HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.

PERHIMPUNAN KU LI GAGAL LAGI!

Perhimpunan di Kelantan yang dianjurkan oleh Ku Li pada petang semalam ternyata gagal. Jangkaan awal puluhan malah ratusan ribu rakyat Kelantan yang digembar-gemburkan akan hadir sepertimana yang diwar-warkan oleh Radio Tiga Kelantan ternyata meleset dan gagal menepati sasaran.

Yang benar-benar hadir dijangka sekitar 4-5 ribu orang itu pun termasuk juga dari kalangan mereka yang hadir sebagai pemerhati sahaja.

Ku Li sudah jelas sudah tidak laku lagi di kalangan masyarakat Kelantan. Malah di kalangan rakyat Kelantan Ku Li lebih terkenal sebagai "Kuca" iaitu seorang pengacau. Semalam,  beliau turut bersumpah, itupun dengan cara yang cukup penipu dan berhelah dengan berkata "Saya bersumpah apa yang saya kata adalah benar". Apa yang dia kata kita pun tidak tahu, apa yang benar apa yang tidak benar juga tidak berapa jelas. Beliau sepatutnya jika berani bersumpah "Saya bersumpah bahawa PAS pernah menjanjikan jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada parti Semangat 46 dan jika saya berdusta, biarlah Allah melaknat saya di dunia dan akhirat. Tapi dia tidak berani bersumpah begitu kerana sebenarnya tuduhan beliau adalah  palsu belaka, maka dalam bersumpah pun Ku Li ingin berbohong, kata Ustaz Fadil Noor.

Perhimpunan semalam ternyata gagal dan merupakan satu tamparan hebat kepada Ku Li, dan Ibrahim Ali serta UMNO Kelantan. Apa .tidaknya, pada awalnya dijadualkan Mahathir akan turut serta jika kehadiran melebihi 20,000. Tapi malangnya, bukan sahaja tak sampai, 10,000 pun sukar dicari orang yang sokong UMNO di Kelantan hari ini.

Perhimpunan anjuran PAS dan parti alternatif pula berbeza dan senantiasa melimpah- ruah sehingga di Kelantan ini para  pemimpin PAS terpaksa memikirkan tempat yang lebih sesuai kerana Stadium Sultan Mohamed ke-IV pun sudah tidak mampu lagi  menampung kebanjiran sekalian penyokong parti alternatif. Secara gurauan, ada yang mencadangkan agar diadakan di laut yang luas sahaja untuk sebarang perjumpaan ceramah parti-parti alternatif di Kelantan.

Ianya berbeza dengan ceramah-ceramah UMNO, lebih-lebih lagi di era UMNO di bawah kepimipinan Tengku Razaleigh, seorang manusia yang suatu ketika dahulu telah mendedahkan satu persatu penyelewengan Mahathir, mengutuk Mahathir sehingga ke tahap yang tidak sanggup didengari, tetapi hari ini telah dengan senang hati  menjilat kembali ludahnya.

Ku Li, semenjak menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan telah menyebabkan kedudukannya sendiri semakin tergugat. Kedudukan beliau di parlimen Gua Musang misalnya, semakin terjejas teruk lebih-lebih lagi di kalangan masyarakat orang asli. Mereka sudah sepakat untuk menolak Ku Li. Kata mereka, "anak raja ini pembohong. dulu kata muka ini (Mahathir) penjahat, sekarang suruh kita undi dia pulak". Beliau tak selamat lagi sehingga ada yang mengatakan beliau akan berpindah ke kawasan lain, khususnya Peringat, yang kononnya dikatakan kawasan paling selamat bagi UMNO.

Lebih-lebih lagi dalam parlimen Gua Musang, kawasan Dabong yang sekarang ini di bawah wakil rakyat UMNO (dulu S46), Rozali Isohak, juga semakin tenat dari segi sokongan rakyat setempat. Beliau langsung tidak mempedulikan kebajikan rakyat menjadikan ramai rakyat  beralih sokongan kepada PAS. Malah ketika pilihanraya kecil melawan Hussein Ahmad suatu ketika dulu, orang PAS berhempas pulas bekerja keras memujuk pengundi di kawasan Dabong agar menyokong Ku Li.

Benar seperti yang dikatakan oleh para penganalis politik bahawa Ku Li merupakan suatu bebanan kepada UMNO Kelantan.Seorang yang pernah berpaling tadah dari UMNO dan kembali menjilat ludahnya semula. Seorang yang pernah memegang jawatan Menteri Kanan dalam kerajaan, Menteri Kewangan selama lebih 12 tahun, tetapi tiada apa-apa pembangunan pun yang beliau buat bukan sahaja untuk rakyat Kelantan, memadai jika beliau bangunkan kawasan parlimennya, parlimen Gua Musang. Apakah pembangunan yang telah beliau buat di Gua Musang. Ada lapangan terbang?, ada kompleks membeli belah?. Kenapa beliau tidak jadikan Gua Musang sebagai contoh pembangunan yang beliau inginkan terlebih dahulu, sebelum bercakap untuk menawan Kelantan dan membangunkan Kelantan.

Kesimpulannya, Ku Li, Ibrahim Ali dan UMNO tidak lagi relevan bukan sahaja untuk rakyat Kelantan tetapi juga untuk sekalian rakyat Malaysia ini. Hanya mereka yang masih buta sahaja akan terus selama-lamanya menyokong parti yang berketuakan manusia jijik, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Sewajarnya kenbangkitan rakyat secara total sudah tiba masanya andainya rakyat tidak rela dan tidak mahu diri mereka diperbodohkan dengan pelbagai dakyah, alasan dan dalih yang sepatutnya meloyakan mereka.

AMBO