Perhimpunan Agong UMNO - Analisa Ringkas
Unit IT PAS 

From: "Haji Ahmad Jamali bin Haji Sepihie" 

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera,

Sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang menegakkan keadilan dan kebenaran,

Perhimpunan Agung UMNO 1999 baru saja selesai. Ianya begitu di war-war kan (heavily promoted) seolah-olah negara Malaysia tercinta milik semua rakyat jelata ini telah bertukar nama menjadi negara UMNO milik segelintir Melayu yang merasa gah dengan kekuasaan sementara anugerah Tuhan. Alpa mereka akan sebenarnya kekuasaan itu akan mudah ditarik Tuhan pada bila-bila masa. Lupa mereka bahawa Malaysia tercinta ini juga adalah milik semua rakyat yang mempunyai hak untuk cenderong kepada PAS, KeADILan, DAP, PRM, JIM, ABIM, PKPIM, dan pelbagai lagi organisasi yang kini bersatu teguh mahu menegakkan keadilan yang kian tenat terhakis.

Walaubagaimanapun, biarkanlah. Biarkanlah mereka tenggelam dalam suasana "virtual reality" yang mereka cipta sendiri di sekeliling mereka, agar mereka merasa kuat dan hebat buat seketika, walaupun ianya hanya pura-pura. Ianya pura-pura kerana, dari analisa rambak yang kita buat, rakyat masih tetap mahukan perubahan besar. Satu perubahan yang melihat satu Barisan Alternatif yang menghidangkan penyelesaian alternatif untuk rakyat yang dahagakan keadilan dan kebenaran itu tertegak. 

Berikut ialah analisa ringkas saya mengenai Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

1.  
Secara keseluruhannya, perhimpunan kali ini lebih bersifat defensif dengan PM sendiri menjadi juara mempertahankan diri. Pendekatan defensif lebih tertumpu kepada mempertahankan individu-individu, termasuk PM sendiri, yang telah dikaitkan dengan konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari tempat No 2 negara dan parti UMNO.

2.  
Perhimpunan kali ini juga menandakan dengan jelas bahawa ianya sebagai salah satu persediaan utama untuk menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang sedikit masa lagi. Semangat lumpuh UMNO telah cuba ditiupkan semula dengan pelbagai serangan balas kepada parti-parti pembangkang dan "penjelasan=penjelasan" untuk memberi gambaran "sebenar" kepada ahli akan isu semasa yang berlaku sekarang (sekitar isu Anwar terutamanya).

3.  
Jelas sekali, PAS dan KeADILan (melalui diri Anwar) telah menjadi pusat asakan, terutamanya oleh PM sendiri. Ini juga menunjukkan bahawa PAS dan KeADILan adalah menjadi ancaman besar kepada UMNO dalam konteks meraih undi orang Melayu yang kian ramai condong kepada parti-parti Melayu alternatif.

4.  
"Faktor Anwar" juga menghantui ramai perwakilan, termasuk juga PM. Segala peluang diambil untuk melakukan "character assassination" terhadap Anwar secara yang amat memalukan.

5.  
Apa yang diceritakan dengan hebat dan "grandeur" oleh akhbar-akhbar tidaklah sehebat apa yang dilihat di peti TV. Tepukan perwakilan terhadap ucapan-ucapan PM adalah hambar dan tidak "real" sebagaimana yang dipaparkan oleh perhimpunan agung sebelum ini.

6.  
Kelihatan yang amat ketara juga ialah UMNO memang sudah ketandusan pimpinan-pimpinan pelapis muda yang berwibawa dan dinamik. Muka-muka lama masih terserlah. Ini adalah selari dengan pengakuan UMNO sendiri bahawasanya generasi muda kini kian mengasingkan diri dari UMNO sejak peristiwa hitam 2 September 1998.

7.  
Fokus kepada perhimpunan kali ini adalah untuk "counter-attack" segala "tohmahan" (atau hakikat) dari parti-parti pembangkang yang menyusun diri menjadi Barisan Alternatif (untuk berhadapan one-to-one dengan Barisan Nasional).

8.  
Tidak ada kejutan dibuat sebagaimana yang cuba di war-war kan sebelum ini. Yang dikatakan "mengejutkan" hanyalah "perletakan jawatan" PM sebagai Ketua UMNO Kelantan, digantikan oleh Ku Li (sebenarnya tidak mengejutkan langsung).

Kesimpulan kepada Barisan Alternatif:

1.  Bersedia dari sekarang! Pilihanraya akan bermula bila-bila masa.
2.  Pastikan straight fight, 1-to-1. Kurang dari ini, pasti kecundang
3.  Sediakan hujjah-hujjah alternatif kepada SEMUA poin-poin UMNO
4.  Kumpulkan pakar-pakar minda untuk hadapi Perang Saraf yang sudah bermula
5.  Tema yang tetap akan laku dijiwa rakyat - tegak keadilan, tumpas kezaliman
6.  Orang muda! Ya, dapatkan sokongan orang muda, they are with us.
7.  Bersedia dengan segala kejutan, tipu helah, tricks
8.  Jangan gopoh dengan usikan, seperti usikan Ibrahim Ali terhadap 3 pimpinan PAS
9.  "Anwar/Wan Azizah factors" tetap menjadi galvanizing factor, manfaatkan
10. Form think-tanks comprising experts from KeADILan, PAS, DAP, PRM
11. Appoint moderators among Gerak's NGO's to glue Barisan Alternatif stronger
12. Combine all resources to strengthen working forces, optimize resources etc
13. Establish the best ever manifesto acceptable by all justice-loving Malaysians
14. Use IT/Internet for effective nationwide coordination and communication
 

Cukuplah setakat ini dahulu. Berjumpa lagi.

Wassalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera.