PERINGATAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA

PENGALAMAN INDONESIA UNTUK DIMANFAATKAN
 

Dakwaan kerajaan BN kononnya negara ini akan menjadi huru hara sekiranya Barisan Alternatif memegang tampok pemerintahan ternyata satu helah politik yang kotor. Mereka menakut-nakutkan orang bukan Islam kononnya sekiranya PAS memerintah maka orang bukan Islam akan hidup sengsara. Bukti di Kelantan cukup jelas dimana kerajaan PAS amat perihatin dengan kebajikan orang bukan Islam. Baru-baru ramai orang-orang Cina yang lama menetap di Kelantan di berikan geran tanah kepada mereka. Orang Cina dan orang bukan Islam yang lain tidak harus percaya dengan tektik kotor BN bertujuan  untuk memecah belahkan rakyat Malaysia diantara orang bukan Islam dan orang Islam. Semua rakyat samada orang Islam dan bukan Islam mahukan keadilan dan tanpa keadilan tiada siapa yang akan merasa tenteram dan aman. Tiada siapa yang mahukan kekacauan kecuali mereka yang mempunyai niat jahat untuk mempertahankan kuasa walau dengan apa cara sekali pun sebagaimana yang dilakukan oleh Mahathir hari ini sehingga sanggup berbohong dan menfitnah serta memecahbelahkan rakyat dinegara ini.

Percayalah orang Cina dan India akan dapat hidup lebih aman dan tenteram sekiranya keadilan yang sebenarnya di tegakkan sebagaimana yang menjadi matlamat Barisan Alternatif dan merupakan aspirasi majoriti rakyat dinegara ini. Kita dapati hari ini orang Cina dan India dapat hidup semasa orang Islam dengan baik tanpa  diugut atau di paksa menganut agama Islam. Yang menjadi punca kepada perasaan syak wasangsa dan ketidakpercayaan inii ialah apabila pemimpin-pemimpin UMNO termasuk MMahathir mengeluarkan kenyataan palsu dan menakut-nakutkan orang bukan Islam dengan tujuan untuk mendapat simpati dan sokongan rakyat bukan Islam setelah gagal mendapat sokongan orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia.

Pemimpin-pemimpin kerajaan BN bersedia untuk mengatakan dan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kedudukan politik mereka yang kini tergugat kesan daripada kebangkitan rakyat. Sebelum ini kerajaan BN dengan bantuan media tempatan telah cuba meracuni pemikiran rakyat Malaysia bahawa gerakan reformasi di Malaysia akan menjurus kepada suasana perpecahan dan huru hara seperti di Indonesia dengan tujuan agar rakyat menolak gerakan reformasi di negara ini dan menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Pengalaman di Indonesia jelas menunjukkan sekiranya kerajaan melakukan perubahan dalam pentadbiran negara, menghapuskan nepotisme, korupsi, kronisme dan menegakkan keadilan dan kebebasan, rakyat bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk mewujudkan suasana aman dan damai. Apa yang berlaku sebelum ini di Indonesia ialah rakyat terpaksa bangkit untuk menentang Suharto yang mengamalkan korupsi, nepotisme dan kronisme dalam pentadbiran negaranya. Setelah Suharto meletak jawatan kerana tekanan rakyat yang mahukan perubahan dan di gantikkan dengan Habibie, usaha untuk mewujudkan kerajaan yang demokratik dan adil mendapat restu rakyat di negara itu sehingga pemerhati antarabangsa dan pemimpin-pemimpin parti pembangkang terkejut dengan suasana aman ketika pembuangan undi dilakukan. Pengalaman Indonesia jelas menunjukkan bahawa gerakan reformasi rakyat mampu mendisiplinkan kerajaan agar bertindak mengikut perlembagaan.

Pilihanraya yang di adakan secara adil dan bebas sehingga bekas Presiden Indonesia, Suharto terpaksa beratur untuk menunggu giliran mengundi, selain daripada itu komitmen kerajaan untuk memastikan tiada campur tangan kerajaan untuk menentukan jumlah undi dan tidak bertindak zalim atau ganas terhadap pembangkang, memastikan suasana keadilan dan kebebasan  menunjukkan kejayaan kerajaan Habibie menegakkan kerajaan demokrasi. Hasilnya cukup jelas apabila rakyat berganding bahu untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan aman dan negara. Negara yang dahulunya di selubungi dengan kesedihan, kekacauan dan penderitaan kembali tenang dan aman. `Rakyat Indonesia hari ini mengundi dalam pilihanraya yang disifatkan paling bebas dalam tempoh 44 tahun dan dijangka menghapuskan pemerintahan autokratik sejak beberapa dekad lalu’(Berita Harian, Selasa, 8 Jun 1999). Pemerintahan autokrotik ini adalah ketika pemerintahan Suharto selama 32 tahun.

Saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sekiranya kerajaan BN benar-benar bersih dan mahukan suasana aman maka ianya boleh dilakukan seperti perpatah Melayu `Ada kemahuan ada jalan’. Kerajaan harus menyakinkan rakyat bahawa ia mahukan keadilan dan demokrasi dan berusaha untuk menghapuskan nepotisme, korupsi dan kronisme. Ketika ini rakyat Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional masih berada dalam pemerintahan autokratik seperti dalam pemerintah Suharto di Indonesia kerana rasuah, korupsi, nepotisem,kronisme, kezaliman dan ketidakadilan berlaku dalam kerajaan BN secara berleluasa. Tuduhan dan hukuman terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dibuat secara tidak adil dan tidak bebas oleh Hakim Augustine Paul yang telah membayangkan keputusannya terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu ipermulaan perbicaraan, memaksa Dr. Munawar, Sukma dan Mior supaya mengaku diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, memecat Bekas Hakim Besar Tun Salleh Abas, memenjarakan Lim Guan Eng kerana membela seorang gadis Melayu yang telah dikatakan diperkosa oleh seorang bekas ketua menteri, menggugurkan dakwaan terhadap Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor, memecat Dato’ Ishak Baharum kerana mengharamkan penyertaan gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik, tidak mengambil tindakan terhadap Eric Chia yang menyebabkan syarikat Perwaja kerugian RM2 billion ringgit, membelanjakan duit rakyat sebanyak RM 200 juta untuk membina mahligai Perdana Menteri di Putrajaya, tidak membenarkan siasatan BPR terhadap pemilikan 200 syarikat anak-anak Mahathir dan pemberian krontrak bernilai beratus juta ringgit kepada mereka, penggunaan wang KWSP dan Tabung Haji untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan Mahathir dan Daim seperti Tongkah Holdings kepunyaan Mokhzani Mahathir dan Renong milik Tan Sri Halim Saad, seorang daripada rakan dan kroni Daim, menggugurkan dakwaan terhadap Rafidah Aziz dalam penyalahgunaan kuasa untuk memberi saham kepada kaum kerabatnya, pendaftaran pengundi hantu yang berjumlah puluhan dan mungkin mencapai ratusan ribu, memenangi piliharaya di Sabah menggunakan pengundi hantu dan  sebagainya jelas menunjukkan korupsi, ketidakadilan, nepotisme, kronisme dan kezaliman yang masih berterusan dalam kerajaan BN.

Oleh itu rakyat harus pelajari pengalaman di Indonesia bahawa rakyat mampu membuat reformasi dan perubahan untuk membina sebuah kerajaan yang adil dan demokratik dengan  mendisiplinkan kerajaan BN melalui pilihanraya umum akan datang.  Ketika ini kerajaan BN dibawah Dr. Mahathir merasakan segala kuasa di tangannya dan dia mampu untuk melakukan apa sahaja demi kepentingan politik dan ekonominya. Oleh kerana itu korupsi,, nepotisme, kronisme dan kezaliman masih berterusan sebagaimana yang berlaku di zaman Suharto.

Rakyat sudah tidak punyai pilihan lain melakukan menukar kerajaan BN hari ini kepada Barisan Alternatif sekiranya mahukan perubahan dan menghapuskan kezaliman dan kronsime, neoptisme dan korupsi yang dilakukan oleh kerajaan BN hari ini. Perubahan dan pertukaran pemimpin ini tidak mungkin akan menyebabkan kekacauan dan huru hara sekiranya kerajaan BN benar-benar ikhlas mahu memastikan keadilan dan kebebasan dalam pilihanraya umum akan datang sebagaimana yang mampu di lakukan oleh Habibie di Indonesia. Bukankah kita mengamalkan konsep `Malaysia Boleh’ Sekiranya Indonesia boleh lakukan kenapa kita tidak boleh? Pilihanraya yang diadakan secara terbuka, adil dan bebas di Indonesia melibatkan 48 parti dan 115 juta undi. Sekiranya ini boleh dilakukan tidak mustahil di Malaysia yang mempunyai hanya 20 juta penduduk dengan sedikit jumlah parti yang bertanding boleh diadakan pilihanraya yang bebas, adil dan terbuka serta secara aman. Pokoknya apakah kerajaan BN mahu ataupun tidak pilihanraya yang adil, bebas dan terbuka?

Namun apa yang menyedihkan berdasarkan pengalaman rakyat Malaysia semenjak setahun yang lalu, tuntutan rakyat tidak mungkin di penuhi oleh kerajaan BN pimpinan Mahathir yang mahu  mempertahankan kuasa `at all cost’.Gelagatnya tidak ubah seperti kerajaan autokratik Suharto yang telah mengumpul harta bernilai berpuluh bilion ringgit yang kebanyakan disimpan diluar negara.

Oleh itu demi generasi anak-anak kita yang sedang membesar, sudah sampai masa dan ketikanya untuk rakyat semuanya tanpa mengira kaum dan pangkat agar menggunakan kuasa undi yang ada pada mereka membentuk kerajaan baru yang adil, demokratik dan bermaruah menggantikan kerajaan BN yang mengamalkan korupsi, nepotisme, kronisme dan kezaliman. Kita harus buktikan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan BN bahawa rakyat membenci korupsi, nepotisme, kronisme dan kezaliman dan mampu menggantikan mereka walaupun di sogokkan dengan wang ringgit. Rakyat harus membuktikan bahawa kita tidak boleh di perbodohkan dengan pembohongan mereka serta tidak akan menjual prinsip dan moral kita dengan ganjaran wang. Rakyat juga harus membuktikan bahawa kita tidak mudah berganjak dari pendirian kita untuk mengubah kerajaan hari ini walaupun pihak media dan pemimpin BN berusaha untuk memburuk-burukkan parti pembangkang kerana ini semua tektik kotor BN untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada isu yang sebenar iaitu kezaliman, pembohongan, nepotisme, kronisme dan korupsi kerajaan BN. Kita tidak menafikan terdapatnya kelemahan di kalangan parti pembangkang kerana anggotanya adalah manusia yang tidak sunyi dari kelemahan tetapi yang jelasnya mereka mahu membentuk sebuah negara yang adil dan demokratik. Cuba kita bandingkan sikap dan perbuatan tidak bermoral yang dilakukan secara berterusan oleh pemimpin Barisan Nasional sehingga hari ini yang tidak menampakkan langsung mahu bertaubat dan mahu mengubah tindakan dan cara hidup mereka. Perubahan pucuk pimpinan ini juga perlu sebagai peringatan kepada  pemimpin-pemimpin kerajaan baru Barisan Alternatif akan datang bahawa rakyat tidak mudah diperdayakan dan akan melakukan apa yang perlu untuk masa depan mereka yang lebih cemerlang dan sejahtera.  Tidakkah pernah anda merasa menyesal kerana mengundi BN dalam pilihanraya yang lalu sehingga berlakunya krisis politik yang paling serius dalam sejarah tanahair? Oleh itu jangan biarkan Mahathir dan Kerajaan BN memerintah Malaysia untuk lima tahun lagi.
 

MARI KITA LAKUKAN PERUBAHAN

Rakan Rakyat Bersemangat Waja