HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

RAFIDAH SUDAH GELABAH

Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni suratkhabar tempatan heboh memputar-belitkan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz mengenai isu memberi keutamaan kepada Wanita Kurang Cantik diambil bekerja. Bukan main sakan depa hentam PAS, termasuklah kenyataan di bawah ini daripada Datuk Seri Rasuah Rafidah Aziz :

Kata Rafidah:

"No investor, local or foreign, will want to go to any state when all they hear is that women cannot work, beautiful women cannot work, women cannot wear lipstick and others." - The Star 23/7.

[Terjemahan: "Tak ada pelabur, baik tempatan mahupun asing yang sanggup datang melabur di sesebuah negeri itu jika apa yang mereka dengar hanyalah cerita pompuan tak boleh kerja, pompuan cantik tak boleh kerja, pompuan tak boleh pakai bibir merah dan lain-lain lagi"]

AMBOI MAK - YANG DATUK SERI RASUAH KITA INI MARAH SANGAT KAT KITA PASAL  APA?  KA  SEBAB DIA TENGAH KETAQ LUTUT PASAL HARAKAH DOK HEBOH KES RASUAH DIA DENGAN ANAK MENANTU DIA TU!!

Mungkin kerana marah sangat dengan isu rasuah ini agaknya, maka dua tiga sebelum itu, Datuk Seri Rasuah Rafidah dengan penuh emotional membuat kenyataan bahawa sekolah-sekolah agama dan tadika anjuran PAS mengajar kanak-kanak kecil membenci mereka yang tidak menyokong perjuangan  PAS.

Kata beliau:

"They now teach the children to hate the country's leaders, certain  personalities, and the Government. Ten years from now, when these children grow up, they will go against whoever is not supporting PAS - Don't allow this hate culture to creep into our society. What happened in Kosovo or Bosnia-Herzagovina was the culmination of a subtle educational process imposed on young Serbs - When these Serbs became adults, they had no reservations about killing their neighbours or family friends since they were not of the same ethnic group" [The Star 21/7].

[Terjemahan:  Mereka (PAS) mengajar kanak-kanak ini membenci pemimpin2 negara dan individu-individu tertentu serta kerajaan. 10 tahun dari sekarang, apabila kanak-kanak ini sudah dewasa, mereka akan menentang siapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan PAS - Jangan biarkan budaya benci ini menjalar dalam masyarakat kita. Apa yang berlaku di Kosovo dan Bosnia adalah disebabkan oleh sistem pendidikan yang dikenakan ke atas kanak-kanak Serb dahulu - apabila kanak2 ini sudah besar, mereka tidak akan teragak-agak untuk membunuh jiran2 dan kawan2 mereka yang bukan satu bangsa dengan mereka].

TU DIA, JAHAT TARAK DAH, PUNYA LA BUSUK HATI - BUDAK2 TADIKA YANG MASIH DOK MERANGKAK-RANGKAK NAK BELAJAR ALIF BA TA ITU PUN DIHERET SAMA OLEH RAFIDAH RASUAH KE MEDAN POLITIK!!

Apa, Nenek Rafidah depa ni sukakah kalau anak-anak kita ini, 10 tahun dari sekarang end up jadi macam boss dia, al-Fadil Hanafi Haji Mahathir -  yang mengaku di khalayak ramai dia tak reti baca Quran!!

PUAK-PUAK UMNO INI TAK KISAH KALAU ANAK-ANAK KITA TAK TAHU JAWI, TAK KISAH KALAU ANAK-ANAK KITA TAK BOLEH BACA QURAN, ASALKAN HATI DEPA PUAS DAPAT TENGOK TULISAN JAWI DAN ILMU QURAN HILANG DITELAN GENERASI!!

Busuk perut sungguh puak-puak macam Rafidah Aziz ini, sanggup depa fitnah kata kita ajar anak-anak kita benci orang. Dulu pun depa tuduh juga kata kita ajar budak tadika pijak gambar Mahathir.

GAMBAQ MAHATHIR TARAK NAK ADA AIH DI TADIKA PAS!!

Kadang-kadang tak paham pula kita, kenapa bila nak dekat-dekat "Raya" ini; orang-orang yang selama ini tak berapa 'tak takut' kat PAS macam Datuk Seri Rasuah Rafidah ini, tiba-tiba berdentum-dentam dia sembur kat kita.

MUNGKIN BETULLAH KOT, DIA TENGAH DOK GELABAH PASAL KES RASUAH YANG SEKARANG INI SECARA RASMI SUDAH MENJADI LAPORAN POLIS.

[Jangan gelabah la Rafidah, dalam sejarah dunia ini tak ada pemimpin yang kekal lama aih; Suharto yang tak pernah orang terfikir nak jatuh tu pun boleh jatuh, inikan pula Mahathir yang siang malam orang dok minta doa bagi dia jatuh. Nantilah, bila Mahathir dah jatuh nanti, sama-samalah kita tengok hang dengan menantu hang keluar masuk penjara Sungai Buluh !!]

Berbalik kepada isu wanita kurang cantik diberi keutamaan bekerja ; isu ini bukan saja diputarbelitkan habis-habisan oleh pemimpin2 bawahan, malahan boss besar, kepala depa kat atas itu pun nak tumpang sekaki.

Kata Mahathir:

"Itulah yang membezakan kita daripada Pas. Pas tidak membenarkan wanita (kaum ibu) terlibat dalam politik.Malah wanita pun hendak dibahagikan antara yang cantik dan tidak. Mereka (Pas) selama-lamanya suka memecahbelahkan orang tetapi kita menyatupadukan,".  - Dr Mahathir menekankan baginya tidak ada seorang wanita pun yang buruk kerana mengikut pepatah Inggeris "kecantikan itu bergantung pada mata yang melihat. Sebab itu bagi saya semuanya cantik belaka dan saya tidak terganggu berhadapan dengan orang yang cantik,'" -  Mahathir berkata, beliau tidak tahu kenapa sesetengah orang tidak boleh berhadapan dengan wanita cantik kerana baginya ia tidak pernah menimbulkan masalah.
[Utusan Malaysia 21/7].

LA, BETUL KA PADA PANDANGAN MAHATHIR SEMUA WANITA SEMUANYA CANTIK?

KALAU MACAM TU YANG MANA LEBIH CANTIK, DR SITI HASMAH ATAU PUN 'KAUM KERABAT' PUAN MARINA YUSUF???

[Tak apalah, isu skandal Mahathir dengan anak beranak Puan Marina tu biaqlah depa settle sesama depa. Nanti kalau cerita lebih-lebih depa kata fitnah pulak].

Apa yang saya nak tulis di sini ialah, tak sampai pun seminggu selepas Tuan Guru Nik Aziz dilapurkan 'berseloroh' mengenai cadangan supaya Wanita Kurang Cantik diberi keutamaan diambil bekerja; dan selepas hampir seminggu puak-puak UMNO ini memutarbelitkan 'seloroh ikhlas' Tuan Guru itu, maka secara kebetulan (mungkin Tuhan nak tunjuk kat kita), keluar pula kenyataan di bawah daripada pihak CUEPACS:
 

The Star 23/7/999

Cuepacs: Beautiful  women getting better appraisals.
SINTOK: Some government department heads are abusing the New Remuneration Scheme (NRS) and awarding higher marks to beautiful women in the annual appraisals, Cuepacs president N. Siva Subramaniam said. He said Cuepacs did not agree to the matrix system adopted by  some department heads because their assessment inevitably involved personal feelings.

"If the women are beautiful, they are given higher marks," he told a  press conference at Universiti Utara Malaysia yesterday.

[Terjemahan: Presiden Cuepac, N Siva Subramaniam menyatakan bahawa ada jabatan2 kerajaan yang menyalahgunakan Sistem Saraan Baru (SSB) dengan memberi lebih markah kepada wanita-wanita cantik (berbanding yg kurang cantik) untuk membolehkan wanita2 ini mendapat kenaikan gaji yang lebih dalam review tahunan. "Kalau wanita itu cantik, maka dia akan diberi lebih markah", kata beliau dalam sidang akhbar di UUM].

HA, TU DIA - TAK PAYAH KOMEN PANJANG!!

Kepada Tuan Guru Nik Aziz, cakap sajalah apa yang Tok Guru rasa patut. Biarlah mereka ini kelentong kalau mereka nak, kerana  kita yakin - dengan izin Allah, The Truth Will Prevail, kebenaran pasti datang!!

Wassalam,
Pakdin