MAHATHIR TERUS PERSENDA SYARIAT DENGAN MENOLAK HUKUM HUDUD

22 Julai 1999 : Khamis

Mahathir semasa menyampaikan amanat dan taklimat kepada pemimpin BN dan UMNO Kelantan petang ini, sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menghina dan mempersenda Hukum Allah.

Mahathir secara jelas dan nyata ketika mempersoalkan janji PAS yang ingin melaksanakan Hudud telah berkata bahawa Hukum Hudud yang dibuat dan  ingin dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan boleh menimbulkan huru-hara.

Menurut beliau huru-hara adalah dilarang oleh agama Islam.  Tambahnya lagi
 

"Kerajaan Kelantan sudah tahu bahawa Kerajaan Pusat tidak membenarkan Kerajaan Kelantan melaksanakan Hukum Hudud, tetapi mengapa kerajaan Kelantan masih ingin melaksanakan Hudud di Kelantan.

(Buletin Utama TV3 22 Julai 1999: ".....dah tahu (Kerajaan Pusat) tak bagi (laksana Hudud), nak laksana buat apa.."  petikan ucapan Mahathir di Kelantan pada 22 Julai 1999 yang ditujukan kepada PAS Kelantan)