HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

Kementerian Penerangan patut jadi Kementerian Pemesongan

Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob, kata program penerangan mengenai pelbagai isu semasa oleh Jabatan Penerangan bukan bertujuan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) terutama Umno. Yang sebenarnya dan yang menjadi amalan dan misi tersembunyi tak akan dinyatakan kepada umum kerana wujudnya Kementerian tersebut sememangnya untuk memberi khidmat kepada rakyat tidak kira parti mana pun. Oleh kerana pekong kementerian telah diketahui umum maka perlulah Tok Khalil cakap juga supaya nampak Kementeriannya itu neutral.

Katanya lagi jabatan itu mempunyai garis panduan berhubung program penerangan dengan matlamat utama supaya rakyat memahami pelbagai isu semasa. Isu semasa yang cuba ditangani oleh jabatan tersebut tidak lain hanyalah memerangi kecelekan minda rakyat terhadap gejala salahguna kuasa oleh parti yang memerintah. Tidak dinyatakan betapa para petugas Penerangan beroperasi seolah olah seperti mata dan telinga UMNO dengan pelbagai misi gerak gempurnya di sana sini. Program penerangan sepatutnya menjelaskan kepada rakyat bahawa di saat ini banyak dasar dasar kerajaan pimpinan UMNO dicabar oleh rakyat dan parti parti pembangkang. Mungkin Jabatan Penerangan sudah tidak dapat lagi berfungsi sebagai satu jabatan kerajaan yang benar benar bebas dari pengaruh UMNO dan hanya layak dimansuhkan saja seperti mana tidak relevannya pelbagai akta yang bertentangan dengan hak asasi manusia.

Beliau berkata, tugas jabatan ialah menerangkan dasar serta pelaksanaan dasar kerajaan dan bukan berkempen untuk parti politik. Maka apakah mungkin jabatan tersebut menerangkan kepada rakyat impikasi implikasi negatif dari dasar dasar tersebut atau hanya mengembar gemburkan segi segi positifnya saja?

"Kerajaan mahu rakyat mudah memahami perkembangan sebenar mengenai pelbagai isu semasa dan tidak terkeliru dengan sesetengah pihak yang membuat kenyataan tidak benar," katanya selepas majlis takimat isu semasa peringkat zon selatan anjuran Jabatan Penerangan di Wisma Negeri. Dulu kita boleh percaya kalau Jabatan Penerangan berusaha menangkis dakyah komunis dan anasir anasir subversif. Tetapi kini dengan dilengkapi saluran maklumat "alternatif", rakyat rasanya tidak perlu kepada bentuk atau format penerangan yang di'package'kan seolah olah memperbodohkan mentaliti rakyat. Yang sepatutnya di terangkan dan di asuh ialah orang Penerangan itu sendiri, yang taksub kepada UMNO seolah olah gaji mereka dibayar oleh UMNO.

Khalil berkata, kakitangan jabatan itu juga bertugas membaca suasana politik untuk pengetahuan kementerian. Memang benar, ada Unit yang kerjanya memotong dan menghimpun bahan dari akhbar Harakah. Pihak Kementerian patut ambil tahu dan bertindak bukan untuk menutup segala kebobrokannya demi kepentingan sesuatu parti. Malangnya, tindakan susulan hanyalah berbentuk memerangi proses "pembukaan minda" rakyat.

Beliau berkata, antara isu yang termasuk dalam program penerangan ialah pembangunan Putrajaya seperti matlamat dan falsafahnya supaya rakyat benar-benar memahami penubuhan pusat pentadbiran negara itu. Yang telah benar benar faham ialah rakyat, sebaliknya yang masih tidak faham ialah petugas-petugas Penerangan sendiri yang selama ini disalahgunakan terutama sekali menjelang pilihanraya.

Katanya, semua kakitangan jabatan memahami tugas masing-masing dan dibekalkan maklumat yang sama supaya penerangan mereka tidak bercanggah antara satu sama lain. Ini satu pembohongan kerana sebagai kakitangan kerajaan, petugas penerangan tidak boleh dipolitikkan untuk sesuatu parti. Apa yang Penerangan buat semasa pilihanraya di Sabah baru baru ini dan berapa banyak wang kerajaan dihabiskan untuk memenangkan Barisan?

Sementara itu, beliau berkata, Agensi Berita Nasional (Bernama) sudah diarahkan berhubung dengan agensi berita negara lain di Asia untuk menjadikan usaha 'media Asia untuk orang Asia' sebagai kenyataan. Bermimpi disiang hari menjelang alaf barulah bapak Menteri kita ni. Adakah konsep 'media Asia untuk orang Asia'? Ada kah konsep media Asia untuk orang Asia boleh bertahan dengan wujudnya globalisasi? Media Asia apakah yang di impikan kalau hampir kesemua media milik kerajaan lebih banyak dipengaruhi unsur unsur kapitalis dan yang swastanya seperti Astro yang 'content' nya saja tidak nampak sebarang unsur unsur ke Asiaan? Drama drama Melayu tempatan lebih banyak mempromosikan gaya hidup yang tidak Asia?

Idea 'media Asia untuk orang Asia' itu adalah hasil saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, ketika melawat China baru-baru ini bertujuan memecahkan penguasaan media Barat dalam laporan berita serantau dan dunia. Memang cakap orang tua begini sedap didengar tetapi agak terkeluar dari realiti perkembangan media global dan aliran ekonomi-politik global.

Selain itu, katanya dalam rangka kerjasama negara Selatan-Selatan, Kabinet mengarahkan semua pejabat kedutaan negara memperhebatkan usaha penyebaran maklumat."Ini kerana banyak negara Selatan-Selatan mahu mengetahui formula kejayaan negara dalam pelbagai bidang seperti seperti ekonomi," katanya. Sewajarnyalah beliau menyebut bahawa negara Selatan yang diktatorial saja yang inginkan contoh dri Malaysia untuk membangunkan ekonomi mereka.

Mengulas cadangan Pas Kedah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan secara berasingan di negeri itu, katanya cadangan itu tidak lebih sebagai gimik politik. Apalah salahnya PAS mengadakan acara berasingan jika acara anjuran UMNO/BN lebih banyak diresapi gimik politik kepartian. Masing masing buat acara sendiri barulah adil.

"Mengapa sebelum ini tidak buat begitu, tetapi tahun ini dan menjelang pilihan raya mereka buat macam-macam. Cadangan itu tidak menepati semangat Hari Kebangsaan," katanya. Samalah juga halnya dengan UMNO/BN. Bila menjelang pilihanraya, kesemua dasar menekan rakyat tiba tiba nak diubah menjadi dasar kebajikan rakyat. Maka dipukulcanang segala biasiswa, bantuan itu dan ini, penekanan kepada usahawan kecil, hospital tak jadi swasta dan kesemuanya jadi mesra-rakyat. Begitulah cara UMNO/BN memerintah. Tiba saat rakyat diperlukan, bermacam macam janji. Bila dah menang, rakyat pula yang kena bersyukur dan berterima kasih. Detik kejatuhan semakin hampir. Ayuh rakyat Malaysia yang patriotik, tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia hampir tiba. Cintakan negara, lenyapkan UMNO/BN!

alkatib
--