PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PALING JIJIK DALAM SEJARAH

 

Tindakan Bacul

Pesta hentam menghentam 4 hari 4 malam golongan konspirasi sudah pun berakhir dengan liputan media propaganda rakyat yang cukup hebat dan menyeluruh ke seluruh negara. Bapak konspirasi dan juak-juaknya nampak begitu girang dan bersemangat membelasah sesiapa sahaja tak ubah seperti anjing-anjing gila.

Yang dibelasah dan dihentam pula sekarang ini berada di belakang tabir besi. Apa sahaja boleh mereka katakan dan apa sahaja mereka boleh dakwa yang Anwar katakan itu dan ini. Tiada siapa yang  menjadi saksi itu tidak penting, kerana mereka ini manusia yang boleh membuat dan mengada-adakan saksi. 

Anwar terus menghantui Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO dan sejarah negara ini sendiri seorang Presiden parti menumpukan sebegitu banyak masa dan ruang ucapan dari sesi Ucapan Dasar Presiden sehinggalah kepada sesi penggulungan -  90% ditumpukan membela diri dan 'menjawab' serangan-serangan Anwar satu persatu. Walaupun jawapan yang diberikan itu mungkin tidak menyakinkan, tetapi masa yang begitu lama diperuntukkan cukup menggambarkan betapa faktor Anwar masih menggerunkan UMNO meskipun beliau sudah berada di belakang tabir besi untuk tempoh 6 tahun ini. Serangan terhadap Anwar merupakan suatu tindakan yang amat bacul yang pernah kita saksikan, di ketika beliau tidak lagi berkuasa  menjawab setiap tohmahan yang dihalakan terhadapnya. 

Menghentam PAS mungkin tidak sebacul menghentam Anwar kerana PAS akan dengan senang menjawab setiap tuduhan, mungkin HARAKAH keluaran akan datang sahaja  sudah cukup utuk menjawab satu persatu dan mungkin juga satu ceramah besar-besaran di Stadium Sultan Mohamed ke-IV juga sudah memadai. Tapi Anwar tidak bisa lagi berceramah, malah menghantar surat keluar penjara juga sudah mustahil sekarang ini. 

Kroni  Mahathir Ke Mana?

Semalam, sekali lagi Mahathir  cuba menunjukkan betapa 'telusnya' kerajaan beliau dan betapa bebasnya kerajaannya dari kronisme, korupsi  dan nepotisme. Yang mengamalkan itu semua bukan beliau tetapi  Anwar kerana  Anwar memberikan  telah kontrak sekian sekian kepada Rustam Sani, Dato Ghazi Basri, Dato Kamaruddin Jaafar bla..bla...tetapi  Mahathir tidak pernah memberikan sebarang kontrak kepada sesiapa pun termasuk tidak terlibat dengan PETRONAS dalam membeli saham syarikat kapal  anaknya. 

Soalan pertama, 
betulkah Anwar terlibat secara langsung dalam memberikan kontrak kepada mereka yang disenaraikan sebagai 'kroni Anwar' kerana Rustam Sani sendiri, sebagai contoh terbaru, menafikan bahwa beliau mendapat kontrak kerana sokongan dari Anwar. Ianya lebih kepada merit dan prestasi syarikatnya sendiri dan tiada kena mengena dengan mana-mana orang politik. Saya juga percaya mereka yang lain (yang disenaraikan kroni Anwar}yang mendapat kontrak Kementerian Kewangan melalui EPU mungkin juga sama kesnya seperti Rustam Sani. 

Soalan kedua, 
Mahathir mendakwa bahawa dalam kabinet setiap keputusan yang melibatkan syarikat anak-beranak menteri, maka mereka diminta keluar dari terlibat dengan mensyuarat meluluskan sesuatu kontrak. Mahathir mendakwa beliau acapkali keluar dan begitu juga menteri-menteri lain (termasuk Anwar). Oleh itu keputusan memberikan apa jua projek kepada mana-mana kaum keluarga Anwar juga sepatutnya menunjukkan tiada campurtangan Anwar. Kita percaya seperti yang Anwar katakan bahawa kalau pun ada projek untuk bapa atau kenalannya, ianya bukan kerana pengaruhnya tetapi kerana prestasi syarikat itu sendiri. Yang dikatakan 'kroni Anwar' itu sama sekali palsu dan pembohong kerara mereka mungkin ahli perniagaan biasa. 

Soalan ketiga, 
Kita merasa hairan kerana nama-nama yang dikeluarkan nampaknya hanyalah   'senarai kroni-kroni (kononnya) Anwar' tetapi senarai yang sah kroni-kroni Mahathir satu pun tidak disiarkan dalam media tempatan.Yang ada Kamaruddin Jaafar, Rahim Ghouse...dan lain-lain. Mana pergi Mirzan, Mokhzani, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Kadir Jasin dan juak-juak konspirasi lain? Apakah kroni Mahathir tidak pernah mendapat sebarang projek? Mustahil Mahathir sebersih itu kerana sudah banyak kes yang sudah diketahui umum. 

Fitnah Terbaru

Mahathir semalam turut melancarkan fitnah terbarunya iaitu Anwar seringkali suka melawat negara Barat seperti Amerika, UK dan Perancis sedangkan tidak mahu ke negara-negara umat Islam, tidak seperti beliau sendiri. Apa yang lebih menjijikkan ialah beliau secara sindirian mendakwa kononya Anwar seronok ke negara seperti itu kerana di sana hubungan seksual agak liberal dan bebas. Malah Anwar dikatakan sering hilang dari pandangan ketika menziarahi negara-negara berkenaan. Beliau turut menduh Anwar dibiayai oleh pihak tertentu. Semua yang hadir seronok dengan sindiran Mahathir dan bertepuk tangan girang tanpa mereka sedari mereka semua bersama-sama kongsi saham berdosa kerana memfitnah. Mahathirlah sebenarnya bapak penyebar fitnah terbesar di Malaysia  dan jangan cuba nak menuduh orang lain suka memfitnah UMNO. Bertaubatlah Mahathir dan pemimpin UMNO sekalian. Hentikanlah perbuatan qazaf  kamu ini. 

Walau apapun yang jelas ialah UMNO dan Mahathir gerun dengan Anwar, dan gerun dengan pakatan pembangkang yang semakin kuat. Pilihanraya akan datang akan menjadi pertarungan yang lebih sengit dari pilihanraya 1990 ketika Ku Li keluar dari UMNO kerana kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri. Walapupun Ku Li membawa bersama beberapa orang bekas menteri kabinet dan timbalan menteri, tetapi mereka adalah di kalangan orang yang berkepentingan dan taksub membuta tuli kepada beliau, sedangkan mereka yang bersama Anwar adalah rakyat. 

Inilah yang dinamakan Reformasi Gerakan Rakyat, dan Perhimpunan Agung UMNO kali inilah yang paling jijk dalam sejarah. 

AWANG BONGSU