HINDARKAN DIRI DARIPADA TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS TIMES,
HINDARKAN DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.
 
 

PROGRAM ZIARAH MAHABBAH PAS KUBANG PASU
 

Pada hari jumaat 27 hb.Ogos 1999 yang baru lalu PAS Kubang Pasu telah mengadakan program gempur menawan Kubang Pasu .Ramai sekali sukarelawan dari PAS NGO saperti ABIM dan JIM orang orang perseorangan para profesional dan ahli ahli akademik turut serta menabur bakti demi meneruskan perjuangan yang suci. Setiap kumpulan seramai 3 orang atau lebih bergerak dari rumah ke rumah bertemu rakyat yang memuja PM satu ketika dahulu. Kami mendapat sambutan yang baik dari sebahagian besar orang orang UMNO yang sudah berpaling tadah menyokong PAS sejak peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim.

Tak kurang juga sebahagian mereka yang mencemuh kami saperti anjing. Ada seorang hamba Allah yang sanggup mengatakan dia lebih takut kepada PM dari Allah bila cuba dihampiri untuk menjelaskan program PAS tersebut. Dan satu cerita lagi seorang penyokong UMNO terus mengoyak risalah yang dihulurkan kepadanya. Tapi ini semua ujian yang mesti ditempuh oleh seorang pejuang. Biasakan. Cabaran sudah menjadi enak buat kami. Sudah lazat. Yang penting seruan mesti diteruskan.

Apa yang hendak saya ceritakan ini adalah satu peristiwa 3 orang rakan saya yang diarahkan memasuki Kampong Guar Napai bagi menjelaskan perjuangan PAS dan kenapa kita perlu tolak UMNO. Maka sampailah mereka ke rumah seorang AJK UMNO bahagian Kubang Pasu. Beliau pernah bertanding menentang Ketua Pemuda Kubang Pasu En Johari Baharom tetapi tewas. Beliau adalah saudara Samsuddin Ahmad. Ketika rakan saya cuba menyampaikan mesej PAS dia terus menyergah dengan kasar sekali. Rakan saya dituduh membawa ajaran sesat yang boleh memecahkan orang melayu dan berbagai kata nista. Kemudian si Samsuddin pun minta I.C budak budak ni. Inilah yang lucu dia bukan anggota Polis yang berkuasa untuk meminta I.C orang awam. Mungkin dia teringin nak jadi Polis. Seronok nak tangkap orang dan gari.

Maka rakan saya pun tak puas hati lalu dia bergegas ke balai Polis Changloon membuat laporan polis. Satu jam kemudian anggota Polis Changloon pun datang mengambil En Samsuddin dan dihantar Kebalai Polis Jitra. Ketika beliau diseret naik ke dalam Trak Polis, bapa si Samsuddin pun jatuh pengsan (mengidap penyakit tiga serangkai) kerana terlalu terkejut sebab orang kuat UMNO pun kena tahan. Ingatkan kebal-lah orang Kubang Pasu Kubang Mahathiir. Ketika dibalai polis, maka datanglah seorang rakan si Samsuddin yang dulu sama sama berjuang dalam UMNO kini menyertai keADILan. Maka bersyarahlah si kawannya kapada Si Samsuddin. Mengapa masih diperalatkan oleh UMNO. Dulu kerja hang lah provok sana provok sini untuk menghentam PAS. Saya pun tahu siapa Samsuddin kenal sangat, tapi buat apa cerita buruk kawan.Tidak diketahui apa motifnya beliau di tahan oleh pihak polis, mungkin hanya lakonan atau sebagai hendak menyedapkan hati orang PAS. Beberapa jam kemudian datanglah isteri beliau untuk meminta pihak polis melepaskannya.

Begitulah sikap pemimpin pemimpin UMNO Kubang Pasu sekarang dah tak ada modal. Mereka sangat tertekan dengan isu Anwar dan tak mampu turun ke padang untuk mempertahankan UMNO. Semua nya gara gara Mahathir yang kuat berbohong. Percayakah anda moral pemimpin pemimpin UMNO Kubang Pasu sangat rendah sekarang. Ada yang saya temui mengeluh kesal ditipu oleh Mahathir. Mereka juga simpati dengan nasib Anwar. Tapi apa boleh buat kaya mereka senang mereka kerana UMNO. Terpaksalah menegak benang basah. Setiakawan. Kalau tidak projek tak dapat.Waampu sana waampu sinilah untuk hidup. Sumber yang saya dapati dan boleh dipercayai, kebanyakkan mesyuarat agong cawangan 1999 tidak cukup korum. Cawangan di kampong saya sendiri yang keahliannya 100 orang lebih hanya dihadiri oleh 27 orang. Cuma tidak ada lagi orang orang macam Ku Li dalam UMNO terselamatlah UMNO dari diharamkan sekali lagi.

Beberapa program penerangan yang UMNO anjurkan bersama Al Kataki dan Al Anwar Musa dibeberapa kampong sempat saya hadiri hanya sekadar memenuhi ruang Madrasah atau bahagian bawah surau. Yang datang kebanyakkan AJK cawangan yang maseh pekat UMNO. Saya kenal mereka kerana sama sama berjuang menubuh UMNO Baru beberapa tahun yang lalu dan masing masing dah dapat PJK. Memang seronoklah orang kampong dapat PJK kira dah hebatlah.

Saya juga diberitahu mesyuarat mesyuarat AJK UMNO Kubang Pasu sentiasa tidak cukup korum kerana masing masing ada yang berbuku sesama sendiri. Kehadiran Tan Sri Osman Aroff mengganti En Saad Hasyim sebagai setiausaha peribadi PM tak dapat mengubah senario Kubang Pasu yang semakin lemah. Mahathir yang sesekali pulang menjenguk Kubang Pasu tidak lagi merasa bangga dan dihargai. Mengapa perlu saya berbohong kerana saya anak kelahiran Jitra yang sangat faham perangai orang Kubang Pasu. Memang masih ada penyokong beliau disini tetapi anda akan lihat kejutan berlaku dalam pilahanraya nanti. Mereka sangat takut dengan "silent majority" yang tidak tahu arah mereka sebenar didepan pemimpin UMNO mengaku sokong dibelakang meluat yang amat sangat.

Wajah PM sangat keruh sehari dua ini, apa tidaknya pasaran saham kembali menjunam sempena cukup edah satu september. Dia mungkin sedang menyesali perbuatannya memfitnah Anwar berbohong menghina nabi dan ulamak. Mahazir merancang Allah jua merancang. Sudah pastilah perancangan Allah jua yang hebat dan tepat. Tinggal di mahligai air mata pun tak tenteram diganggu makhluk halus. Itulah akibat mencuri wang rakyat untuk buat mahligai sendiri nak duduk bersenang senang atas keringat wang rakyat.

Saya teringat cerita dari sebuah kitab seorang yang alim lagi kuat ibadat yang terlupa memulangkan wang baitulmal satu dirham tanpa niat mengambilnya lalu dia mati. Malaikat letakkan juga secebis bara api dari neraka ketapak kakinya hingga mendidih otaknya. Bayangkan RM200juta tentulah cair seluruh tubuh tu kalau tak dipulangkan balik duit tu dan bertaubat nasuha. MasyaAllah….. Apakah tak pernah fikir semua ni. Sebab makin tinggi pagar rumah kita makin jauh lah kita dari masjid.

Mudah mudahan dia segera bertaubat. Saya akan bawakan lagi kisah kisah sensasi dari Kubang Pasu untuk santapan anda.

Salam perjuangan dari
Doimoi Jitra