NASIB KETUANAN MELAYU BILA BARISAN ALTERNATIF MENANG

Assalamualaikum Pak Din,

Saya selama ini amat berminat membaca ulasan mingguan Pak Din sebab ia  menyebut banyak perkara secara general-membolehkan saya mengetahui byk benda  yg telah berlalu. TETAPI, ulasan mingguan Pak Din yg baru ini  saya kurang bersetuju. Sebabnya, point Pak Din mengatakan yg kita telah  diajar bahawa bidang politik utk org Melayu, ekonomi negara utk org  Cina.Memang benar. Tapi pada pandangan saya yg semestinya 'kurang makan garam' ini, org Cina ni seperti Belanda : beri betis nak peha. Pada mereka,  yg penting duit. Tak kira bagaimana cari utk mendapatnya. Sekiranya mereka berpolitik, akan lebih mudah mendapat wang, maka akan berduyun2 le org Cina ni masuk politik - Ditinjau penguasaan kerusi Dewan Rakyat sejak Pilihan  Raya Umum 1959 menampakkan Umno amat tidak bermaya  mempertahankan  penguasaan orang Melayu dalam Parlimen - Kemerosotan ini wujud bukan kerana kerusi itu terlepas daripada BN kepada pembangkang. Ia wujud apabila Umno tidak berupaya menolak tekanan parti bukan Melayu/Islam lain dalam Barisan Nasional terhadap pengagihan kerusi. Hasilnya, Umno menyerahkan kerusi yang asalnya ditandingi oleh calon Melayu kepada parti kerabat BN bukan  Melayu.

Mungkin perkara ini hanya berlaku dlm UMNO sahaja. Insya Allah bila PAS memerintah, perkara ini dpt dihindarkan. Tetapi bagaimana caranya PAS ingin membahagikan kerusi kpd DAP, PKN etc. Saya masih lagi tertanya2. Mungkin kerana saya tidak pernah mengikuti ceramah PAS atas sebab yg tak dpt dielakkan. Ini tdak bermakna saya tidak menyokong PAS cuma saya kurang pasti apa yg akan terjadi kepada Barisan Alternatif ini. Kalau org Melayu  confident yg politik akan dipegang oleh mereka, saya khuatir politik boleh dibeli oleh org yg kuat ekonominya. ATAUPUN mereka yg kuat ekonominya, akan cuba memegang politik utk menguatkan lagi tapak mereka (vice versa).  Akhirnya, org melayu akan hanya jadi me-LAYU dgn angan2 mereka. Saya harap Pak Din dpt menjernihkan keadaan ini. Saya rasa, bukan saya   seorang saja yg keliru.

Wassalam

----------------------------------------------------

Komen Pakdin:

Assalamualaikum,

Terimakasih kerana mengikuti tulisan saya di hizbinet ini, dan terimakasih kerana sudi memberi feedback dan ikhlas menyuarakan pandangan untuk diperbincangkan bersama.

Sebelum mengulas (bukan menjawab)  persoalan di atas, saya ingin memetik beberapa petikan dari akhbar the STAR yang tersiar sepanjang minggu lepas. Dari situ, kita boleh lihat keikhlasan pihak-pihak berkenaan dalam memperjuangkan kepentingan kumpulan-kumpulan yang mereka wakili:

Petikan Satu: [The Star 14/7]
PAS won't give up trying to table Bill, says Hadi :
"PAS will continue trying to table a private member's Bill in Parliament to make apostasy an offence          punishable by death although its past four attempts to do so have failed. "

[Terjemahan: PAS tak akan putus asa untuk membentang draf undang-undang Murtad di Parlimen, kata Tuan Guru Hj Hadi. PAS akan meneruskan usaha mewujudkan undang2 murtad yang mengenakan hukuman mati kepada mereka yang murtad - walaupun sudah 4 kali PAS digagalkan daripada cubaan berbuat demikian].

KALAU PAS TAKUTKAN BUKAN MELAYU TIDAK MENGUNDI PAS, TENTUNYA TUAN GURU HADI AWANG 'BOLEH' MENANGGUHKAN PEMBENTANGAN UNDANG2 MURTAD INI SEHINGGA SELEPAS PILIHANRAYA!!

Tapi, kenapa beliau membentang juga? - kerana PAS benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam di Malaysia. Perjuangan PAS bukanlah semata-mata untuk menang pilihanraya tetapi untuk menegakkan kebenaran dan mencari keredaan Illahi - mukhlisi na lahuddin walau karihal kafirun (ikhlas dalam memperjuangkan agama walau apa pun orang kapiaq nak kata!!!).

ITULAH PERBEZAAN ANTARA PERJUANGAN PAS DAN PERJUANGAN UMNO!

Petikan Dua: [The Star 17/7]
"Chinese education is main focus of resolutions:  WANITA MCA adopted several wide-ranging resolutions and the focus was on Chinese education.  It urged the Government to set up Chinese primary schools in new residential areas which were predominantly Chinese.  The movement also called on the Education Ministry to "resolve once and for all" the acute shortage of teachers in Chinese schools. 

[Terjemahan: Isu Pendidikan Cina merupakan fokus utama Persidangan Agung MCA minggu lepas. Wanita MCA telah mengemukakan berbagai isu, tapi fokus utamanya ialah kepada isu Pendidikan Cina. Mereka mendesak kerajaan supaya membina lebih banyak lagi SRJK di kawasan2 perumahan baru yang majoriti Cina. Mereka juga mendesak agar Kementerian Datuk Najib menyelesaikan 'buat selama-lamanya' masalah kekurangan guru2 Cina di sekolah2 Cina]

Dalam persidangan itu juga, perwakilan mengeluarkan usul supaya pihak kerajaan memberi recognition (kelulusan) kepada ijazah-ijazah dari beberapa buah Universiti Cina di Taiwan dan Republic Rakyat Cina.

ADAKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO MEMBERI PENEKANAN MENGENAI MASALAH PENDIDIKAN ANAK-ANAK MELAYU DALAM PERSIDANGAN MEREKA BULAN LEPAS? TIDAK!! - SEBALIKNYA MEREKA SIBUK DENGAN MENCACI PAS DAN MENCERCA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM!!

Kita yakin MCA tentunya sedar dan faham perasaan serta sensitiviti kita apabila mereka terlalu lantang memperjuangkan pendidikan Cina di Malaysia dan kaitannya dengan Universiti2  di Taiwan dan Negeri Ibunda mereka di Tanah Besar China. Kerana itu, suka ka tak suka ka  kita terpaksa 'respect' dengan MCA kerana 'keikhlasan'nya memperjuangkan kepentingan bangsa mereka walau apa pun orang Melayu nak kata!!

ITULAH PERBEZAAN ANTARA PERJUANGAN MCA DAN PERJUANGAN UMNO!!

Petikan Tiga [The Star 18/7]
"Stating that the Chinese votes had always been important to Barisan, the Prime Minister said the ruling party was confident that  the Chinese would continue to support the Government.  He said the Chinese realised that the actions taken by the Government to revive the economy had proven successful. "Being a very pragmatic people, the Chinese understand the situation. They are not moved much by emotion. "Unlike the Malay voters who are very emotional, the Chinese  voters are pragmatic," he added. 

[Terjemahan: Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA, Dr Mahathir menyatakan betapa pentingnya sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional, dan yakin mereka akan terus menyokong BN. Beliau berkata kaum Cina sedar bahawa usaha kerajaan memulihkan ekonomi sudah berjaya. Kata beliau lagi: "Sebagai bangsa yang pragmatik (bertindak berdasarkan fakta/kenyataan), kaum Cina faham dengan keadaan. Mereka tidak bertindak berdasarkan emosi. Tidak seperti pengundi2 Melayu yang suka bertindak mengikut emosi, pengundi2 Cina adalah pengundi2 yang pragmatik (tidak bertindak ikut emosi tapi berdasarkan fakta!)"] 

HA, TU DIA - DEPA MAI PENANG, KEMPEN KAT ORANG KAMPUNG KATA KALAU HANGPA UNDI PEMBANGKANG, HABIS LA PENANG DAPAT KAT CINA. TAPI, BILA PM PI PERHIMPUNAN AGUNG MCA, SANGGUP PUJI CINA MELAMBUNG SAMPAI LANGIT, DAH LA TU SANGGUP PI KUTUK BANGSA SENDIRI PULAK!!

[Kita assume PM masih berbangsa Melayu sebab ikut takrifan dalam perlembagaan Malaysia, insyaallah dia masih Melayu!!]

So, kesimpulannya, PAS sebagai parti alternatif untuk bangsa Melayu memang ikhlas memperjuangkan kepentingan agama Islam dan hak-hak orang Melayu di Malaysia ini, tak kira apa bangsa lain nak kata. Begitu juga dengan MCA yang ikhlas memperjuangkan hak-hak orang Cina walau apa pun kita nak kata. Tapi UMNO? - tak tau nak kata apa, pi kat Cina dia puji Cina kutuk Melayu, mai kat Melayu, dia dok pelaga kita dengan Cina. 

HABIS TU MACAM MANA?

Macam ini, saya terpaksa ulang sebut lagi di sini bahawa selepas tragedi 13 Mei, yang menjadi faktor peng-imbang ke arah kestabilan politik negara ialah faktor imbangan kuasa di antara 2 bangsa utama di Malaysia - Melayu dan Cina. Dengan kuasa politik di tangan Melayu dan kuasa tawar menawar ekonomi di tangan Cina; dan sesekali dengan kuasa politik, orang2 Melayu mampu  berekonomi, dan dengan kuasa ekonomi, orang2 Cina mampu berpolitik - maka kita semua dibraiswashkan bahawa kita semua sedang hidup dalam keadaan harmoni. Sedangkan hakikatnya, arus yang deras sedang mengalir kencang di bawah sana. Tersilap dayung, pecahlah sampan. Kerana itu, kedua-dua kaum, Melayu dan Cina walaupun di luar nampak okay, tapi kat dalam sentiasa berwaspada takut masing-masing akan makan masing-masing!!

INILAH YANG CUBA DIMAINKAN OLEH BARISAN NASIONAL, TERUTAMANYA DI KALANGAN ORANG2 MELAYU - HANGPA UNDI PEMBANGKANG, NANTI MALAYSIA DAPAT KAT CINA !!

Benarkah begitu?

Hakikatnya, budak tingkatan satu pun tahu, kalaulah Parti Alternatif menang, yang untungnya bangsa Melayu - sebab dalam Parti Alternatif, DAP akan hanya bertanding di kawasan majoriti Cina. Kawasan-kawasan yang lain akan diserahkan kepada PAS, PKN dan PRM. Dengan kata lain, belum pun pilihanraya, kaum Melayu (tak kira lah PAS, PKN atau PRM) telah mendapat kelebihan dari segi jumlah bilangan kerusi di Parlimen dan DUN. Kita mesti ingat di zaman UMNO ini,  terdapat lebih kurang 19 kerusi Parlimen dan 35 kerusi DUN yang majoritinya pengundi Melayu tapi UMNO berikan sewenang-wenangnya kepada calun bukan Melayu!

Dengan mengundi parti Alternatif, insyaallah kerusi-kerusi yang sepatutnya kepunyaan Melayu itu akan kembali ke tangan Melayu.

SAMMY VELLU MESTI MARAH SEBAB KITA CERITAKAN BENDA INI - TAPI, ADA SORANG SAHABAT DARI USM BAGITAU, DIA DENGAR ADA SORANG HINDU DARI KULIM CAKAP:

"Apa punya bo-doh Melayu Sungai Siput pi bagi undi kat Sammy Vellu!!"

Dan, kerana tindakan UMNO yang memanjakan orang-orang bukan Melayu inilah menyebabkan faktor imbangan kuasa yang saya sebutkan tadi (Melayu/Politik dan Cina/Ekonomi) makin hari makin senget sebelah. Orang-orang Cina hari ini bukan setakat masih utuh seperti dulu dalam bidang ekonomi, tapi kuasa politik mereka makin hari makin bertambah. Kerana itu, kita tidak terkejut apabila Ong Ka Ting dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri yg merupakan satu jawatan terpenting dalam negara ini!!

KITA TAK BOLEH SALAHKAN ORANG-ORANG CINA, TAPI INI SEMUA SALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO - KERANA TERLALU MEMENTINGKAN PEMBANGUNAN MATERIAL DAN TEMBOLOK PERIBADI, MAKA TANAH NENEK MOYANG MAKIN HARI MAKIN TERGADAI!!

Dan, sesungguhnya juga, imbangan kuasa politik & ekonomi ini, jika tidak dikawal akan terus senget dan senget, dan akhirnya negara mungkin akan mengalami huru-hara kalau pun tidak sedashyat 13 Mei, mungkin akan jadi sehebat Kosovo!!

Salah siapa? - salah UMNO!!

Hari ini, kalau kita tanya orang2 Melayu, rata-rata tak puas hati dengan kedudukan mereka dari segi kedudukan agama dan pembangunan ekonomi serta hak2 ketuanan Melayu. Kalau gejala ini dibiarkan berterusan dalam ertikata UMNO terus diberi peluang memerintah Malaysia, kita rasa mungkin tak sampai pun 10 tahun dari sekarang, negara kita mungkin akan end up jadi padang jarak padang tekukur!!

Percayalah, apabila kedudukan Islam terancam dan hak-hak keistimewaan orang-orang  Melayu terus tercabar, anak-anak Melayu pasti akan mengamuk!!

KERANA ITU, BUKAN DENGAN TUJUAN UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN SESIAPA, KALAU KITA BENAR-BENAR SAYANGKAN MALAYSIA, MARILAH KITA UNDI PARTI ALTERNATIF SUPAYA IMBANGAN KUASA POLITIK DAN EKONOMI ANTARA DUA BANGSA UTAMA DI MALAYSIA INI AKAN PULIH SEPERTI SEDIAKALA!!

Kembalikan hak ketuanan Melayu di Malaysia ini, dan letakkan Islam di tempat yang sewajarnya; moga dengan itu hak2 orang-orang Melayu dan agama Islam akan terpelihara, dan hak-hak perniagaan dan business orang2 Cina juga akan turut terpelihara.

Orang-orang PAS pula, bersedialah menerima apa-apa saja perancangan dan arahan pihak atasan; kita yakin mereka tentunya sudah pun memikirkan yang terbaik untuk kita semua. Dalam hal ini, kita mungkin terpaksa bersetuju dengan sindiran tajam Tan Seri Sanusi Junid:

Kata beliau:
[The Star 18/7/99]

"Pentadbiran sesebuah negara bukan setakat menjaga bab-bab agama, tapi juga melibatkan banyak aspek lain, antaranya ialah pentadbiran kewangan!!"

BIASALAH PEMIMPIN UMNO - DALAM KEPALA DEPA CUMA NAMPAK RINGGIT MALAYSIA SAJA, YANG LAIN JADI KELABU ASAP!!

Awat, PAS ini penuh dengan tok aji saja ka?
Yang golongan professional beribu-ribu tu, accountant, pegawai bank, manager bank, lawyer, engineer, doktor, kaunselor, architect, juru-ukur, juru-tulis, juru-kira dan lain-lain lagi tu nak pi campak mana?

Wassalam,
Pakdin