HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

Parti Alternatif Menolak Cadangan Penggabungan Bank Kerajaan BN

Parti Alternatif menolak sama sekali cadangan penggabungan bank Kerajaan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, dan akan membatalkannya jikalau mendapat mandat pengundi Malaysia dalam pilihanraya umum akan datang.  Kalau pun BN menang, sokongan yang kuat kepada pihak pembangkang akan membuktikan penolakan orang ramai terhadap rancangan Kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini.  Rancangan BN cuba memaksa penggabungan bank dan syarikat kewangan yang sedia ada menjadi enam bank lebih besar.  Kami menganggap rancangan patut ditolak daripada beberapa segi:

Walaupun kami mengakui perlunya pemantapan sistem bank dalam menghadapi liberalisasi kewangan antarabangsa, kami menentang cara pihak berkuasa menangani masalah ini.  Walaupun kuasa pasaran semata-mata tidak boleh diharapkan untuk mencapai dan melindungi kepentingan nasional, kami mencadangkan kegunaan insentif  pasaran untuk menggalakkan bank Malaysia memajukan kepentingan nasional, orang ramai serta pertumbuhan yang seimbang dan mampan.  Misalnya, pindaan kepada tawaran insentif dahulu untuk mencapai sistem bank dua peringkat boleh membawa pemantapan sistem bank yang dikehendaki.  Kerajaan patut berusaha untuk memastikan bahawa sistem kewangan Malaysia lebih memenuhi keutamaan ekonomi nasional serta keperluan kewangan rakyat, dan bukan hanya disesuaikan mengikut globalisasi perbankan, yang belum pasti lagi bentuk dan sifatnya.

Masih belum terdapat hujah menyokong cadangan Kerajaan, terutamanya ciri terperincinya, yang meyakinkan - yang mencerminkan sikap ‘angkuh dan tidak ingin berunding’ pihak Kerajaan terhadap soal polisi awam.   Enam bank yang dicadangkan seolah-olah dipilih secara sewenang-wenang tanpa usaha untuk meyakinkan mereka yang berkepentingan akan kelebihan serta faedah sebenar rancangan berkenaan, di samping menenangkan kebimbangan yang ikhlas terhadap kekurangan serta kesan buruknya.  Tiada sebarang bukti bahawa bank lebih besar yang dicadangkan pasti lebih mampu menangani cabaran masa depan kerana bukan semua masalah dapat diatasi hanya dengan ekonomi skala tertentu, terutamanya memandangkan bank yang dirancangkan sebenarnya masih kecil di peringkat antarabangsa.

Memandangkan beberapa kumpulan dan bank utama yang dicadangkan, beberapa penggabungan yang dipaksakan itu barangkali akan gagal; ini akan memburukkan lagi keadaan tenat sistem kewangan Malaysia kini.  Terdapat beberapa tanda kemungkinan kegagalan demikian, akibat ketidakpadanan dari segi budaya, institusi dan individu di samping insentif yang ditawarkan, yang tidak dapat mendorong semua pihak yang terlibat untuk memastikan penggabungan itu berjaya.  Lagi pun, sebelum dan semasa krisis perbankan kini, prestasi kebanyakan bank kecil lebih baik daripada bank lebih besar.  Akibatnya, bank asing akan lebih menguasai sektor bank Malaysia kerana mereka lebih mampu mengambil kesempatan daripada ketidakpastian akibat kesan buruk rancangan penggabungan bank yang buruk ini.

Sebagai pengganti penggabungan terpaksa yang disegerakan ini, kami menghendaki pembangunan sistem bank berperingkat, di mana bank bersaiz berlainan dapat hidup bersama dan saling melengkapi.  Terdapat cukup bukti bahawa banyak bank kecil lebih berjaya melayan pelanggan mereka dan seluruh ekonomi secara lebih berkesan daripada bank besar.  Sistem bank nasional yang berperingkat di banyak negara lain meyakinkan kami akan viabiliti sistem demikian.
Kami tidak mencadangkan peniruan mana-masa sistem asing tertentu, tetapi menghendaki evolusi sistem secara sukarela, memandangkan sejarah serta kekuatan dan kelemahan perbankan Malaysia dewasa ini.  Para pemilik dan majikan bank cukup menyedari cabaran besar yang dihadapi, dan mengakui perlunya perubahan sesuai dengan zaman dan keadaan baru.  Tetapi sifat paksa, waktu, singkat dan tidak peka rancangan penggabungan tidak memberi keyakinan bahawa pihak berkuasa lebih memahami masalah, pilihan dan penyelesaian yang dihadapi.  Kegagalan lain pihak berkuasa dewasa ini telah mengurangkan lagi keyakinan umum terhadap kemampuan mereka untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh sistem bank khususnya dan ekonomi amnya.  Maka, terdapat kesangsian dan penolakan umum terhadap rancangan, bukan hanya kerana ciri rancangannya, tetapi juga sebab jadual singkat dan cara paksanya.

Terdapat juga kebimbangan orang ramai bahawa rancangan penggabungan bank didorong politik, terutamanya untuk mengenepikan mereka yang tidak direstui oleh kelompok yang berkuasa sekarang, khususnya mereka yang dianggap pernah mempunyai hubungan dengan bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim.  Memandangkan bukti pendakwaan terpilih, penekanan dan penindasan terhadap ramai kenalan Anwar yang lain dewasa ini, rancangan penggabungan dianggap keji lagi tidak bertanggungjawab sebagai senjata politik.  Walaupun segelintir kepentingan Malaysia pasti mendapat faedah daripada penggabungan bank yang dirancang, kebanyakan rakyat Malaysia (termasuk usahawan tulen) - yang tidak mempunyai hubungan erat dengan pucuk pimpinan BN - sudah pasti mempunyai banyak kebimbangan.  Rancangan penggabungan bank barangkali akan menumpukan lagi pemilikan, penguasaan dan pengaruh dalam sektor bank dengan mengorbankan kepentingan orang ramai serta daya saing ekonomi Malaysia.  Khususnya, terdapat banyak kebimbangan bahawa kelompok berkuasa sedang bermaharajalela dengan menggunakan proses penyusunan semula, terutamanya rancangan penggabungan bank, untuk menguasai sektor kewangan dengan lebih menyeluruh lagi.

Sesuai dengan prinsip pentadbiran korporat yang baik, kami percaya bahawa proses sukarela merupakan cara terbaik untuk memastikan bahawa kepentingan semua pihak yang berkepentingan dijaga dengan baik.  Cadangan penggabungan seolah-olah tidak pedulikan kepentingan pemilik serta pengurus kebanyakan bank, apa lagi kepentingan pemilik saham minoriti.  Cadangan ini tidak prihatin langsung terhadap golongan lain yang berkepentingan, terutamanya pelanggan dan pekerja.  Pekerja sektor kewangan, yang menjadi mangsa utama krisis kewangan dewasa ini, akan dikorbankan lagi dengan pembuangan pekerja serta pengurangan pendapatan.

Walaupun rancangan ini jelas didorong oleh ketamakan kelompok berkuasa menjelang pilihanraya genting kelak, kami tidak ingin mempolitikkan rancangan penggabungan bank terkini.  Sebaliknya, kami meminta pihak berkuasa serta merta menggantikannya dengan pendekatan lebih adil, cekap dan bermanfaat, yang kami cadangkan.
 
 
 
 

Parti Keadilan Nasional     Parti Islam SeMalaysia      Parti Tindakan Demokratik      Parti Rakyat  (KeADILan)                    (PAS)                           (DAP)                                 (PRM)

Kuala Lumpur, 22 Ogos 1999
 
 

Alternative Parties Reject BN Government Bank Merger Proposal

The Alternative Parties categorically reject the Barisan Nasional (BN) Government’s recent bank merger proposal, and will abandon the scheme if it secures a mandate from the Malaysian electorate in the forthcoming general elections.  Even if the BN wins, a strong opposition showing will reflect popular rejection of the government’s irresponsible scheme.  The BN scheme seeks to forcibly merge the existing banks and financial companies into six larger banks. We consider the scheme ill-conceived on several grounds.

1. While we recognise the need for banking system consolidation in the face of imminent international financial liberalisation, we are opposed to the means by which the authorities are approaching the problem. While market forces alone cannot be relied upon to achieve and protect our national interests, we favour market-based incentives  to induce Malaysian banks to serve the best interests of the nation, the public as well as balanced and sustainable economic growth.  For example, more attractive variations of the incentive package in the earlier two-tier banking system can induce a greater degree of desirable banking system consolidation.  The government should also work to ensure that the Malaysian financial system better serves national economic priorities and the people’s financial needs rather than simply adjust to globalised banking, whose shape is far from being inevitable.

2. Reflecting its generally non-consultative and authoritarian approach to public policy matters, there has not been any convincing rationale for the proposal, especially its specific features.  The six bigger banks envisaged have been seemingly arbitrarily dictated by the authorities with little attempt to persuasively convince stakeholders of the scheme’s superiority and real merits, besides allaying genuine concerns about its deficiencies and adverse consequences.  There is no evidence that the larger banks will be better able to deal with the challenges ahead since not all problems can be overcome with some economies of scale, especially since the envisaged banks will still be puny by international standards.

3. Considering some of the groupings and lead banks envisaged, at least some of the forced mergers are likely to fail, thus worsening the Malaysian financial system’s already weakened condition.  There are many indications of the likelihood of such failure, due to cultural, institutional and personnel incompatibilities as well as the poorly conceived incentives offered, which cannot motivate all the stakeholders concerned to ensure successful mergers.  Furthermore, before and during the recent banking crisis, most of the smaller banks fared relatively better than the larger banks.  In the wake of the likely problems, foreign banks will probably become more dominant in the Malaysian banking sector as they are best placed to take advantage of the likely uncertainties due to the adverse consequences of the ill-conceived bank merger proposal.

4. Instead of the dictated mergers to be agreed upon in such a rush, we favour the development of a multi-tier banking system, in which different size banks would co-exist and complement one another.  There is considerable evidence that many smaller local or regional banks continue to serve their clients and the economy more effectively than impersonal larger banks. The many successful multi-tier national banking systems in other countries give us confidence of the viability of such systems.

5. We do not propose the replication of any particular foreign system, but instead favour the voluntary evolution of such a system in this country, considering the history and recent strengths and weaknesses of Malaysian banking.  Owners and managers of banks are not unaware of the major challenges looming ahead, and recognise the need to change with the times and new circumstances.  But the forced nature, timing, tight schedule and insensitivity of the merger proposal does not inspire confidence that the authorities have a superior understanding of the problems, options and solutions.  The authorities’ various recent failures have only further undermined public confidence in their ability to address the challenges faced by the banking system in particular and the economy more generally.  Hence, there is widespread suspicion and rejection of the proposal, not only for the features of the scheme envisioned, but also for its accelerated schedule and coercive nature.

6. There is also considerable public concern that the bank merger proposal is politically motivated, mainly to eliminate those not politically favoured by the clique currently in control, especially those in the sector believed to be associated with former Finance Minister Anwar Ibrahim.  In light of considerable recent evidence of selective prosecution, harassment and intimidation of some other Anwar associates, the merger proposal becomes all the more irresponsible and reprehensible as a weapon in political battles. While some Malaysian interests obviously stand to benefit from the envisaged bank consolidation, lacking strong connections to the BN leadership, most Malaysians (including genuine entrepreneurs) understandably have much cause for concern.  The bank merger proposal seems likely to further concentrate ownership, control and influence in the banking sector at the expense of the public and Malaysian economic competitiveness.  In particular, there is considerable concern that the dominant clique is using the financial restructuring process, especially the bank merger proposal, to control the financial sector more thoroughly than before.

7. In line with the principles of good corporate governance, we believe that a voluntary process is the best means to ensure that the interests of all stakeholders are adequately protected.  The merger proposal rides roughshod over the interests of the owners and managers of most banks, and pays scant attention to the interests of minority shareholders.  There is even less concern for the interests of other stakeholders, especially clients, customers and employees.  Financial sector employees, who have taken the brunt of the recent financial crisis, are likely to suffer further from massive lay-offs and reduced pay.

Although it is clearly motivated by the haste and greed of the politically dominant clique before an election which may undermine their political status, we do not wish to politicise the bank merger issue, and instead call on the BN authorities to immediately abandon their ill-conceived proposal in favour of the superior and fairer approach we propose.
 
 
 
 

Parti Keadilan Nasional      Parti Islam SeMalaysia      Parti Tindakan Demokratik      Parti Rakyat (KeADILan)                    (PAS)                             (DAP)                                (PRM)

Kuala Lumpur, 22 August 1999