HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH 
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES, 
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.
PERUTUSAN HARI WANITA (25 OGOS 1999)
BERSAMA MARTABATKAN MARUAH WANITA

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh kaum wanita di negara ini sempena sambutan Hari Wanita hari ini. Mudah-mudahan sambutan ini akan menjadi simbolik yang bermakna terhadap perjuangan wanita untuk membebaskan diri mereka daripada penindasan, kezaliman dan eksploitasi yang dilakukan oleh BN. Kekuatan wanita mesti digemblengkan semaksima mungkin pada hari ini demi untuk mengembalikan maruah wanita sebagai sebahagian daripada elemen utama pembentukan sosial di dalam mana-mana sistem yang terdapat di negara ini.
 

DPP Pusat menyeru kaum wanita agar memainkan peranan yang terpenting dalam mengendalikan keluarga harmoni dengan bukan sahaja bertindak sebagai isteri tetapi juga sebagai ibu yang mendidik anak-anak dalam menghadapi kemelut sosial yang semakin mengganas manifestasi daripada dasar sesat BN. Anak-anak juga mesti dididik tekun supaya memahami jaring kezaliman yang sedang melanda dan mereka mesti dibangkitkan sebagai pejuang unggul yang menolak segala bentuk penindasan, tipu daya, kezaliman dan eksploitasi ini.
 

DPP Pusat juga mengajak kaum wanita agar meneruskan peranan sebagai penggerak sektor ekonomi dan pengurusan negara tanpa terpengaruh dengan momokan jahat media massa yang menuduh PAS sebagai parti yang meminggirkan wanita dalam urusan ekonomi dan pentadbiran negara. Usaha-usaha PAS di Kelantan jelas menggambarkan bahawa wanita berjaya dimartabatkan dengan dasar yang berlandaskan Islam. Usaha Kelantan untuk mempastikan wanita tidak dieksploit sebagai bahan komoditi menunjukkan komitmen ini boleh diteruskan jika PAS mentadbir negara ini.
 

Kaum wanita sebagai sebahagian daripada elemen politik negara ini juga mesti menggerakkan diri untuk menolak segala bentuk kezaliman dengan peranan sebagai pengundi dimanfaatkan. Undi kaum wanita boleh menentukan kerajaan yang akan memerintah negara ini, kerana itu undi wanita mestilah dipastikan menghala dengan betul. Pembukaan minda kaum wanita mesti diperanankan oleh kaum wanita juga dari kalangan pejuang keadilan. Kaum wanita mesti berpandangan jauh untuk melihat anak-anak mereka hidup sejahtera pada alaf akan datang dengan menolak segala bentuk kezaliman BN.
 

DPP Pusat juga menyeru seluruh kaum wanita agar mempertingkatkan peranan mereka dalam pelbagai sudut sama ada ekonomi, politik mahupun sosial demi untuk melihat negara ini lebih berdaya untuk menghadapi cabaran milenium ketiga nanti. Segala usaha memartabatkan maruah kaum wanita yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah mesti gerakkan pada kadar yang paling maksima. DPP Pusat sangat optimis bahawa kaum wanita akan mencapai kedudukan yang paling mulia jika mereka kembali ke jalan Allah swt.
 

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat