PAS/DPP/02/1.10 (03)

18 Jun 1999

Kepada

Seluruh

Ketua Pemberita Negeri Kedah
 
 

Tuan,

SIDANG AKHBAR LAPORAN POLIS DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

TERHADAP FITNAH OLEH SENATOR DATUK PADUKA IBRAHIM ALI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan mengadakan sidang akhbar oleh Ketuanya, Sdr. Aris bin Awang mengenai kes FITNAH DATUK PADUKA IBRAHIM ALI TERHADAP PRESIDEN PAS DATO’ HAJI FADZIL BIN MOHD. NOOR. Sidang akhbar akan diadakan selepas DPPNK membuat laporan polis pada:

SABTU

19 JUN 1999

10.00 PAGI

IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUBANG PASU

JITRA, KEDAH

3. Oleh kerana ianya melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Untuk menangani Fitnah UMNO maka kami sangat-sangat berhadap semua pemberita media elektronik dan cetak dapat hadir bagi mendapat gambaran sebenar kes ini di samping kesediaan Pemuda PAS menyahut cabaran Datuk Paduka Ibrahim Ali terhadap kami seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan pada 13 Jun yang lalu.

Sekian, terima kasih.

‘BERSAMA MENEGAKKAN KEADILAN"

Yang benar
 
 

SUKARNO BIN ABD. HAMID

Setiausaha

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

s.k Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.