HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

Air yang diberkati di Mekkah
Oleh Moin Uddin Ahmad
Disiarkan di BICNEWS pada16 Jun 1997
(alih bahasa)
Rujukan: http://www.parti-pas.org/utama/21og_zamzam.html

Setiap kali tiba musim haji, saya pasti teringat akan kehebatan air zam-zam. Marilah kita sama-sama mengimbas kembali bagaimana hal ini boleh ianya terjadi.

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir telah menulis surat kepada European Press, sebuah agensi akhbar Eropah, yang mana antara kandungan surat tersebut mengatakan bahawa air zam-zam tidak sesuai untuk dijadikan sebagai air minuman.

Kenyataan doktor ini adalah berdasarkan andaian bahawa Kaabah berada di tengah-tengah Makkatul Mukarramah, yang merupakan sebuah lembah yang terletak di bawah aras laut, dan ini menyebabkan semua air kumbahan akan memasuki ke dalam mana-mana takungan air atau perigi.

Secara spontan saya menganggap surat ini tidak lebih dari salah satu usaha untuk memperkecilkan kaum muslimin.

Walaubagaimanapun berita ini telah sampai ke pendengaran pemerintah arab, Faisal Shah, yang amat murka terhadap tuduhan tidak berasas doktor tersebut.

Baginda telah mengarahkan Kementerian Sumber Air dan Pertanian supaya segera menjalankan siasatan dan menghantar sejumlah contoh air zam-zam kepada makmal-makmal di Eropah untuk mendapat jawapan tentang kesesuaian air zam-zam sebagai air minuman.

Kementerian telah mengarahkan Unit Penulenan dan Tenaga Jeddah untuk melaksanakan kajian tersebut

Ketika itu saya bertugas sebagai Jurutera nyah-garam( iaitu Jurutera Kimia yang bertanggungjawap terhadap proses menukarkan air laut kepada air minuman). Saya telah di lantik untuk melaksanakan tugasan ini, dan saya masih ingat, saya tidak punya sebarang gambaran langsung bagaimana rupa-bentuk perigi zam-zam ini.

Saya ke Mekkah, lalu melaporkan diri kepada pihak Penguasa/penjaga Kaabah, tentang tujuan saya di situ. Pihak tersebut telah  memberikan saya seorang pembantu bagi meringankan usaha-usaha ini.

Kami tiba di perigi Zam-Zam, memang mengkagumkan dan amat sukar untuk mempercayai bahawa ianya hanya seluas sebuah kolam kecil iaitu kira-kira 18 kaki xi 14 kaki ( 600 meter kali 470 meter..cuma setengah keluasan kolam renang saiz olimpik) Kolam kecil inilah yang telah membekalkan berjuta gelen air setiap tahun sejak ianya wujud pada zaman Nabi Ibrahim a.s, beratus tahun dahulu.

Saya memulakan penyiasatan dengan mengambil ukuran perigi tersebut dan meminta pembantu saya agar menunjukkan kedalaman perigi tersebut. Lalu beliau terus mandi dan berenang sebelum menegakkan badannya, paras air menunjukkan setinggi paras bahu beliau. Ketinggian beliau hanyalah 5 kaki, 8 inci atau 200cm.

Kemudian pembantu saya bergerak dari satu sudut ke sudut yang lain (beliau  berdiri setiap masa, kerana tidak dibenarkan menyelam) dalam usaha mencari punca-punca air di dalam perigi, walaubagaimanpun usaha ini ternyata gagal.

Saya terfikir satu cara, iaitu dengan menyedut keluar air secara berterusan ke tangki air dengan bantuan mesin pengepam air yang terdapat di sebelah perigi zam-zam, sudah pasti paras air zam-zam akan berkurangan dan ini akan memudahkan kami mengesan punca air.

Amat mengejutkan kerana tiada apa-apa yang terjadi, biarpun saya pasti cara ini pasti berkesan. Saya melakukan cara ini sekali lagi, tetapi mengarahkan pembantu saya berdiri tetap di suatu tempat, dan memerhati apa sahaja yang mungkin berlaku di dalam perigi.

Tidak berapa lama kemudian, pembantu saya menjerit “alhamdullilah, saya telah menemuinya. Pasir di bawah kaki saya bergerak serentak ketika air di pamkan keluar”. Beliau bergerak di pelbagai sudut perigi, perkara yang sama juga berlaku di semua sudut.

Sebenarnya, air yang memasuki ke dalam perigi ini, adalah sama dengan yang sedang dipamkan, menyebabkan paras air dalam perigi ini tetap sama.

Saya menamatkan pemerhatian saya dengan mengambil contoh air zam-zam untuk dihantar ke makmal-makmal eropah. Sebelum keluar dari Kaabah, saya bertanya kepada pihak berkuasa, adakah lain-lain perigi di sini? Jawapannya ialah kebanyakannya telah kering.

Sekembali ke pejabat, saya melaporkan penemuan saya kepada ketua jabatan, yang mendengar dengan penuh minat, tetapi memberikan komen yang agak kurang menyenangkan, iaitu, mungkin perigi zam-zam berpunca dari Laut Merah. Mana mungkin sebuah perigi berpunca dari Laut Merah, yang jaraknya kira-kira 75 km dari Mekkah dan hampir kesemua perigi di situ kering?

Hasil penyelidikan yang dijalankan di makmal-makmal eropah dan di makmal kami sendiri didapati serupa.

Perbezaan  di dalam air zam-zam dengan air biasa di Mekkah adalah kandungan garam kalsium dan magnesium yang lebih tinggi bagi air zam-zam. Ini didapati merangsangkan badan jemaah haji yang keletihan.Yang lebih menarik ialah kandungan florida didalam air zam-zam mempunyai kadar efektif penyah-kuman.

Tetapi yang penting ialah kenyataan makmal eropah antara lain menyatakan air zam-zam sangat sesuai untuk dijadikan air minuman seterusnya menafikan penulisan doktor dari Mesir.

Apabila penemuan ini di serahkan kepada Faisal Shah, baginda amat gembira lalu mengarahkan hasil penyelidikkan ini di siarkan oleh European Press.

Itulah hasilnya, penyelidikan yang diambil bagi menunjukkan struktur kimia didalam air zam-zam.

Sebenarnya, lebih mendalam kejian dilakukan, anda akan menemui lebih banyak keajaiban yang akan ditemui, dan menyedarkan kita akan kekuasaanAllah s.w.t. dan pemberianNYA kepada hambaNYA yang menunaikan haji.

Secara keseluruhannya, kelebihan air zam-zam ialah:


Pada abad lalu, Ibu Hajar berusaha keras mencari air di antara Bukit Safwa dan Bukit Marwa, bagi diberikan kepada Ismail a.s. yang baru dilahirkannya. Semasa Ibu hajar berlari di antara bukit tersebut, anaknya telah mengosok-gosokkan kakinya ke tanah. Punca air wujud, dan dengan izin Allah, lalu membentuk sebuah kolam dan kini di kenali sebagai telaga Zam-Zam.