42 Perbedaan UMNO dan PAS
CIRI-CIRI DALAM UMNO
CIRI-CIRI DALAM PAS
Perlembagaan ciptaan manusia yang diluluskan oleh MT dan dipinda untuk kepentingan dari masa ke semasa Perlembagaan yang berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijma' & Qias yang dikaji oleh JKT Perlembagaan dari masa ke semasa
Ugama Islam adalah ugama resmi sebagai mana tercatat dalam perlembagaan Ugama Islam tidak dirasmikan tetapi menjadi anutan dan dihayati dalam seluruh kehidupan 
Hukum yang menjadi pegangan dan amalan ialah Perlembagaan Malaysia Hukum yang menjadi pegangan dan amalan ialah Islam - Hudud, Qisas & Taazir
Matlamat membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju di tahun 2020 Matlamat membangunkan Malaysia Bersama Islam sepanjang  masa dan zaman
Pembangunan dan perpaduan adalah agenda utama mendapatkan sokongan rakyat Memberikan kefahaman kepada Islam, Keadilan Sejagat dan Hukum Allah dalam perjuangan untuk mendapat sokongan rakyat
Menjadikan ugama Islam diperintah di bawah Jabatan Ugama Islam setiap negeri Menjadikan ugama Islam memerintah samada di peringkat persekutuan dan negeri
Ahli-ahlinya terdiri dari golongan bumiputera tanpa mengira ugama Ahli terdiri dari semua bangsa yang mengaku berugama Islam
Ahli-ahli bukan bumiputera digabungkan melalui parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan Ahli bukan Islam digabungkan melalui penyertaan ahli bersekutu (yang bakal diluluskan)
Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi pemimpin mesti orang Melayu Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi pemimpin mesti mengikut syariat Islam
Perjuangan ahli berdasarkan bangsa dan semangat kebangsaan Perjuangan ahli adalah jihad dengan nilai yang tinggi di sisi Tuhan
Keahlian semakin mengecil dengan peningkatan yang kecil dalam peratusan pertumbuhan bangsa Keahlian semakin mengembang dengan kemasukan orang bukan Islam secara menganut Islam atau ahli bersekutu
Kerajaan UMNO tulen - tiada Kerajaan PAS tulen - Kelantan
Perdana Menteri berkuasa penuh dan memimpin Majlis Tertinggi dan Kabinet Perdana Menteri akan dipimpin dan dinasihati dibawah pengawasan Majlis Syura
Ahli-ahli dibawa masuk kerana tarikan duniawi seperti mendapat habuan projek, tanah, saham dan balak Ahli-ahli memohon masuk setelah faham erti jihad dan perjuangan Islam untuk memperolehi habuan di sisi Allah
Amalan kronisme dan nepotisme dalam pengagihan harta negara. Contoh terlalu banyak Mengagihkan keperluan rakyat secara percuma seperti contoh pendidikan dan perubatan
Membela kroni dan hanya syarikat korporat kroni sahaja Membela nasib rakyat yang sedang melarat
Pemimpinnya hidup mewah, berkereta besar, rasuah, membazir & menyalahgunakan wang rakyat ( contohnya Mahligai RM200 juta) Pemimpin hidup sederhana, kediaman ala kadar dan banyak berkorban untuk rakyat
Pemimpinnya sering menyerang rakyat yang dikatakan tidak setia, tidak bersyukur, tidak mengenang budi dan selalu membuat ugutan dan ancaman Pemimpin sering mengajak rakyat kembali kepada ugama Islam dan takut kepada ancaman Allah
Mengumpul kekayaan dengan bertopengkan projek pembangunan kepentingan rakyat Membela nasib rakyat dengan mengujudkan program menyelami denyut nadi masyarakat.
Harta negara adalah harta UMNO dengan bertopengkan harta kerajaan & penswastaan Harta negara adalah kepunyaan rakyat yang wajib dijaga dan diurus dengan adil dan saksama.
Pemimpinnya sering menaikkan kadar elaun mereka hingga berjumlah beribu ringgit setiap bulan Pemimpinnya memotong gaji dan pendapatan untuk sumbangan ke dalam Tabung Jihad bagi membela nasib rakyat
Ceramah politiknya penuh ungkapan fitnah dan hasutan Ceramah politiknya penuh dengan sulaman hadis dan ayat suci Quran
Perjumpaan pemimpin dengan rakyat mesti di tempat mewah dan eksklusif Perjumpaan pemimpin dengan rakyat di mana sahaja
Mengamalkan dasar sekular dalam urusan pentadbiran negara Mengamalkan dasar Islam dalam segala urusan
Ulama dicaci dikeji dan dihina Ulama disanjung, dihormati dan dimulia
Pertimbangan terhadap sesuatu berdasarkan lojik pemikiran akal semata Pertimbangan terhadap sesuatu berdasarkan hadis dan firman Tuhan
Tidak menjaga peraturan berpakaian menutup aurat bagi wanita dan selalu menyalahtafsirkan pakaian menurut perspektif Islam Gaya pakaian sederhana, menutup aurat mengikut sunnah dan menjaga peradaban pakaian Islam.
Kebanyakan pemimpin UMNO mempunyai seorang isteri tetapi ramai perempuan simpanan Ada pemimpin yang beristeri lebih dari seorang untuk mengawal nafsu di jalan terlarang
UMNO biasanya memula dan menutup majlis dengan menyanyikan lagu patriotik PAS membuka dan menutup majlis dengan ayat suci dan doa
Bendera UMNO menggunakan lambang keris yang sudah ditelan zaman Bendera PAS menggunakan lambang bulan terang zaman berzaman
Kerjasama yang diberikan ahli adalah kerana berasaskan wang sebagai ganjaran untuk gerakerja parti seperti  menaikkan poster dll. Kerjasama ahli adalah kerana jihad dan mereka memberikan tenaga secara sukarela untuk mencari redha Allah.
Ada wang ada undi Undi ada, jihad pun ada
Media perdana dikawal, dipergunakan, bersekongkol dan menyokong penuh setiap propaganda UMNO Media menghentam dan mengecam tanpa sempadan kebenaran
Ceramah UMNO dihadiri oleh ratusan orang Ceramah PAS dihadiri oleh puluhan ribu orang
Ceramah UMNO biasa tertutup kerana melindungi sesuatu dari rakyat Ceramah PAS terbuka kerana semuanya hendak diberitahu pada rakyat
Ceramah UMNO tak perlu permit dan tiada pernah dibatalkan Ceramah PAS perlu permit dan sering ditarik balik dan dibatalkan
Surat Layang digunakan dalam usaha memenangi sebarang jawatan lebih tinggi dan mengalahkan lawan masing-masing dalam parti Jawatan yang lebih tinggi seringkali dikaitkan dengan amanah dan pertanggungjawaban di hadapan Allah, jika gagal melaksanakannya dan seringkali menolaknya sesama ahli dalam parti
Menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu UMNO untuk menaikkan semangat para ahli dan kesediaan berkorban untuk pemimpin Takbir dan bertasbih untuk menaikkan semangat jihad para ahli dan kesediaan mereka berkorban untuk Allah
Menyebarkan dakyah melalui media seperti suratkhabar dan tv Menyebarkan dakwah melalui saluran ceramah, Harakah yang dihimpit media surat khabar dan tv
Menyelar reformasi dan gerakan ugama dan seumpamanya Menyarankan reformasi dalam semua tuntutan ugama
Melaksanakan Islam melalui Penerapan Nilai Islam dan Menubuhkan Bank Islam Melaksanakan Islam melalui penubuhan negara Islam yang mentadbir segalanya
Memperbanyakkan masjid dan tetapi tiada orang sembahyang Memakmurkan masjid sebagai sumber peradaban ilmu dan mengadakan aktiviti kesedaran Islam & kemasyarakatan.

Sebenarnya lebih banyak diperbandingkan antara keduanya, makin berbedalah antara UMNO dan PAS. Manakan sama orang yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah dengan berjuang menegakkan sekular.