Malaysia, kerana di situlah perkhidmatan awam bermula. "

''Saya fikir (bangunan ini) adalah bersejarah, sebagaimana yang saya telah tulis surat kepada Dr. Mahathir kita harus memelihara Stadium Merdeka untuk generasi yang akan datang, dan sekali lagi saya berasa Jabatan PM ini harus dipelihara,'' katanya.

Abdullah berkata Dr. Mahathir pernah menyatakan saya (Abdullah) terlalu sentimental terhadap Stadium Merdeka.

''Mungkin saya sentimental kerana pada masa itu orang segenerasi saya, kami duduk di stadium itu dan melaungkan: Merdeka! Merdeka! pada pagi 31 Ogos 1957 yang renyai.

''Sesiapa sahaja yang berada di situ pada hari itu, sudah pasti tidak mahu melihat Stadium Merdeka yang dibina khas untuk memperingati kemerdekaan dimusnahkan,'' katanya. "

Ucapan di atas adalah kata-kata oleh Tan Sri Abdullah Mohd Salleh iaitu bekas setiausaha negara yang juga bekas setiausaha sulit kepada almarhum tunku..

Mahathir telah mengetepikan segala rasa sentimental beliau dalam usaha untuk MEMILIK- MAHATHIRKAN" segala khazanah negara melalui kroni beliau. Beliau buang jauh-jauh rasa sentimental terhadap bangunan yang paling bersejarah dalam mengingati kemerdekaan negara tercinta ini semata-mata UNTUK MEMILIK-MAHATHIRKAN" khazanah negara. Sudah pasti yang akan dapat projek
tersebut nanti adalah kroni beliau.

Jadi mengapa kita rakyat semua masih mahu mengamalkan sikap ini dalam usaha untuk "MEMILIK-RAKYATKAN" segala khazanah yang sememangnya milik kita.

Tak perlu kita kenang umno itu lagi...

Tak perlu kita ingat apa itu Umno lagi apatah lagi Umno merdeka telah  lama mati dan yang ada kini hanyalah Umno Mahathir.

Marilah kita semua berusaha sedarkan seluruh masyarakat kita tentang  perkara ini semoga kita akan terus cemerlang dan gemilang di masa  depan.

Kita sahut cabaran Mahathir tentang orang melayu sangat kuat emosional dengan cara mengundi parti PAS dan barisan alternatif dalam pilihanraya akan datang.

KITA BIARKAN AHLI-AHLI PARLIMEN MELAYU YANG ADA HARI INI DIDALAM UMNO  TERUS BERMIMPI DENGAN MIMPI -MIMPI SEMALAM MEREKA ...SEBAB MEREKA SEMUA  TERUS MENJADI PENGAMPU MAHATHIR, DAN MAHATHIR PERLI MEREKA PUN MEREKA  MASIH TAK SEDAR DIRI DAN TERUS DENGAN KERJA MENJILAT DAN MENGAMPU ITU.

KERANA MASIH EMOSIONAL DENGAN KETOKOHAN  MAHATHIR.... MASIH BERSENTIMENTAL DENGAN UNGKAPAN BERACAUN MAHATHIR KETIKA MULA-MULA MENJADI PERDANA MENTERI DULU, SEHINGGA MASA DEPAN MELAYU YANG TERUMBANG-AMBING PUN MEREKA TIDAK PEDULI. MASIH BERSENTIMENTAL DENGAN PEMBANGUNAN YANG MAHATHIR LAKUKAN..

BANGKITTTTTTT.....UMNO MERDEKA TELAH LAMA MATI......
BANGKITTTTTTT.....UMNO MAHATHIR SAJA YANG ADA KINI........