PM Hampakan Perwakilan dan Rakyat terutama Ku Li dan Pak Lah

From: Adam - <shaahj@usa.net>

((Today 18 June, 1999 the PM dissapoints all maybe especially the two that hope to succeed him. No suprise announcement, no risignation. Same old stale stories, defending himself and his action, crowing his achievment, and condemning DSAI, opposition parties and  foreigners))
 

Para perwakilan dan rakyat yang mengikuti ucapan PM sama ada di lokasi atau dari kaca TV dan corong radio hari ini hampa sahaja.  Ini kerana gembar gembur yang Mahathir akan membuat suatu pengumuman penting hari ini nyata TIDAK ADA. 
 

PM terus dengan cerita dan kisah lamanya mengata, mencerca DSAI, Parti-Parti Lawan, "anasir dan penyangak" luar, mempertahankan tindak tanduknya, mendabik dada dan memuji diri kumpulan nya sahaja yang dapat membawa kemajuan ….. blah … blah …. . blah .

Harapan perwakilan dan rakyat dari gembar gembur yang mengatakan PM mungkin membuat kejutan dengan meletak jawatan … hampa … agaknya yang paling menghampakan ialah Pak Lah dan Ku Li.  

Kemungkinan PM mengumumkan  tarikh pilihanraya hari ini pun TIADA juga. Rakyat yang dah tak sabar sabar untuk memangkah parti-parti alternatif mengantikan BN, terus hampa.

Namun kita kira bagi parti-parti alternatif, dengan tidak meletak jawatannya PM ini, maka peluang alternatif tentunya tetap utuh.  Kerana terdengar kekuatiran, sekiranya PM meletak jawatan, rakyat yang hanya tidak mahukan PM
akan menerima BN kembali.  
 

Syukur Alhamdulillah tidak digerakkan hati PM ini untuk meletak jawatan.  Maka UMNO dan BN masih tetap akan ditolak oleh rakyat apatah lagi rakyat yang nyata telah bosan dengan diktator PM.   Hari ini jelas UMNO kini adalah parti demi kepentingan PM sahaja.  
 

Dari: Rakyat Yang Dah Sabar Mahukan Perubahan