MUFTI SHUIB SURUH MINTA DUIT DENGAN TUHAN

Saya ingin berkongsi cerita dengan para pengunjung sekalian berhubung dengan ceramah Mufti Shuib di Cheras beberapa hari yang lalu. Seperti biasalah, ceramah UMNO mana nak ada sambutan kerana ceramah tak ada point langsung, siapa nak dengar. Kalau ceramah asyik kutuk PAS dan parti Barisan Alternatif yang lain.

Nama ceramahnya bukan main "Ceramah Menjawab Fitnah.." begitulah kiranya. Tapi  tka sedar diri UMNO dan Mahathirlah sebenarnya yang duduk sebar fitnah. Dia kata orang sedangkan dia yang lebih. Kalau orang lain semua fitnah, tapi kalau dia tak fitnah. Karut.

Mufti Shuib kata lebih kurang beginilah bunyinya, kalau Nik Aziz itu ulama yang hampir dengan Tuhan, mengapa masih minta bantuan kerajaan Pusat. Minta sahajalah duit denga ALlah, dan tak payah minta dengan Kerajaan Pusat. Inilah bangang punya wakil rakyat UMNO cakap serupa orang baru masuk Islam, sia-sia sahaja bapa dia bagi nama Mufti, ingatkan nak suruh anak jadi tok mufti, tapi anak tak sedar diri jadi musuh kepada mufti walaupun nama saja mufti. Kata-kata macam ni tak perlulah saya jawab kerana terlalu bodoh untuk dijawab bagi orang berakal. Semua orang tahu jawapannya.

Manakala si Berahim Ali al-Kataki pula berkata, antara lain, orang kata Nik Aziz tu ulama dan berkat orangnya. Saya dah kata macam-macam kat Nik Aziz, tapi mulut saya sampai sekarang pun tak herot-herot. Saya rasa ini bukan kali pertama saya dengar Berahim Ali kata macam ini, sudah beberapa kali. Mungkin ini doa si Berahim ni sebab berulang-ulang kali dia tuturkan. Marilah kita sama berdoa moga-moga Allah memakbulkan  doa si Berahim agar mulutnya herot.

AWANG CYBER