Senator Hamzah Mat Zain Isytihar Keluar UMNO

Pelancaran KeADILan Bahagian Cenderoh,  Perak (Kawasan Nazri Tan Sri Aziz), membawa banyak sejarah bagi Parti KeADILan. Timbalan Ketua Bahagian UMNO Cenderoh yang juga bekas ahli parlimen, adun dan sekarang ini seorang Senator mengisytiharkan keluar dari UMNO dan menyertai KeADILan telah menyemarakkan lagi suasana pelancaran. Dalam ucapannya,  beliau memberitahu para hadirin mengapa beliau keluar dari UMNO. Semasa memecat Sdr. Anwar Ibrahim, Mahathir menjanjikan kepada ahli UMNO dan rakyat  bahawa Sdr. Anwar Ibrahim akan diberi keadilan dan kesaksamaan untuk mempertahankan dirinya di mahkamah. Tetapi apa yang berlaku sekarang jauh menyimpang dari yang dijanjikan. Janji Mahathir hanya untuk kepentingan dirinya sahaja dan bukan untuk kepentingan ahli UMNO dan rakyat!!! Beliau tidak sanggup lagi berbohong kepada rakyat untuk mempertahankan tindakan yang diambil oleh Mahathir terhadap Sdr. Anwar Ibrahim.
Selama 30 tahun berkecimpong dalam UMNO beliau tidak mempunyai pilihan melainkan meninggalkan  UMNO demi untuk kepentingan perjuangan politik tanahair. Beliau kemudiannya mengisytiharkan untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Parti KeADILan kerana yakin perjuangan yang didokongi oleh Sdr. Anwar Ibrahim.

Didalam ucapannya juga, beliau mendedahkan penipuan yang dibuat oleh TV 3 bahawa rakyat Kelantan kesal dengan keadaan susah yang melanda negeri Kelantan dibawah pemerintahan PAS. Apa yang sebenarnya berlaku ialah orang yang ditemuramah oleh TV 3 itu ialah penduduk Cenderuh bernama En. Zahari  Zainal. Beliau ialah seorang polis berpangkat kopral, berkahwin dua dan juga berniaga semasa dalam jawatan!!!.Macamana beliau susah dibawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan sedangkan beliau tinggal di Cenderuh, Perak!!!! Beginilah penipuan yang dilakukan oleh media kepada rakyat!!! Sebenarnya orang Kelantan tidak complain pun keadaan pemerintahan kerajaan PAS. Malah mereka berbangga pula dan mengajak penduduk dinegeri-negeri lain bersama-sama berada dibawah pemerintahan kerajaan PAS!!! Pelbagai penipuan lagi yang dilakukan oleh UMNO terhadap rakyat yang akan didedahkan dari masa ke semasa selepas ini. InsyaAllah.

Selain dari Senator Hamzah Mohd Zain, Tok Penghulu Kampong Kuak yang juga pengerusi tetap UMNO cawangan Kuak mengisytihar keluar dari UMNO juga. Dalam ucapan ringkasnya beliau berkata bahawa beliau bersedia menghadapi risiko demi kebenaran dan keadilan kerana Allah SWT.

Kehadiran diluar jangkaan dan ucapan-ucapan dari Sdr. Roslan Kassim dan Datin Seri Wan Azizah memberi keyakinan kepada hadirin sekalian untuk memberi sokongan padu kepada Parti KeADILan , PAS, DAP dan PRM dalam pilihanraya akan datang ini. InsyaAllah.

Oleh: Spy Nazri