PENJELASAN KONSEP PRAGMATISME DAN AKIBATNYA
Fahaman Pragmatis Amalan UMNO




"Pragmatik datangnya dari perkataan Inggeris iaitu 'pragmatic'. Apabila dijadikan konsep, perkataan itu menjadi 'pragmatisme' dan di dalam bahasa Inggerisnya 'pragmatism'. Seorang yang pragmatik dipanggil sebagai pragmatis. 'Pragmatik' bererti sesuatu amalan yang berfaedah mengambil kira keadaan semasa. 'Pragmatis bererti pengamal fahaman pragmatik. 

'Pragmatisme ' bererti fahaman pragmatik atau pengamalan sesuatu praktik bagi faedah untuk keadaan semasa. 

Fahaman ini membawa erti bahawa sesuatu tindakan itu hendaklah dikira sama ada ianya boleh mendatangkan faedah memandangkan desakan dengan keadaan -keadaan tertentu. 
 

- Kalau dihubungkan dengan dasar , maka dasar itu hendaklah diubah dan dipinda mengikut keadaan-keadaan semasa. 
- Kalau dihubungkan dengan pimpinan, maka pimpinan itu hendaklah merubahkan corak pembawaan mengikut apa yang ditentukan oleh keadaan semasa. 
- Kalau dihubungkan dengan ekonomi, maka sistem ekonomi itu hendaklah disesuaikan dengan keadaan semasa yang boleh memberi faedah. 


Rangkaian kata ' keadaan semasa' itu membawa erti tuntutan dan kehendak itu ditentukan oleh perkara-perkara yang sedang mendesak. Perkataan 'faedah' pula boleh diertikan dengan perkara-perkara yang boleh membawa keuntungan. 

Maka jika dikumpulkan keseluruhan pragmatisme itu bererti amalan sesuatu fahaman yang mengambil kira perkara-perkara yang boleh mendatangkan keuntungan berlandaskan kepada keadaan semasa. 

Bererti pragmatisme adalah suatu dasar yang tidak menentu.Ianya adalah dasar 'daun lalang ' , memberat mengikut tiupan angin. 

Kalau Barat memberi faedah maka baratlah menjadi pandangan dan penguntungan . Kalau Timur yang memberi faedah, maka Timurlah menjadi pandangan dan pengantungan. 

Dan kesan-kesan dasar sosialisme, tidak kurang juga menjadi bahan keadaan semasa apa bila tercetusnya projek-projek berbentuk "komune' seperti yang sedang dilaksanakan oleh FELDA dan FELCRA. manakala projek-projek Universiti Islam Antarabangsa, bank Islam dan Insuran Islam adalah tanda-tanda pragmatik untuk mengambil kira keadaan perubahan semasa. 

Fahaman pragmatik ini adalah tersangat bahaya dari segi akidah Islamiyah. Apa jua dasar di dalam Islam adalah dasar yang sudah ditetapkan. Kesemua keadaan hendaklah mengikut dasar Islam dan bukan dasar Islam yang mesti diubah , dipinda atau dilembutkan. Jika pimpinan meneruskan dasar pragmatik, sikap itu akan berakhir menghapuskan sama sekali konsep beragama dan apa jua yang dilakukan di atas perkara-perkara lain akan membabitkan Agama supaya diselaraskan dengan selera manusia. Maka akan terjadilah Agama itu tunduk kepada kemahuan manusia . 

Fahaman politik dunia yang saling pengaruh mempengaruhi akan menjadi pilihan manusia-manusia pragmatik dan oleh kerana manusia-manusia pragmatik hanya memberikan 'lip service' kepada Agama, akhirnya segala asas keagamaan itu akan terhakis habis. Tanpa landasan beragama yang sebenar, manusia-manusia akan menerima berbagai-bagai ideologi fikiran manusia termasuklah komunisme yang tidak mempercayai tuhan. 

UMNO adalah sebuah pertubuhan politik orang-orang melayu yang beragama Islam tetapi pengamal konsep ini. Dan rakyat semua wajar berwaspada terhadap fahaman pragmatik, sebagai suatu fahaman yang memesungkan akidah orang-orang Islam sedikit demi sedikit. Penyakit pragmatik ini jelas kelihatan di kalangan ahli-ahli UMNO dan orang-orang yang tidak mengambil 'pusing' tentang halal-haram dan benar-batil sesuatu perkara. 

Masyarakat pada hari ini telah mula diajar menilai sesuatu perkara di atas isu perundangan negara semata-mata seperti kes liwat "fitnah" yang keji lagi kotor keatas DSA. Kalau halal mengikut undang-undang negara, maka halallah perbuatan itu walaupun perbuatan itu haram di sisi ALLAH. Penyakit pragmatik ini bukan sahaja sudah menyerang masyarakat bandar tetapi sudah pula menjangkiti orang-orang kampung di luar bandar. 

Jika UMNO terus dibiarkan mentadbir negara dengan amalan pragmatik ini, negara kita akan hancur dan nilai yang dubuat oleh orang-orang Islam akan menjadi sama dengan nilai yang dibuat oleh orang -orang bukan Islam. 

Fahamilah betul-betul tentang amalan ini kerana amalan ini adalah amalan yang boleh melibatkan "JUAL AGAMA". BERHENTIKAN DASAR PRAGMATIS INI." undilah PAS dan seangkatan dengannya. 

GLOBALISASI AKAN MEMBAWA MANUSIA BERADA DIBAWAH SATU SISTEM YANG UNGGUL IAITU ISLAM . 

WASSALAM. 
 

23 JUN 1999