UMNO KEMAMAN TAKUT KEPADA BENDERA
 
Hari ini, 9hb. Jun, 1999, Majlis Daerah Kemaman (MDK) telah meletak notis di setiap batang pokok dan bangunan di mana bendera-bendera PAS berkibar sejak lebih kurang sebulan lalu, di dalam kawasan MDK, mengarah agar semua bendera-bendera, kain rentang, iklan dan sebagainya diturunkan dalam masa seminggu. Jika tidak, pihak MDK akan mengambil tindakan undang-undang. Dan untuk menunjukkan keadilan (tidak memihak) sekumpulan pegawai penguatkuasa yang menampal notis-notis tersebut telah menurunkan bendera UMNO yang dipasang di rumah wakil rakyat Kijal dengan serta-merta......jangan perbodohkan rakyat dengan tindakan ini, rakyat lebih celik daripada MDK.

Nampaknya, UMNO Kemaman menggigil melihat banyak bendera PAS berkibar di seluruh pelusuk Daerah hinggakan MDK diarah untuk menurunkannya. Kenapa takut pada bendera ?? Kenapa tidak tanding sahaja dengan mengibarkan bendera UMNO ?? Biarlah bendera lawan bendera bukannya perintah MDK lawan bendera.....bukan lawan setanding !!

MDK digunakan secara terhina dengan arahan sedemikian rupa. Alangkah hinanya MDK apabila diarah mengambil tindakan undang-undang ke atas pokok-pokok kayu di mana bendera PAS berkibar megah. Tiadakah ahli-ahli MDK hari ini terasa terhina mengambil tindakan mengikut arahan yang hina itu ?? Renunglah dengan penuh keinsafan dan jangan sekali-kali membiarkan UMNO
yang tidak bermaruah menjatuhkan maruah anda !! Kepada yang menandatangani arahan (notis) itu, "Saya yang menurut perintah", di manakah letaknya pertimbangan dan kecekapan anda mengurus MDK hinggakan diarah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pokok pun anda turuti (sign) juga!!  Tindakan anda boleh ditafsirkan masyarakat dan kawan-kawan sekerja anda bahwa perlantikan anda ke jawatan tersebut bukanlah berdasar kepada kecekapan anda, tetapi semata-mata kebolehan anda ampu-sana  ampu-sini. Sedarlah !! setiap tindak-tanduk anda dinilai oleh masyarakat yang tidak lagi buta.

Semut Api