HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

ANWAR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah.

Dalam laporan itu, bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa kononnya Mohtar menghalang proses keadilan dan Dr Mahathir pula menghalang tindakan diambil terhadap bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik berhubung perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata Anwar melampirkan dalam laporan polisnya, apa yang didakwanya petikan daripada dokumen siasatan Badan Pencegah Rasuah dan dokumen Jabatan Peguam Negara berhubung hasil siasatan dan pertuduhan terhadap Rahim.

Dalam lampiran itu juga, Anwar menyatakan laporan berkenaan merupakan laporan ke empat beliau dalam mengemukakan bukti wujudnya penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan
pemimpin.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah menyalahguna kuasa, mendakwa dokumen seperti itulah yang ada dalam simpanannya dan "tidak
timbul sama sekali dokumen yang melibatkan keselamatan negara."

Sebelum ini, bekas setiausaha politiknya Mohamad Ezam Mohamad Nor berkata Anwar ada menyimpan lima atau enam kotak dokumen rahsia kerajaan di luar negara. -- BERNAMA