HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

Dato' Kamaruddin kesali TV3

KOTA BHARU: Bekas Ketua Umno Bahagian Tumpat, Dato' Kamarudin Jaafar menjelaskan ucapannya di Tanjung Kuala, baru- baru ini sangat nyata serta terang dan bukan untuk mempersendakan sesiapa.

Katanya, ketika perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden Umno, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pernah menyebut, 'Tengok tu, saya tak kata Tok Guru' kemudian hanya disebut Nik Aziz saja.

"Dia kata jelas, jadi saya ulas kenyataan Mahathir itu, dan masa dia umum pemecatan saya serta lapan orang lagi tu bila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebut nama-nama (yang dipecat) dia sebut Dato', saudara sekian-sekian.

"Mahathir tegur dia, dengan berkata tak payah panggil saudara-saudara lagi dah mereka bukan ahli Umno lagi. Lepas itu saya ulas kenyataan Mahathir: TV3 pun siar, saya kata, kalau beginilah sikapnya tidak hormati orang, mungkin kita tak perlu lagi panggil dia Dato' Seri Dr. Mahathir, nak kata Dato' dia bukan Dato' kita. Nak kata Seri dia tidak berseri.."

Dato' Kamarudin sangat kecewa dengan perangai TV3 yang tidak memberi gambaran yang adil terhadap ucapannya.

Menurutnya, walaupun TV3 dalam beritanya melaporkan, ucapan 'direct' yang menyebut bahawa ia adalah berlandaskan kepada komen beliau terhadap tindakan Dr.
Mahathir tetapi, katanya, TV3 sepatutnya saksama dan tidak berat sebelah walaupun dia cuba bermain isu.

Bagaimanapun, kata Dato' Kamarudin, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat perjuangan beliau dalam PAS.

Sementara itu, orang ramai menyifatkan TV3 sebagai keterlaluan dan keluar dari normal-normal kewartawanan dengan merendah-rendah martabat mereka yang tidak sebulu dengan Umno.

Berikut adalah kandungan penuh ucapan Dato' Kamarudin yang diputar belit oleh TV3:

"Apabila dalam sesi penggulung Perhimpunan Agung (Umno) Baru-baru ini, apabila beliau menyebut berkaitan dengan Tok Guru Nik Aziz, beliau tak sebut tok guru, dia kata: 'saya sebut,  tengok ni, tengok ni saya sebut Nik Aziz saja saya tak sebut tok guru'. Inilah sikap seorang Perdana Menteri. Kalau begitulah sikapnya terhadap orang lain, saya rasa bermula daripada malam ini kita tak perlu dah panggil dia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Sebab Dato' dia bukan datuk kita, Seri dia tidak berseri Dr dia sendiri mengaku dia bukan doktor lagi ... jadi kita panggillah Mahathir sahaja."