Jawapan kepada Kementerian Kewangan

 

KUALA LUMPUR: Sidang Editor Harakah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin yang diam akhirnya bercakap juga mengenai laporan Harakah.

Bagaimanapun, Harakah kesal kenapa kenyataan itu ditujukan kepada Harakah sahaja tetapi tidak pernah membuat penafian terhadap akhbar The Star yang telah dua kali membuat laporan terperinci mengenai kelulusan lesen judi sebagaimana yang dilaporkan itu.

Dalam edisi 7 Mei muka pertama The Star Business, akhbar itu melaporkan "Dalam kenyataannya kepada BSKL semalam, Olympia berkata, Diriwan, pada 29 April telah menerima lesen perjudian dari Perbendaharaan Persekutuan."

Dalam edisi 31 Mei, sekali lagi The Star Business muka surat 17 melaporkan, "Sekarang Diriwan kembali berurusniaga selepas Kementerian Kewangan meluluskan lesen judinya."

Harakah juga menerima penjelasan dari bekas Menteri Kewangan sebelum Tun Daim bahawa beliau (Dato' Seri Anwar) telah membekukan lesen judi baru di Sabah sejak 1991 dan pada 29 April 1999, Tun Daim meluluskannya semula.

 

Ke Laman Utama