AHLI KORPORAT MENYUARAKAN PENDAPATNYA
Barisan Nasional Tidak Bermoral


Saya adalah seorang ahli korporat yang boleh digolongkan sebagai seorang kroni. Saya dan sahabat-sahabat saya sekalian yang kesemuanya bolehlah disifatkan sebagai kroni terpaksa menyokong UMNO dan Barisan Nasional oleh kerana kontrak-kontrak dan segala konsesi yang diperolehi oleh kami daripada kerajaan melalui menteri-menteri kabinet. Tetapi oleh kerana kami adalah juga orang Melayu yang beragama Islam, kami telah sedar bahawa wang bukanlah segala-segalanya di dunia dan akhirat.

Ada banyak perkara yang lebih penting daripada wang seperti persoalan moral dan akhlak. Kerajaan Barisan Nasional boleh dipuji dari segi pentadbiran ekonomi negara. Mereka mempunyai banyak penasihat penasihat ekonomi yang telah membantui kerajaan didalam perancangan ekonomi. Ini tidak diragui oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Kami tidak mencurigai bahawa gegasan parti parti pembangkang juga berkeupayaan yang sama. 

Cara pucuk pimpinan Barisan Nasional membuat tuduhan yang melulu mengatakan bahawa gagasan parti-parti pembangkang tidak dapat mentadbirkan ekonomi negara dengan baik adalah ideologi orang-orang muflis yang telah kehilangan modal untuk bertutur. 

Di dunia yang fana ini tidak siapa yang tidak boleh ditukar ganti melainkan Allah sendiri. Fahaman karut ahli ahli Barisan Nasional ini adalah fikiran kolot yang berunsur propaganda politik. 

Oleh yang demikian marilah kita bersama sama menyokong gegasan parti parti pembangkang, kita berilah peluang kepada mereka untuk membuktikan kepada kita rakyat malaysia bahawa segala tuduhan tuduhan parti Barisan Nasional adalah tidak benar dan kolot. Berilah peluang kepada mereka untuk membuktikan bahawa mereka juga berkeupayaan untuk mentadbirkan ekonomi negara lebih baik daripada Kerajaan Barisan Nasional. 

Persoalan pokok yang kami ingin menengahkan di sini adalah parti Barisan Nasional telah mengenepikan persoalan Moral dan Akhlak. Kita tidak mahu lihat sebuah negara yang maju dari segi ekonomi tetapi rendah dari segi Moral dan Akhlak yang sesama penting. 

Cara Kerajaan Barisan Nasional bukanlah caranya untuk membangunkan negara. Ekonomi, Moral dan Akhlak rakyat hendaklah seimbang, barulah kita boleh mengakui bahawa negara kita maju.

Walaupun Barisan Nasional melaung laung bahawa ekonomi Malaysia kukuh tetapi ini adalah propaganda politik sahaja. Ekonomi kita masih meleset, moral dan akhlak rakyat diketepikan langsung. Apa yang kita amalkan pada hari ini adalah apa yang akan dituruti oleh anak-anak dan cucu-cucit kita sekalian di masa hadapan. Kita perlu sedar apa yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional ini adalah karut dan akan memberi kesan buruk dan keruntuhan moral dan akhlak rakyat jelata sekalian di masa hadapan. Adakah ini yang kita cari carikan didalam hidup kita, anak-anak dan cucu-cicit kita sekalian. 

Kerajaan Barisan Nasional mempraktikan etika fitnah, korup, tamak dan haloba, pembohongan, penindasan, memutarbelitkan isu-isu, memperendahkan murtabat murtabat sesama manusia, mengenepikan hak asasi manusia, mementingkan kroni-kroni dan anak-anak menteri sahaja, pengelewengan, pencurian harta-harta rakyat, menyalah gunakan wang-wang rakyat, meramalkan sistem kehakiman yang berat sebelah, menghina agama, dan banyak lagi atika atika yang rendah moral dan akhlak. 

Adakah kita ingin melihat masyarakat masa depan kita dididik dengan etika-etika ini dan mementingkan wang terlebih daripada moral dan akhlak?.

Saya seorang ahli koprat yang cintakan bangsa dan agama menentang budaya karut ini dan dengan tulisan ini akan menyedari masyarakat sekalian betapa terok penyelewengnya Kerajaan Barisan Nasional. Sesebuah negara yang telah membangun tidak akan kukuh dengan lama jika nilai ekonomi, moral dan akhlak mereka tidak seimbang. Ini boleh dibuktikankan melalui sejarah seperti Kerajaan Parsi, Empayer Byzentine dan beberapa kerajaan pada masa masa berikut. 

Bagi kerajaan Barisan Nasional, wang adalah segala-galanya. Moral dan akhlak adalah tidak penting lagi. Moral dan akhlak perlu diketepikan demi kepentingan Wang. Adakah budaya ini yang kita mahu tanamkan kedalam hati nubari anak anak dan cucu cicit kita. Marilah kita rakyat sekalian sedar bahaya budaya ini adalah salah. Marilah kita semua betuli kesilapan ini dan kembali kepada pangkal jalan yang betul. Ianya masih tidak terlewat jika kita boleh bertindak sekarang. 

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional semuanya telah tua-tua. Rebong telah bertukar menjadi buluh. Ianya tidak boleh dibendung lagi.Telah terlambat. Cara yang berkesan membetulkan keadaan ini adalah melantikan muka-muka baru, orang orang baru yang berfahaman baru.Orang orang yang bersih dan tidak korup. Cara yang saya nampak sekarang adalah menyokong gegasan parti-parti pembangkang. Mereka ini telah sedar apa yang rakyat kehendaki. Bukan lagi ahli ahli Barisan Nasional yang hanya mahu menegakkan benang yang basah. Boleh dikatakan terdapat 60% rakyat Malaysia sekarang yang berkeadaan saperti kami yang masih didalam UMNO. 

Tidak mahu bersuara dikhalayak ramai khuatiri perniagaan kami akan terjejas. Jika kami bersuara kontrak kontrak kami akan ditarik balik oleh Kerajaan. Jika ianya ditarik kami akan berhadapan dengan Bank Bank dan banyak lagi kreditor kreditor kami yang sedang menunggu untuk menutup syarikat kami. Penutupan syarikat akan berlaku, permuflisan akan dituruti dan banyak pekerja pekerja akan kehilangan sumber mata pencarian untuk membela anak anak mereka. 

Kami masih akan berada di dalam UMNO. Tetapi apabila tiba masa untuk mengundi kami akan tahu mana satu Parti yang akan kami pangkah. 

Oleh yang demikian kami seru kepada penyokong reformasi dan semua penyokong parti parti Alternatif bersabarlah kami ahli ahli koprat yang telah sedar akan sokong usaha usaha tuan tuan yang murni ini. Kami semua berpelajaran dan tahu masyarakat masa depan apa yang kita perlu bangunkan dan bukan berdasarkan budaya Kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin penyokong penyokong parti Alternatif yang bertopeng saperti kami ini banyak diMalaysia apakan daya. Cara kami bertindak akan lebih menghampakan Barisan Nasional. Cara mereka adalah cara kemusnahan masyarakat yang diketuai oleh Mahathir. Mahathir  adalah rakyat biasa seperti kita; dia bukan tuhan oleh yang demikian dia juga boleh membuat salah tetapi oleh kerana rebong telah menjadi buloh dan egonya yang terlalu tinggi yang tidak mahu mengaku kesalahannya maka ia akan terus usaha untuk menegakkan benangnya yang telah basah. Mahathir telah terlanjur daripada jalan, kita mempunyai otak, kita tidak lagi perlu untuk mengikuti jalannya.

Biarkan dia kesaorangan dengan sikap bodoh sombongnya. Biarkan Mahathir saperti Lunchai dan Labu Labunya. Mungkin suatu hari apabila dia telah mencapai mubalighnya dia akan sedar kesalahannya. Kita cuma dapat bermohon kepada Illahi supaya dapat membuka hati beliau supaya dapat melihat jalan yang lurus, benar dan yang diredhai oleh Allah. 

Marilah kita semua bersatu dan memberi mandat kepada Gagasan Parti-Parti Pembangkang supaya mereka dapat membuktikan kepada kita semua yang mereka juga berkeupayaan yang lebih untuk mentadbirkan negara Malaysia. 

Tampa rasuah dan moral yang tinggi dan etika-etika yang baik saya percayai bahawa Gagasan Parti- Parti Pembangkang akan mentadbirkan ekonomi negara dengan lebih baik malah lebih baik daripada apa yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. 
 

24 JUN 1999