|
Sasterawan Dharmala NS bertekad untuk menulis seribu pantun untuk Lim Guan Eng sebagai tanda solidariti serta mengudarakan keprihatinannya terhadap krisis sistem keadilan yang berlaku di Malaysia
50 pantun pertama
(1)
Buah pulasan di dalam
raga
Jatuh ditimpa buah nangka
Kalau keadilan mahu dijaga
Bawa Rahim (Tamby Chik)
ke mahkamah terbuka.
(2)
Pekan Jasin di hujung
negeri
Nampak dari tepi landasan
Biar Guan Eng tangan
digari
Suaranya lantang menentang
penindasan.
(3)
Saya tak makan telur
asin
Kalau tak ada ulam kerdas
Saya tak datang ke pekan
Jasin
Kalau biarkan BN jadi
penindas.
(Jamuan makan malam,
di Jasin, Melaka, 25 April 1998)
(4)
Ambil buluh dibuat galah
Kait bidara di hujung
jalan
Dacing BN timbangnya
salah
Pembela dipenjara tiga
puluh enam bulan.
(5)
Rumah batu atap berkeping
Rumah papan di atas rakit
Mari bersatu penduduk
Taiping
Sokong Guan Eng sokong
roket.
(6)
Rasa kelat putik bidara
Tidak sama putik delima
Biar jasad terbelenggu
di penjara
Suara Guan Eng tetap
bergema.
(Jamuan makan malam,
di Taiping, Perak, 1 Mei 1998)
(7)
Bandar Hilir kota lama
Kampung Portugis rumah
bendahara
Pahit getir kita bersama
Semangat gigih tetap
membara
(8)
Bawa dulang pintu terbuka
Dalam piring pucuk meranti
Saya datang ke Kota Melaka
Sokong Guan Eng pembela
sejati.
(Jamuan makan malam,
Bandari Hilir, Melaka, 8 Mei 1998)
(9)
Menteri Besar Abu Hassan
Omar
Duduk hotel seratus dua
puluh lima hari
Keadilan di Malaysia
kenapa dicemar
Guan Eng kenapa tangan
digari?
(10)
Cahaya berseri nampak
sinar
Letak papan di atas meja
Hati berani kerana benar
Rela berkorban apa sahaja.
(11)
Masak sayur buah keranji
Nasi goreng campur kailan
Rakyat Selangor berikrar
janji
Bersama Guan Eng bawa
keadilan.
(Forum di dewan bangunan
TWU,Petaling Jaya, Selangor, 15 Mei 1998)
(12)
Dari Bidor hendak ke
Tapah
Singgah membeli buah
delima
Kita akur memegang sumpah
Keadilan sejati tuntut
bersama.
(13)
Guan Eng datang ke ibu
negara
Bawa seberkas bunga kekwa
Nasib pembela kena penjara
Penjenayah bebas tidak
didakwa.
(14)
Orang hulu menyapu sampah
Daun kering bawah jambatan
Kita bersatu penduduk
Tapah
Bersama Guan Eng hancurkan
kejahatan.
(Ceramah di Tapah, Perak,
16 Mei 1998)
(15)
M Kula menang di Teluk
Intan
Dacing BN patah galah
Kita semua menentang
kejahatan
Sebab Guan Eng tidak
bersalah.
(16)
Di lebuh raya banyak
lori
Banyak lagi plaza tol
Kenapa Guan Eng tangan
digari?
Tanda BN dacing tak betul.
(17)
Rumah batu tepi jembatan
Bawa berdayung di atas
rakit
Mari bersatu penduduk
Teluk Intan
Sokong Guan Eng sokong
roket.
(Jamuan makan malam di
Teluk Intan,Perak, 17 Mei 1998)
(18)
Dari Petaling ke pekan
Titi
Ikut jalan jangan terkandas
Sokong Guan Eng bersatu
hati
Tuntut keadilan rakyat
tertindas
(19)
Buah delima di atas peti
Bawa dulang berisi rambutan
Mari bersama penduduk
Titi
Bangun menentang segala
kejahatan.
(Jamuan makan malam di
Titi, Jelebu, Negeri Sembilan, 22 Mei 1998)
(20)
Kuala Sepetang hujan
gerimis
Tanjung Malim jauh ketinggalan
Saya datang ke Pantai
Remis
Sokong Guan Eng tuntut
keadilan.
(21)
Ngeh Koh Ham pengerusi
negeri
M Kula setiausaha berwibawa
Kenapa Guan Eng tangan
digari
Kenapa Rahim Tamby Chik
tidak didakwa?
(22)
Dr Mahathir Perdana Menteri
keempat
Peguam Negara Mohtar
Abdullah
Berilah keadilan paling
tepat
Lim Guan Eng tidak bersalah!
(Ceramah di Pantai Remis,
Perak, 23 Mei 1998)
(23)
Daun layu di tengah gurun
Nampak jalur pokok cemara
Tradisi Melayu turun
temurun
Pantun ditutur pembuka
bicara
(24)
Buah berangan buah bacang
Ambil satu bubuh di bakul
Kalau tangan berani mencincang
Memang bahu sanggup memikul.
(25)
Buah melaka hidang berjamu
Letak piring sayur kailan
Di City Villa kita bertemu
Sokong Guan Eng tegakkan
keadilan.
(Persidangan Meja Bulat,
di Hotel City Villa,Kuala Lumpur, 28 Mei 1998)
(26)
Dari Macap ke Air Keruh,
Pantai Kundur, Tanah
Merah;
Patah sayap bertongkat
paruh,
Pantang undur kalah menyerah.
(27)
Tari inang berjoget lambak,
Jangan patah gelegar
pantai;
Kalau takut bermain ombak,
Tidak berumah di tepi
pantai.
(28)
Buah langsat buah bidara,
Lagi kuning si buah pinang;
Biar jasad 1000 tahun
di penjara,
Jasa Guan Eng tetap dikenang.
(29)
Hiris jambu dibubuh cuka,
Jangan tangan luka tersayat;
Mari bersatu penduduk
Melaka,
Hapuskan kezaliman penindas
rakyat.
(30)
Kalau mengerat daun pandan,
Jangan goreng sayur kangkung;
Selagi hayat dikandung
badan,
Perjuangan Guan Eng masti
disokong.
(Forum di Pantai Kundur,
Melaka 2.6.98)
(31)
Ho Chan Yu wakil Sitiawan
Dalam Dewan Negeri satu
kerusi
Kalau mahu cari kawan
Pilih DAP tegakkan demokrasi
(32)
Basuh kuali tangan basah
Masak minyak sayur kubis
Jatuh ekonomi rakyat
susah
Rasuah banyak tak habis-habis
(33)
Meluncur busar anak panah
Kena terbaring harimau
belang
Hancur badan dikandung
tanah
Jasa Guan Eng tetap cemerlang
(34)
Daun terap tumbuh jarang
Jatuh melayang di pohon
duri
Hilang gelap timbul terang
Di mana bayang Rahim
(Tamby Chik) tegak berdiri?
(35)
Buah mangga di dalam
karung
Masak sepiring dibelah
lima
Biar dipenjara badan
terkurung
Suara Guan Eng terus
bergema.
(Jamuan makan malam,
di Kampung Koh, Sitiawan, Perak 6 Jun 1998)
(36)
Kampung Cempaka di pinggir
kota
Penduduknya berani bersuara
lantang
Kalau setia sudah sekata
Bersatu hati kezaliman
ditentang
(37)
Bubuh gula di dalam cawan
Buang semut di tepi karung
Apakah gila bagi mu tuan
Musang dipelihara ayam
dikurung?
(38)
Potong buluh dibuat titi
Rama-rama masuk ke sarang
Patah tumbuh hilang berganti
Mana sama Guan Eng seorang?
(39)
Bunga sejambak di dalam
bakul
Bunga dedap jatuh ke
lantai
Biar ombak kuat memukul
Rumah didirikan tetap
di pantai
(40)
Ayam biring kuat bertaji
Bersabung mari langkahnya
jarang
Bersama Guan Eng kita
berjanji
Genggam bara api biar
sampai jadi arang!
(Jamuan malam di Petaling
Jaya, Selangor 10 Jun 1998)
(41)
Matahari pagi nampak
bersinar
Cahaya menembusi setiap
ruang
Hati berani kerana benar
Sampai mati tetap berjuang.
(42)
Makan sirih berpinang
tidak
Pinang tumbuh di tepi
paya
Kalau kita mahu brtindak
Jangan pilih BN dalam
pilihanraya.
(43)
Jangan dibakar kayu jati
Luruh daunnya berpusing-pusing
Mari berikrar bersatu
hati
Jatuh bangun bersama
Guan Eng
(44)
Dari Kelang ke pekan
Jugra
Beli langsat di Tanjung
Karang
Apa malang dalam negara
Perhimpunan rakyat sudah
dilarang?
(45)
Bunga kemuning di dalam
dulang
Bunga melati kembang
di hujung
Jasa Guan Eng bukan kepalang
Pembela sejati mesti
disanjung!
(Mesyuarat pemimpin Pusat dan pemimpin
negeri serta pemimpin cawangan-cawangan Selangor di
Kelang pada 11 Jun 1998)
(46)
Patah galah ikat bersilang
Putus benang buang merata
Biar kalah berputih tulang
Daripada menang berputih
mata.
(47)
Dahan jati dibuat panah
Patah ranting ikat berbingkai
Biar mati berkalang tanah
Daripada hidup bercermin
bangkai.
(48)
Pekan Lukut orang berniaga
Lampu dipasang cahaya
bersinaran
Kenapa takut bersatu
tenaga
Sokong Guan Eng tegakkan
kebenarang!
(49)
Kerat berlandas di atas
papan
Letak gasing di atas
para
Rakyat tertindas menaruh
harapan
Selagi Guan Eng bebas
bersuara.
(50)
Sirih serumpun di tepi
jalan
Pinang kering jangan
disayat
Seribu pantun menuntut
keadilan
Bebaskan Guan Eng pembela
rakyat.
(Jamuan makan malam di
Lukut, Negeri Sembilan pada 13 Jun 1998)
(51)
Emas setahil tidak berbungkal
Jangan diletak di dalam
talam
Kalau kail panjang sejengkal
Kita tak cabar lautan
dalam
(52)
Tan Kok Wai wakil Cheras
Low Choo sudah lama jadi
pengerusi
Dunia kini mengutuk keras
Di Malaysia masih adakah
demokrasi?
(53)
Kotak kecil dibuat puan
Jangan digalas daun jelatang
Empat wakil DAP di Wilayah
Persekutuan
Satu dirampas di Bukit
Bintang.
(54)
Pakai baju biar serasi
Jahit kancing bersama
butang
Kalau mahu pertahankan
demokrasi
Bebaskan Guan Eng bersuara
lantang.
(55)
Tegak rumah bersama tiang
Langsir ditutup kainnya
kasa
Berdiri kita bersama
Lim Kit Siang
DAP hidup sepanjang masa!
(56)
Terbang tinggi si rama-rama
Hinggap di ranting si
kumbang jati
Dr Chen Man Hin pengerusi
utama
Lambang perpaduan di
dalam parti.
(57)
Tanam pisang di kebun
jagung
Nyalakan api di tepi
muara
Selagi Lim Kit Siang
Setiausaha Agung
Semangat DAP tetap membara.
(58)
Mari dibawa si daun pandan
Ubi sengkuang si buah
kundur
Biar nyawa bercerai badan
Sekali berjuang tidakkan
undur!
(59)
Dari Cheras ke Hulu Langat
Bawa lempeng buat bekalan
Kita tegas menggenggam
semangat
Sokong Guan Eng tegakkan
keadilan.
(60)
Sayur kangkung buah keranji
Masak bubur jadi buangan
Semua penyokong parti
mari berjanji
Walaupun gugur teruskan
perjuangan!
(Mesyuarat Agung Tahunan
DAP Cawangan Cheras Baru, Wilayah Persekutuan
pada 18 Jun 1998)
(61)
Burung tempua terbang
berligar
Hinggap bergegar di batang
keladi
Jangan kita harapkan
pagar
Kalau pagar yang makan
padi.
(62)
Kenapa disisir rambut
jarang
Kalau jerami tidak di
kepala
Minta Dr Mahathir berterus
terang
Bila ekonomi pulih semula?
(63)
Jangan ditutup kunci
di pintu
Ambil loceng letak di
kerusi
Penduduk Raub mari bersatu
Bersama Guan Eng hidupkan
demokrasi!
(64)
Puteri ayu memberi kurnia
Di jari manis cincin
suasa
Kalau Melayu tak hilang
di dunia
Kenapa gadis bawah umur
jadi mangsa?
(65)
Main piano merdu berbunyi
Jangan memetik jari tangan
Di mana ahli-ahli Umno
bersembunyi
Apabila nenek (di Melaka)
minta pertolongan?
(66)
Lip Tuck Chee pengerusi
negeri
Leong Ngah Ngah wakil
Teriang
Memang BN berasa iri
Ketua Pembangkang Lim
Kit Siang.
(67)
Lagu disusun dengan irama
Rentak ronggeng untuk
si dara
Seribu pantun terus bergema
Menuntut Guan Eng dibebaskan
segera!
(68)
Negeri Pahang bandarnya
lama
Orang dusun menangkap
seluang
DAP parti pembangkang
utama
Seribu tahun terus berjuang.
(69)
Potong ikan biar berlandas
Jangan terkena daun cemara
Demi pertahankan rakyat
tertindas
Guan Eng rela masuk penjara.
(70)
Terang bulan panas berbahang
Mandi malam di tengah
huma
Tegakkan keadilan rakyat
Pahang
Di sisi Guan Eng mara
bersama!
(Majlis jamuan makan
malam anjuran DAP Cawangan Raub, Pahang pada 19
Jun 1998)
(71)
Paya Mengkuang Tanjung
Bidara
Pantai Kundur diliputi
awan
DAP berjuang semangat
membara
Tidakkan undur diugut
lawan!
(72)
Malam ini merendang jagung
Malam besok merendang
serai
Selagi Lim Kit Siang
Setiausaha Agung
DAP tidakkan bercerai
berai.
(73)
Perahu dibawa masuk ke
muara
Mari memancing di hujung
titi
Beritahu dunia wahai
`penjara’
Bebaskan Lim Guan Eng
pejuang sejati.
(74)
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Rahim Tamby Chik patut
diadili?
(75)
Sirih kecut di dalam
puan
Ambil sekuntum si bunga
betik
Adakah patut bagimu tuan
Lim Guan Eng dihukum
bermotif politik?
(76)
Berseri indah cahaya
bersinar
Bunga tanjung bunga melati
Berani Guan Eng kerana
benar
Rakyat menyokong bersatu
hati!
(77)
Tudung saji di atas kerusi
Buat tutupan sayur kailan
Hidup DAP bersama demokrasi
Hidup Guan Eng bersama
keadilan!
(Majlis jamuan makan
malam di Paya Mengkuang, Melaka pada 20 Jun 1998)