HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.
 
 MENGIMBAU UCAPAN PEMIMPIN UMNO - DR. MAHATHIR
 
“Siapa pernah tengok janggut Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut.”
Ucapan Dr. Mahathir diucapkannya ketika beliau mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi dalam membincangkan beberapa isu seperti Isu melucutkan jawatan Mufti Selangor iaitu Datuk Ishak Baharom dan Bahaya Fahaman Syiah.

Di dalam Kitab Lama Melayu/Jawi yang berjudul “Durar al Faraid bi Syarh al `Aqaid” tulisan Syeikh Nuruddin ar Raniri, bertarikh cetakan tahun 1892 yang mengambil sandaran dari sebuah Kitab Arab yang berjudul “Syarh al `Aqaid an Nasafiyah” karya Imam Sa’duddin at Taftazani, di dalamnya Syeikh Nuruddin menfatwakan sebagaimana berikut:-
 

Dengan merujuk kepada fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Nuruddin, jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang seperti di atas boleh menyebabkan dirinya tergolong dalam golongan seperti di atas. Bukankah soalan Mahathir yang berupa ejekkan kepada yang mereka menghadiri majlis beliau itu mengambarkan bahawa beliau ingin memperlekeh keadaan dan rupa diri RasuluLlah s.a.w., tentu sekali tidak ada siapapun yang berada di dalam majlis beliau itu pernah melihat janggut RasuluLlah s.a.w. tetapi adalah agak mustahil bagi seorang Muslim itu yang melakukan amalan menyimpan janggut, dilakukan dengan niat suka-suka sahaja. Tentu sekali kerana seseorang Muslim itu pernah mendengar ataupun membaca hadith yang membicarakan bagaimana RasuluLlah s.a.w. menyimpan dan menjaga janggutnya.

Hujah Mahathir yang mengatakan zaman RasuluLlah s.a.w. tidak terdapat pisau cukur Gillette sangat mendukacitakan kerana nada sebutan beliau jelas menunjukkan beliau berniat untuk mempersendakan keadaan diri RasuluLlah s.a.w., Apakah Mahathir terlalu bodoh, sehingga tidak dapat menerima hakikat bahawa sebelum zaman RasuluLlah s.a.w. lagi, amalan bercukur sudah menjadi kebiasaan di waktu itu. Buktinya, orang arab di zaman jahiliyyah mengamalkan amalan mencukur rambut mereka sehingga botak ketika melakukan tawaf di Ka’abah dan bagaimana pula dengan hukum mencukur rambut ketika mengerjakan Haji.

Kebodohan Mahathir dalam memahami sejarah Islam amat nyata sekali, namun masih ada orang-orang yang sesat lagi menyesatkan mengikut telunjuknya tanpa melihat batas-batas Imam yang telah diruntuhkannya di dalam diri mereka itu.  Di manakah letaknya kedudukan Mahathir selepas kenyataan beliau yang menghina dan memperlekehkan Sunnah Nabi s.a.w. ??? Apakah beliau masih boleh di terima Islamnya ??? Mungkinkah beliau telah bertaubat ketika melakukan haji sebelum ini. Dan beliau sendiri mengatakan bahawa beliau bersyukur kerana beliau telah dapat melaksanakan Haji Mabruk. Bukankah sepatutnya beliau bertaubat dan meminta maaf secara terbuka atas keterlanjurannya itu kerana beliau mengucapkannya di hadapan ramai ??? Apakah kerana kebongkakkan dan kesombongannya maka beliau masih berdegil untuk mempertahankan kenyataan kufurnya itu. Sesungguhnya orang yang sesat itu tidak akan menyedari kesesatannya dan Allah s.w.t. akan menyesatkannya lagi.

Bagi pengikut-pengikut Mahathir, dinasihatkan agar bersikap lebih terbuka dan jujur kerana sikap mempertahankan perkara yang batil tidak akan mendapat tempat di sisi Allah Ta’ala dan jika mereka bersungguh-sungguh mempertahankannya sehingga sanggup mempermainkan agama maka tunggulah balasan dari Allah s.w.t. yang pasti datang dan ketika itu tiada siapa yang akan menyelamatkan mereka lagi. Tunggulah hari Pengadilan nanti, Allah Ta’ala akan bongkarkan siapakah yang berada dipihak yang benar dan ketika itu penyesalan sudah tidak berguna lagi. Hisablah diri itu dengan sebenar-benarnya kemungkinan kita tersilap tempat dan jika diri itu berada dipihak yang benar maka berserahlah dan perbanyakkanlah solat agar Allah Ta’ala membukakan pintu hati bagi melihat jalan yang di redhoiNya.
 

“Selepas mengkaji dengan teliti 600,000 hadith Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadith dan hanya menerima 4,000 … tetapi tentulah banyak daripada baki 296,000 yg. ditolak tidak shahih dan mungkin ada hadith yang diterima sebagai shahih tetapi tidak shahih”


Kenyataan di atas diucapkan oleh Dr. Mahathir pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO, 24hb Nov 1995 dan pada hari pergulungan Perhimpunan Agung UMNO, 20hb Jun 1999.

Cuba bandingkan kenyataan beliau itu dengan tulisan-tulisan orientalis di dalam buku mereka yang
mempertikaikan tentang ke shahihan hadith yang di riwayatkan oleh Imam-Imam Islam yang terkenal
itu, seperti kata D.S.Goldziher di dalam bukunya yang berjudul Muhammedanische Studien, Joseph
Schacht dalam bukunya yang berjudul The Origins of Muhammadan Jurisprudence, D.S.Margoliouth dalam Early Development of Islam dan Guillaume dengan bukunya berjudul The Traditions of Islam.

“Traditions reports that this remarkable man took cognizance of 600,000 hadith, out of this memorized 200,000 and out of these preserved 7,295 …”

Kata-kata asal Guillaume dalam bukunya Traditions.

Perbandingan kenyataan di antara mereka dengan ucapan Mahathir memperlihatkan betapa Mahathir telah dipengaruhi oleh fahaman orientalis barat (kuasa asing) yang memang jelas bahawa para orentalis mempunyai motif niat buruk dan jahat terhadap Islam. Keraguan terhadap hadith-hadith yang di riwayatkan oleh para cendiakawan Islam dahulu menjelaskan sifat mala fide Mahathir dengan pengaruh pemikiran dari golongan yang ingkar akan Sunnah. Ini juga membuktikan bahawa Mahathir secara tidak langsung bahawa Mahathir merupakan dalang sebenar kuasa asing.

Beliau mengunakan pendekatan secara halus bagi mempengaruhi minda ummat Islam secara sedikit
demi sedikit supaya ragu dan meninggalkan amalan sebenar Islam dengan memasukkan fahaman dan
budaya barat yang boleh merosakkan aqidah ummat Islam.

Keraguan atau penolakkan terhadap hadith dan perawi hadith hatta Imam yang mengumpulkannya
dengan sengaja boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kufur dan akhirnya akan membawa kepada kekafiran iktikad.

Renungkan :-

Adakah Mahathir yang selama ini melaungkan berbagai slogan Islam masih boleh diterima sebagai
seorang yang benar dalam tindakannya bagi memperjuangkan Islam atau apakah semua itu sifat
kepura-puraannya bagi beliau mengekalkan kuasa yang ada di tangannya. Marilah kita bersama
memikirkan apakah beliau masih berada di pihak yang benar, sedangkan sebelum ini tindakan beliau
seperti yang lalu banyak yang masih boleh dipersoalkan contohnya :-
 

 
 
“Putrajaya Will Be Here For The Next 200 Years, 300 Years, And I Will Be Up There Watching”
Ucapan Dr. Mahathir kepada wartawan asing dan tempatan yang hadir disiarkan melalui Berita siaran TV3 pada hari pertama beliau memasuki pejabatnya di Putrajaya yaitu pada 21hb Jun 1999.

“Sesungguhnya Orang-Orang Yang Sombong Takabbur Daripada Beribadat Dan Berdoa Kepada KU, Akan Masuk Neraka Jahanam Dalam Keadaan Hina.”

Maksud Surah Al Mukmin, Ayat 60:

Dan lagi Sabda RasuluLlah s.a.w. dalam hadith riwayat Muttafaq Alaih yang bermaksud:

“Dari Haritsah bin Wahab r.a. berkata : Saya mendengar RasuluLlah s.a.w. bersabda : Mahukah aku berikan khabar kepadamu tentang penghuni neraka? Iaitu setiap orang yang keras, kasar dan sombong.”

Sesungguhnya sifat-sifat yang tercela seperti Takabbur, Riya dan Ujub adalah sifat-sifat buruk yang dibenci Allah Ta’ala. Sifat-sifat ini tidak layak diperkatakan oleh manusia malah tentunya jauh sekali seorang yang mengaku Muslim. Dalam kitab mahsyur Imam Al Ghazali Ihya’ Ulumuddin, beliau mengatakan bahawa sifat-sifat yang tercela di atas adalah sifat-sifat yang akan membawa insan manusia tadi menjadi hina sehingga jatuh ke martabat seperti binatang, sifat ini jugalah yang membawa manusia tadi ke ambang kehancuran dan kebinasaan.

Kata-kata kufur yang di ucapkan oleh Mahathir itu, jika ianya dilakukan secara sedar dan dengan sengaja iaitu dengan niat bahawa beliau meletakkan dirinya setaraf dengan Allah Ta’ala (bukan maksud meletakkan Allah Ta’ala itu bertempat) tetapi dalam ertikata meletakkan dirinya sebagai pemerintah bagi kerajaan dilangit maka jelaslah bahawa kata-kata kufur ini menjatuhkan agama bagi yang berkata demikian.

Jikalau beliau berkata demikian dengan maksud bahawa beliau berada di atas di menara tempat
kedudukan pejabat beliau berada maka pada dasarnya mana mungkin seseorang di zaman ini berupa hidup selama 300 tahun lagi, jika kenyataannya demikian maka jelas beliau merasakan dan menolak hukum alam bahawa bagi zaman ini mustahil manusia itu berupaya hidup selama yang demikian, maka ini menunjukkan kesesatan fikiran beliau yang boleh merosakkan Iman.

Jikalau beliau sebenarnya tersasul dan terlupa ataupun tidak perasan berkata demikian maka pada dasar hukum tidak sengaja itu boleh dimaafkan tetapi sebagai seorang pemimpin sayugia beliau membuat kenyataan secara terbuka dengan meminta maaf dan bertaubat agar jangan sampai Allah Ta’ala menyesatkan beliau dan membutakan pintu hati beliau daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengugurkan Iman.

PENDUKUNG PANJI ISLAM