INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DIARAH KAWAL EDARAN AKHBAR HARAKAH
 

ISU 

Kementerian Pendidikan akan mengarahkan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia supaya melaksanakan kawalan lebih ketat terhadap pengedaran akhbar Harakah dan majalah, yang boleh merosakkan pemikiran para pelajar.  
  

ULASAN 

Kerajaan BN sekali lagi mendedahkan bahawa mereka kini sudah tidak popular dan telah ditolak oleh golongan cendiakawan negara ini. Hakikat ini dapat
diketahui apabila akhbar PAS iaitu HARAKAH serta media yang tidak sehaluan  
dengan BN mendapat tempat di kalangan para akademik dan penuntut di
Institusi Pengajian Tinggi (IPTA). Untuk membendung arus penumpuan rakyat  kepada sumber-sumber berita yang benar, tepat dan membuka minda mereka telah menggunakan alasan bahawa akhbar HARAKAH adalah organ Parti dan  
kerana itu tidak boleh di bawa masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi.  

Alasan yang diberikan ialah mereka tidak mahu fikiran para pelajar
dirosakkan oleh pandangan-pandangan PAS. Inilah satu bentuk penafian kepada rakyat untuk mendapat maklumat-maklumat alternatif selain dari sumber- sumber Kerajaan. Tidak cukup dengan kerajaan BN menguasai media masa, cetak dan elektronik yang saban hari menyogokkan berita-berita yang  
berpehak kepada kerajaan BN sahaja, kini mereka cuba pula menghalang rakyat dari mendapatkan sumber-sumber berita dari parti pembangkang khusunya PAS. Ini adalah satu petanda bahawa meskipun kerajaan BN menguasai semua saluran media massa, ianya tidak dapat menghalang rakyat dari mencari sumber-sumber maklumat yang lain, yang lebih tepat dan menggambarkan keadaan sebenar negara ini.  

Apa yang berlaku ialah, rakyat khususnya golongan terpelajar sudah tidak
termakan lagi dengan segala propaganda dan berita-berita bohong yang
disiarkan melalui 'corong-corong dan kertas-kertas sebaran am' kerajaan.
Bagi mereka dan rakyat keseluruhannya, membaca, mendengar dan mengikuti berita-berita yang disiarkan oleh kerajaan BN adalah satu bentuk penghinaan  
kepada daya intelek mereka. Golongan terpelajar dan profesional serta sebahagian besar rakyat sudah mampu untuk menilai sumber-sumber berita yang dihidangkan kepada mereka. Tindakan kerajaan BN untuk menghalang mereka mendengar dari pehak lain khususnya PAS adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan mereka.  

Alasan yang mereka berikan iaitu mereka tidak mahu minda pelajar dirosakkan oleh HARAKAH adalah juga satu bentuk penghinaan kepada para pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi. Para pelajar kita yang bakal mewarisi kepimpinan akan datang sudah tentu merasa terhina  dengan kenyataan ini. Kenyataan ini samalah dengan mengatakan bahawa pelajar kita tidak dapat membezakan di antara bahan-bahan bacaan yang  
ilmiah dan bermutu dari bahan-bahan bacaan lucah, murahan dan picisan yang  berlambak-lambak di pasaran. Sebenarnya kerajaan BNlah yang telah  
merosakkan minda rakyat seluruhnya dengan menghidangkan berita-berita  
palsu, bohong dan tidak bermoral selama ini. Mereka mahu supaya minda  
rakyat terus tertutup supaya mereka dapat ditipu untuk terus memilih mereka 
dalam pilihanraya akan datang. Rakyat bagaimanapun tidak akan tertipu lagi  
 

 


home | Dewan Ulama' | Dewan Pemuda | Dewan Muslimat | search 

Beritahu Kami Cadangan Anda! webmaster@parti-pas.org 
Masalah Teknikal? webmaster@parti-pas.org 
Parti Islam Se Malaysia (PAS)   +   Markaz Tarbiyyah PAS, Lrg Hj Hassan, Tmn Melewar,   +   68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia  
Phone: 603-6899296   +   Fax: 603-6869618  +   E-mail: webmaster@parti-pas.org