HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

UMNO guna khidmat 'hulubalang muflis'

PULAU PINANG: Umno Pulau Pinang terpaksa menggunakan khidmat bekas 'hulubalang' yang telah 'muflis politik' di Kelantan untuk membantu kempen mereka di beberapa buah kampung di sini. 

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd. Hamdan Abdul Rahman kepada, Harakah. 

Menurutnya, langkah ini juga membuktikan Umno ketandusan modal dan tenaga penerangan yang berwibawa sebagai tenaga penceramah. 

"Umno Pulau Pinang jelas telah ketandusan modal dan tenaga penerangan sehingga terpaksa mengimport bekas 'hulubalang' yang muflis politik dari Kelantan bagi berkempen di kampung di sini", ujarnya. 

Kata beliau, dua ceramah sasaran yang diadakan oleh mereka di Kampung Guar Kepayang dan Tasik Gelugor lebih kepada ceramah lepas geram kepada PAS disebabkan ramai ahli Umno yang dulu bekerja kuat untuk Umno sekarang telah beralih menyertai dan menyokong PAS. 

"Jadi untuk mengatakan Umno tetap kuat di Majlis Tindakan Dun MTD Sungai Dua dan MTD Permatang Berangan, adalah tidak benar," katanya. 

PAS kini bertambah mantap dengan kemasukan ahli profesional dan cendekiawan bagi menghadapi Umno yang ketandusan kepimpinan di semua peringkat. 

PAS Pulau Pinang, katanya, akan bekerja kuat untuk memastikan kerusi Umno dapat ditawan sepenuhnya kerana kebanyakan rakyat telah menolak BN di mana sahaja ekoran terlalu mementingkan kelompok untuk sesuatu projek. 


Taktik kotor menjelang p-raya

Sepanduk provokasi dinaikkan

 

 

ARAU: Pilihan raya terkotor yang dimaksudkan oleh Dr. Mahathir turut tercetus di Perlis di mana bukan ahli PAS telah menaikkan sepanduk yang amat sensitif dan bersifat provokasi 

Di Pekan Simpang Empat, dekat sini, golongan tertentu menaikkan sepanduk mempunyai lambang PAS tetapi ditulis 'PAS bukan parti Islam' seperti yang telah dilakukan di Mulonng, Kelantan. 

Setiausaha Jentera Pilihan raya Dun (JPD) Dua Simpang 

Empat, Saudara Mansor Ariffin, 9 membuat laporan polis setelah mendapati kain sepanduk itu berunsur fitnah dan sensitif serta provokasi. 

"Saya percaya ia bukan kerja ahli PAS dan dari maklumat ang diterima, sepanduk itu dibawa pulang bersama rombongan yang baru pulang dari awatan ke Putrajaya" di Selangor. 

"Kita ada perisik dalam beberapa rombongan yang telah 

dan akan ke Putrajaya dan mereka mendapati hampir 30 kain rentang seumpamanya akan digantung di seluruh negeri ini," jelasnya. 

Menurutnya, laporan telah dibuat di Balai Polis Simpang Empat untuk mengelakkan timbulnya rasa marah masyarakat akibat perbuatan pihak tidak beretika itu. 

Sementara itu di simpang masuk Taman Melati Indah Beseri (Padang Besar) turut direntangkan lambang PAS yang bukan dikeluarkan oleh pihak PAS di mana diconteng di bahagian bulat putih. 

Menurut AJK Penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Saudara Mohamad Noor Saad, 54 yang telah melaporkan kepada pihak polis di Balai Polis, Beseri, perbuatan ini dilakukan oleh golongan tertentu. 

Pimpinan PAS negeri ini berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi kerana PAE tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku. 

"Kita mengamalkan demokrasi dan sedia menghadapi pilihan raya dengan aman", katanya. 


Berita 500 keluar PAS di Melaka dusta

 

 

MASJID TANAH: PAS Negeri Melaka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya seramai 500 orang ahli PAS Melaka akan meninggalkan parti itu. Berita itu menyebut bahawa ahli PAS kononnya terkeliru dengan dasar,dan perjuangan parti itu. 

Pesuruhjaya PAS Melaka Omar Baba memberitahu, beliau hairan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka itu. 

Mengikut Omar, apa yang sebenar berlaku ialah Umno Melaka telah mengambil kesempatan memberi penerangan politik kepada peserta Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka. 

Taklimat itu diberi oleh sebarang tokoh yang telah dipecat dari PAS. Tokoh ini dipecat kerana mempunyai kesalahan yang terlalu peribadi. 

PAS Negeri Melaka tetap utuh dan program penerangan yang diadakan di seluruh Melaka berjalan hampir setiap malam, katanya. 

"Umno Melaka khasnya Ketua Perhubungannya yang juga Ketua Menteri terlalu takut pengaruh PAS akan terus berkembang. Oleh itu beliau telah menjalankan berbagai usaha untuk mengelirukan rakyat," kata beliau. 

Satu dari usaha Ketua Perhubungan Umno Melaka ialah melarang kakitangan kerajaan dari menghadiri Hari Terbuka PAS kawasan Batu Berendam yang diadakan baru-baru ini. 

Hari terbuka, tersebut telah mendapat permit dari polis dan telah mendapat sambutan baik. Di antara kegiatan parti hari tersebut ialah derma darah yang telah dikelolakan oleh Hospital Besar Melaka. 

Dalam surat larangan kepada kakitangan kerajaan untuk menghadiri Hari Terbuka itu, disebutkan bahawa majlis itu seolah-olah akan membawa keganasan dan kekecohan. "Sedangkan majlis itu berjalan dengan aman," ujarnya. 

Hj.Omar juga meminta kerajaan negeri supaya jangan menjadikan masjid gelanggang tempat mencerca pemimpin PAS. Di samping itu beliau berharap supaya Ketua Menteri tidak memperkecil-kecilkan kemampuan berfikir pegawai kerajaan.