11 Jun 1999
Saya ingin menjelaskan kenyataan Tun Daim Zainuddin bahawa lesen perjudian
baru telah
diluluskan pada tahun 1995. Saya ingin mendesak supaya penyiasatan
rapi dilakukan untuk
membetulkan fakta. Saya nafikan kenyataan palsu Tun Daim.
Pertama:
Sejurus sebelum Tun Daim meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun
1991;
beliau telah meluluskan banyak lesen perjudian baru termasuk ratusan
outlets
(ruang perjudian) yang baru. Sekiranya siasatan bebas dilakukan. Saya
pasti keterangan
akan diperolehi menunjukkan kepentingan yang diperolehi oleh Tun Daim
dalam syarikat-syarikat
perjudian berkenaan.
Sepanjang saya bertugas sebagai Menteri Kewangan. tidak ada satu pun
lesen perjudian baru
yang dikeluarkan. Bahkan ratusan outlets yang saya tutup kerana jumlah
yang terdapat di
negara terlalu banyak.
Sebenarnya saya mendapat terlalu banyak tekanan dari Dato' Seri Dr Mahathir
Mohammad
setiap kali saya mengurangkan outlets, mengetatkan peraturan, perjudian
termasuk hari-hari
yang dibenarkan perjudian yang juga dikurangkan
Saya sedar usaha memburuk-burukkan saya dan menafikan hak saya memberikan
penjelasan.
Sebab itulah isu tulisan saya dalam Ekslusif dihebohkan. Bukan isu
pengeluarannya yang
harus dibahaskan, tetapi pimpinan kerajaan harus meneliti kandungannya.
Saya mengemukakan
bukti rasuah yang melibatkan DATO' Seri Dr. Mahathir, Tun Daim dan
seorang lagi Menteri Kanan
ANWAR IBRAHIM